Setiap daripada kita pasti ada doa dan hajat yang ingin sangat dimakbulkan. Sesungguhnya Allah SWT itu Pemurah dan Dia mengurniakan waktu-waktu mustajab untuk kita berdoa sebagai salah satu usaha untuk hamba-Nya.

Malah waktu-waktu mustajab untuk berdoa ini ada pada setiap hari. Dikongsi oleh Ustaz Wadi Annuar dalam satu hantar di Facebook beliau berikut adalah waktu-waktunya yang semuanya berdasarkan hadis sahih.

Berdoalah pada waktu-waktu ini, kerana menurut hadith yang sahih / hasan, waktu-waktu ini dimustajabkan doa padanya.

1. Selepas solat fardu
‎Abu Umamah r.a meriwayatkan: “Ada yang bertanya kepada Rasulullah ﷺ: ‘Wahai Rasulullah, doa manakah yang paling didengari (oleh Allah)?’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Di pertengahan malam terakhir dan setelah solat fardu.'”
‎(Hasan, H.R. al-Tirmidhi)

2. Diantara azan dan iqamah
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
‎(Sahih, H.R. al-Tirmidhi)

3. Ketika sujud
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Keadaan paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang bersujud, maka perbanyaklah berdoa.”
‎(Sahih, H.R. Muslim)

4. Ketika hujan
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Dua perkara yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan dan doa ketika hujan.”
‎(Sahih, H.R. Abu Daud)

Ads

5. Satu waktu pada hari Jumaat
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Sesungguhnya terdapat suatu saat (pada hari Jumaat) yang apabila seorang hamba Muslim sedang berdiri melaksanakan solat dan memohon sesuatu kepada Allah Taala, nescaya Allah akan mengabulkan permintaannya.”
‎(Sahih, H.R. al-Bukhari)

6. Sepertiga malam terakhir
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Ketika 1/3 malam terakhir Allah ﷻ menyeru: “Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku akan memberinya. Siapa yang memohon ampun kepada-Ku, Aku akan mengampuninya.”
‎(Sahih, H.R. al-Bukhari)

7. Ketika berpuasa
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.”
‎(Hasan, H.R. Ibnu Majah)

8. Di antara Zuhur dan Asar pada hari Rabu
‎Kata Jabir r.a:
‎”Sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ berdoa di Masjid Al-Fatah selama tiga hari: pada hari Isnin, Selasa, dan Rabu. Doa baginda diperkenankan pada hari Rabu antara dua solat (zuhur dan asar), dan kegembiraan terlihat di wajahnya. Jabir berkata: ‘Maka tidaklah suatu perkara penting dan berat menimpa diriku, kecuali aku memilih waktu tersebut untuk berdoa, dan aku pun mengetahui (tanda) pengabulan doa itu.”
‎(Hasan/daif, H.R. Ahmad)

Ads

Berdoalah Pada Waktu Ini Setiap Hari, Ia Waktu Doa Mustajab Berdasar Hadis Sahih

9. Ketika berbuka puasa
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, pada saat berbuka terdapat doa yang tidak akan ditolak.”
‎(Hasan, H.R. Ibnu Majah)

10. Ketika minum air zamzam
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Air zamzam itu tergantung kepada niat orang yang meminumnya.”
‎(Hasan, H.R. Ahmad)

Ads

‎11. Ketika azan
Sabda Nabi ﷺ:
‎”Dua perkara yang tidak akan ditolak: doa ketika azan dan doa ketika hujan.”
‎(Sahih, H.R. Abu Daud)

12. Ketika hari Arafah
Sabda Nabi ﷺ:
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”
(Hasan, H.R. al-Tirmidhi)

Semoga bermanfaat

Sumber: Ustaz Wadi Annuar

Sertai Malaysia #QuranHour 2024, 30 Ogos Ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, PutrajayaBerdoalah Pada Waktu Ini Setiap Hari, Ia Waktu Doa Mustajab Berdasar Hadis Sahih Berdoalah Pada Waktu Ini Setiap Hari, Ia Waktu Doa Mustajab Berdasar Hadis Sahih

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI