Berdoa untuk mati di Tanah Suci, ada kalangan mereka yang hendak mengerjakan ibadah haji mahu pun umrah memasang doa atau niat sedemikian. Tapi dari segi hukum adakah doa untuk meninggal di Tanah Suci ini dibolehkan.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, harus hukumnya jika kita meminta kematian dalam keadaan yang baik dan ini termasuklah mati di Mekah atau Madinah.
“Tiada masalah jika kita berdoa contohnya Ya Allah matikanlah aku di Mekah dan Madinah. Atau kita meminta untuk mati syahid, ia boleh atau harus,”jelasnya.
Malah ada hadis terdapat hadith Nabi SAW menyebut berkenaan kelebihan serta keutamaan mati di Tanah Suci. Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَفْعَلْ فَإِنِّي أَشْهَدُ لِمَنْ مَاتَ بِهَا
Maksudnya: “Sesiapa di antara kamu mampu untuk meninggal dunia di Madinah hendaklah dia melakukannya. Sesungguhnya aku akan bersaksi bagi sesiapa yang meninggal dunia di Madinah.” Riwayat al-Tirmizi (3917); Ibn Majah (3112) dan ini merupakan lafaz al-Tirmizi
Dalam lafaz yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad, daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا
Maksudnya: “Sesiapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana.”
Riwayat Ahmad (5437)dan al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman (4185)
Namun tambah Ustaz Azhar akan tetapi menurut ulamak, makruh hukumnya jika kita meminta mati kerana kesusahan, kebosanan dan masalah hidup, kegagalan.
Sumber: Ustaz Azhar Idrus & Maktabah Al Bakri