Berdosakah Isteri Yang Suka Berleter Kepada Suami

Share

Lumrah wanita bergelar isteri suka meluahkan perasaan mereka dengan cara tersendiri terutama bila marah atau berasa tidak puas hati dengan satu perkara.

Berleter adalah satu sifat yang disinonim dengan wanita terutama yang bergelar isteri. Ada masa leteran itu berjela-jela hingga suami berasa pedih telinga mendengarnya.

Hakikatnya leteran ini sebenarnya satu luahan perasaan isteri apabila mereka marah atau tidak puas hati dengan sesuatu perkara.

Tapi adakah seorang isteri ini berdosa jika dia banyak berleter pada suami?

Menurut pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, isteri yang suka berleter ini tidaklah berdosa.

Ini kerana ia memang menjadi tabiat orang perempuan. Jika berleter itu berdosa, orang perempuan akan ramai masuk neraka. Ini memang sifat orang perempuan.

“Jadi kalau isteri berleter, maafkanlah dia. Setiap manusia ada kelebihannya lelaki kelebihan daripada segi tenaga atau kekuatan tapi bagi Wanita kelebihannya pada tutur kata,” jelasnya dalam satu hantaran video terbaru di akaun YouTube beliau.

Sambung Ustaz Azhar terima saja sifat isteri ini dengan seadanya kerana, manusiaa memang tiada yang sempurna. Sebaliknya pandanglah kepada jasanya yang menguruskan rumah tangga dan memberikan cahaya mata.

Published by
Team Kashoorga