Berdoa untuk mati di Tanah Suci, ada kalangan mereka yang hendak mengerjakan ibadah haji mahu pun umrah memasang doa atau niat sedemikian. Tapi dari segi hukum adakah doa untuk meninggal di Tanah Suci ini dibolehkan.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, harus hukumnya jika kita meminta kematian dalam keadaan yang baik dan ini termasuklah mati di Mekah atau Madinah.
Hukum berdoa mati di Tanah Suci
“Tiada masalah jika kita berdoa contohnya Ya Allah matikanlah aku di Mekah dan Madinah. Atau kita meminta untuk mati syahid, ia boleh atau harus,”jelasnya.
Malah ada hadis terdapat hadith Nabi SAW menyebut berkenaan kelebihan serta keutamaan mati di Tanah Suci. Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa di antara kamu mampu untuk meninggal dunia di Madinah hendaklah dia melakukannya. Sesungguhnya aku akan bersaksi bagi sesiapa yang meninggal dunia di Madinah.” Riwayat al-Tirmizi (3917); Ibn Majah (3112) dan ini merupakan lafaz al-Tirmizi
Dalam lafaz yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad, daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana.”
Ads
Riwayat Ahmad (5437)dan al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman (4185)
Namun tambah Ustaz Azhar akan tetapi menurut ulamak, makruh hukumnya jika kita meminta mati kerana kesusahan, kebosanan dan masalah hidup, kegagalan.
Saat ini negara agak gempar dengan bunyi ketukan misteri yang bermula di Sabak Bernam, Selangor. Dikatakan bunyi ketukan itu sangat kuat hingga hampir meruntuhkan pintu rumah namun pandangan dari CCTV tidak menemui sebarang objek. Sejak semalam juga mulai kecoh apabila bunyi misteri ini sudah berpindah ke Alor Gajah, Melaka.
Di sebalik bunyi ketukan misteri itu, ramai yang semakin takut biarpun gangguan ini tidak lagi “bertamu” di depan pintu masing-masing. Hanya sekadar membaca berita di media sosial saja sudah buat kita rasa takut. Jika betul-betul muncul di depan, pastinya akan trauma seumur hidup.
Tahukah, rasa takut yang ada dalam diri kita adalah kerana lemahnya iman kita. Ini kerana jika kita yakin Allah itu ada dan kita serahkan semuaNya pada Allah, insya Allah kita akan selamat.
Cukuplah sekadar baca BISMILLAH, syaitan akan mengecil seperti lalat
Kita biasa membaca bismillah sebelum makan. Atau memulakan sebarang pekerjaan atau perjalanan.
Jika membaca secara penuh, BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM ia membawa erti DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG.
Di saat kita rasa takut, cukuplah baca BISMILLAH yang membawa erti DENGAN NAMA ALLAH
Dalam sebuah hadis dinyatakan: “Ketika aku dibonceng Rasulullah, tiba-tiba unta beliau tergelincir. Serta merta aku mengatakan, “Celakalah setan.” Maka beliau bersabda, “Jangan kamu katakan, ‘celakalah setan,’ sebab jika kamu katakan seperti itu maka setan akan membesar sebesar rumah dan dengan sombongnya setan akan berkata; ‘itu terjadi karena kekuatanku’. Akan tetapi, ucapkanlah ‘Bismillah’ sebab jika engkau mengucapkan bismillah syaitan akan mengecil hingga seukuran lalat” (HR. Abu Dawud).
Supaya kita tidak mendapat gangguan jin atau syaitan, sentiasalah meminta pertolongan dari Allah dengan cara membaca Bismillah atau menyebut nama Allah ketika menutup pintu, bekas minuman bahkan almari dan lain lagi.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW bersabda: “Tutuplah pintu-pintu, serta sebutlah nama Allah (saat menutupnya), lantaran setan akan tidak buka pintu yang telah terkunci dengan menyebutkan nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum serta bekas-bekas kalian (untuk saat ini seperti almari,peti ais dan lain lagi sambil menyebut nama Allah, walau kalian hanya menaruh suatu hal di dalamnya serta (saat akan tidur), matikanlah lampu-lampu kalian” (HR. Muslim).
Meruqyah diri dengan ayat Alquran
Masa yang sama, untuk menghindari gangguan jin, kita boleh meruqyah diri sendiri bahkan lebih afdal jika kita yang melakukkannya sebelum tidur di waktu malam. Apa yang perlu dilakukan ialah letakkan dua telapak tangan bersama lalu bacalah surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An-Naas lalu ditiupkan ke dua telapak tangan tadi. Kemudian usaplah ke tubuh dimulai dari kepala, muka dan bahagian depan badan setakat yang tangan sampai. Ulang tiga kali perlakuan ini.
Hal ini berdasarkan hadis dari A’isyah r.a, yang menceritakan kebiasaan Rasulullah sebelum tidur, (HR. Bukhari 5017 dan Muslim 2192). Wallahualam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ada kalangan kita mungkin punya masa lalu yang hitam atau mengaibkan dan perkara ini tidak mahu kita kongsi dengan sesiapa pun.
Walau cuba dielak namun ada kala perkara ini tetap ditanya oleh orang sekeliling. Agar orang tidak dipandang serong, dalam keterpaksaan kita terpaksa berbohong. Dalam hal ini adakah seseorang itu berdosa?
