Berdosa, bertentangan dengan ajaran islam. ‘Wanita dua suami tinggal sebumbung dihalau penduduk.’
Terang lagi bersuluh, perbuatan ini menyalahi ajaran agama Islam. Apalah yang merasuk fikiran mereka bertiga hingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini.
Artikel Berkaitan:
Ketua Bidang Dakwah Majlis Ulama Indonesia (MUI), Cholil Nafis menegaskan wanita yang mempunyai dua suami atau mengamalkan poliandri adalah haram di sisi Islam.
Malah, menurutnya juga sesuatu perkara yang haram adalah berdosa dilakukan kerana bertentangan ajaran Islam.
“Poliandri haram dan tidak sah nikah yang kedua,” katanya.
Kisah seorang wanita yang mempunyai dua suami tular di media sosial Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.
Video bertajuk ‘Ibu Haji Cantik Memiliki Dua Suami Tinggal Serumah Tetap Harmoni’ itu dimuat naik dalam saluran YouTube @KiBungsuKawangi.
Ki Bungsu Kawangi dirakam menemu bual wanita dikenali sebagai Ibu Siti dan dua suaminya, Pak Somad serta Pak Abdul yang tinggal serumah.
Mereka dikatakan mencari rezeki bersama-sama dengan mengusahakan sebuah warung dan kedai runcit gas.
Selain itu, mereka mengaku hampir dihalau penduduk kampung kerana mengamalkan poliandri dan tinggal serumah.
Baca Di Sini:
Jika Wanita Ada 5 Sifat Ini, Jauhi Bernikah Dengan Dirinya
“Ada penduduk menuduh kami mencemarkan nama kampung. Namun, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada tempat tinggal lain,” kata Pak Somad.
Menurut Pak Somad, mereka hidup dalam suasana harmoni tanpa rasa cemburu antara satu sama lain.
Manakala jelas Ibu Siti, rahsia dia mengekalkan keharmonian rumah tangganya adalah dengan mandi bunga pada waktu malam. – Agensi
Kashoorga: Semoga mereka insaf dan kembali ke pangkal jalan.
Sumber : Kosmo Online
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.