Menjelaskan tentang persoalan ini menurut Mufti Selangor, perbuatan menipu adalah berdosa. Namun beberapa situasi sahaja yang dibolehkan, sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Kalthum binti ‘Uqbah bin Abi Mu’aith (dia temasuk muhajirat yang pertama berbaiah dengan Nabi SAW) beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : ليس الكذاب الذى يصلح بين الناس ويقول خيرا ويمنى خيرا قال ابن شهاب ولم اسمع يرخص فى شئ مما يقول الناس كذب الا فى ثلاث : الحرب والاصلاح بين الناس وحديث الرجل امرأته وحديث المرأة زرجها
Maksudnya : “Tidak termasuk pendusta orang yang mendamaikan dua orang yang berselisih, dia mengatakan yang baik lalu berhasil dengan baik”. Kata Ibnu Syihab, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membolehkan orang berdusta melainkan dalam 3 keadaan: Ketika dalam peperangan, Dalam mendamaikan dua orang yang berselisih dan percakapan suami kepada isterinya dan percakapan isteri kepada suaminya”. (Riwayat Muslim)
Tiada perkara yang dibolehkan untuk berbohong, melainkan yang disebutkan dalam hadis di atas sahaja. Imam Nawawi mengulas hadis ini dengan menyatakan dibolehkan berbohong sebagaimana maksud hadis di atas jika terdapat maslahah/ kepentingan.
Bagaimanapun perkara yang berkaitan dengan aib, sebagai seorang muslim sebaiknya perkara ini hendaklah dielakkan dan tidak didedahkan kepada orang ramai.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujuraat : 12)
Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan hukum seseorang itu sendawa di dalam solatnya. Adakah ia membatalkan solat sama seperti jika seseorang itu terkentut ?
Gambar sekadar hiasan.
Jawapan:
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Definisi Sendawa
Dalam kitab Al-Syeikh Abu al-Abbas ‘Ali al-Fayyumi mendefinisikan sendawa sebagai: Suara berserta angin yang keluar dari mulut disebabkan kekenyangan. Rujuk Al-Misbah Al-Munir, Al-Fayyumi (1/102).
Manakala dalam kitab Al Tanwir Syarah al-Jami’ al-Saghir mendefinisikan sendawa dengan: Angin yang keluar dari perut ketika ia penuh (kenyang). Rujuk Al-Tanwir, Al-Son’aani (8/152).
Menurut Kamus Dewan pula, sendawa adalah bunyi seperti meneguk yang keluar dari kerongkongan kerana kekenyangan dan lain-lain. Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat.
Perbahasan Hukum Sendawa
Secara asasnya, sendawa itu sendiri merupakan satu perbuatan yang pernah ditegur oleh Rasulullah S.A.W. Tanpa mengira sama ada sendawa itu di dalam solat mahupun di luar solat. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata:
تَجَشَّأَ رَجُلٌ عِنْدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ كُفَّ عَنَّا جُشَاءَكَ فَإِنَّ أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: Seorang lelaki sendawa di sisi Rasulullah S.A.W, lalu baginda bersabda: Jauhilah sendawa kamu dari kami kerana sesungguhnya mereka yang paling banyak kenyangnya di dunia adalah mereka yang paling lapar pada hari kiamat.
Riwayat Al-Tirmizi (2478)
Hadis di atas ini menunjukkan bahawa perbuatan sendawa itu dilarang dari sudut larangan ke atas perbuatan yang membawa kepada sendawa itu sendiri.
Imam al Manawi apabila mensyarahkan hadis ini beliau berkata: Larangan sendawa merupakan larangan ke atas sebabnya iaitu kekenyangan yang berlebihan dan ia merupakan sesuatu yang tercela dari sudut perubatan dan juga syarak. Rujuk Faidhul Qadir, Al Munawi (5/11).
Namun ini hanyalah merujuk kepada sendawa yang terhasil dari perbuatan makan secara berlebihan. Ia sebenarnya merupakan suatu perbuatan yang tidak baik kerana biasanya kekenyangan yang berlebihan akan membawa kepada perbuatan perbuatan negatif yang lain seperti malas dalam beribadat dan mendorong untuk melakukan maksiat.
Adapun sendawa yang terhasil bukan secara sengaja, seperti faktor badan berangin dan seumpamanya maka ini tidaklah menjadi suatu kesalahan. Namun di antara adab adalah seseorang itu tidak sendawa dengan sengaja di hadapan orang lain.
Sendawa Dalam Solat
Isu ini mempunyai perbahasannya yang tersendiri di sisi para fuqaha dari sudut adakah sendawa itu menyebabkan terbatalnya solat seseorang atau tidak.
Secara asasnya, sendawa tidaklah termasuk dalam perkara yang membatalkan solat seperti yang dijelaskan dalam beberapa riwayat yang sahih. Ini bermakna, tidak terdapat petunjuk syarak yang menyatakan bahawa sendawa itu menyebabkan solat pelakunya terbatal.
Namun, ada sebahagian fuqaha melakukan qiyas dengan mengatakan bahawa sekiranya di luar solat pun Rasulullah S.A.W menegah perbuatan sendawa maka apatah lagi di dalam solat.
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa sendawa tidaklah membatalkan solat. Namun ia adalah satu perbuatan yang kurang adab di dalam solat, bahkan boleh membawa kepada hukum makruh sekiranya menghasilkan bau-bauan yang mengganggu para jemaah. Manakala persoalan adakah sendawa sama kesannya seperti kentut di dalam solat, maka jawapannya adalah tidak sama. Ini kerana, kentut itu merujuk kepada sesuatu yang keluar dari dubur seseorang dan ini tidak sama keadaannya dengan sendawa.
Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita has dalam beragama. Ameen.
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...