Kepada Allah, kita datang dan kepada Allah kita pergi. Tidak pernah terlewat seminit atau tercepat sesaat, bila tiba masanya, kita akan kembali kepada Sang Pencipta.
Keterujaan pasangan pengantin yang baru berkahwin Jumaat lalu, memilih pelamin untuk majlis bertandang tidak kesampaian apabila terbabit dalam sebuah kemalangan di Kampung Galok, di sini, 4.45 petang semalam.
Kemalangan berkenaan meragut nyawa Wan Ahmad Haziq Wan Abd Razak, 25, manakala isterinya, Norainsya Mohd Suhaimi, 22, luka ringan di kepala.
Wan Ahmad Haziq sempat bergelar suami empat hari saja sebelum dijemput Illahi
Adik mangsa, Wan Ahmad Aizat Wan Abd Razak, 23, berkata, pada awalnya, dia menerima panggilan telefon daripada isteri mangsa memberitahu mereka terbabit dalam kemalangan dengan keadaan abangnya yang masih tidak diketahui.
Katanya, ketika dalam perjalanan ke Hospital Pasir Mas (HPM), dia terkedu kerana dikhabarkan abangnya sudah meninggal dunia, namun terus menguatkan semangat untuk sampai ke sana.
Ads
“Kali terakhir kami berjumpa ketika sarapan pagi bersama-sama di rumah ibu pagi tadi (semalam), memandangkan saya merancang untuk pulang Tanjung Malim, Perak, tempat saya bekerja pada sebelah petang.
“Kami berdua sangat akrab malah boleh dikatakan hampir setiap hari dia menelefon saya sebelum majlis perkahwinannya, untuk berkongsi persiapan dan keterujaan dia mendapat isteri memandangkan saya sudah berkahwin beberapa bulan lebih awal daripada abang,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HPM, malam tadi.
Wan Ahmad Aizat dalam keadaan sebak mengakui, abangnya itu seorang anak yang sangat taat pada ibu mereka selain disenangi rakan-rakan kerana keramahannya selain suka membantu kenalan yang dalam kesusahan.
“Pemergiannya benar-benar memberi kesan buat kami sekeluarga, apatah lagi hanya beberapa hari dia membina ‘masjid’ bersama isteri tercinta. Bagaimanapun, kami reda dan akan terus menguatkan semangat kerana isterinya juga perlukan sokongan kami sekeluarga untuk terus kuat.
Ads
Wan Mohd Aizat sebak berkongsi kisah abangnya. Mereka sempat bersarapan pagi sama sebelum kemalangan ini terjadi.
“Insya-Allah sebaik selesai semua urusan di hospital, jenazah abang akan segera dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Harab, Kota Jembal, di Kota Bharu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu.
“Hasil siasatan mendapati, pasangan berkenaan yang menaiki Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan menyebabkan terbabas ke jalan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza ketika dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas.
“Selepas bedah siasat dilakukan, didapati mangsa yang parah pada bahagian dada dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan HPM, manakala isterinya mengalami luka di bahagian kepala.
Ads
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Suatu ketika dulu sebelum sistem penerbangan diperkenalkan, jemaah yang mahu menunaikan kewajipan mengerjakan haji perlu menaiki kapal laut kargo yang mengambil masa sebulan bergantung pada cuaca dan angin laut sebelum sampai ke tanah suci.
Waktu itu kita perlu sentiasa bertawakkal dan reda pada Allah jika berlaku apa-apa kejadian tidak diingini di atas kapal di tengah lautan luas sepanjang perjalanan ke sana.
Jika ada rezeki, berpeluang untuk tunaikan fardhu haji dan jika tidak jasad bersemadi di lautan.
Seperti perkongsian seorang pengguna laman twitter @iqramcheonn menggunakan akaun nama yang memberitahu kisah bapanya bertahun bekerja di atas kapal kargo menguruskan jemaah haji ke tanah suci.
Menurut kisah diceritakan bapanya itu membuatkan rasa ingin tahu yang lebih mendalam terutama kisah mereka yang pergi menunaikan haji menaiki kapal.
Pengalaman ayah yang bertahun kerja kapal kargo, hantar orang pergi haji
Laut itu memang menenangkan dan menyeramkan, ada yang terjun dari kapal sebab kena panggil
Ini pula kisah Polis Marin Pak Arab
Pernah jumpa lelaki disangka jemaah haji tapi rupanya bukan. Ustaz kata jin Islam atau Malaikat
Kalau ada kematian ikan berkumpul sambut jenazah jemaah
Rindu keluarga terutama pada hari raya
Selama kerja atas kapal hantar orang pergi haji, dapat peluang tunaikan haji sekali dengan percuma
Ayah dapat jejak kaki ke Tanah Haram bila rasa sudah bersedia
Berada di lautan sama macam di darat, kena jaga mulut. Ada pengalaman krew yang tak jaga mulut sekali ribut besar datang tanpa amaran
Laut sentiasa ingatkan diri kita yang terlalu kecil, betapa besar kekuasaan Allah mengatasi segalanya
Paling seronok bila kapal berlabuh dan barang sudah diangkat
Ayah sudah pusing satu dunia, katanya jauh perjalanan luas pemandangan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Edika Yusof Layan isteri yang sakit macam bidadari. ‘Walau ada wanita lain menggangu, saya tak pernah melayan.’ Baginya, isterinya wanita yang paling dia sayangi.
Biarpun sudah bertahun isterinya sakit, ia bukanlah tiket untuk dia curang atau meninggalkan wanita yang pertama bertakhta di hatinya. Respek sungguh!
Kemelut yang melanda rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana secara tidak langsung membuatkan nama pelakon kacak Edika Yusof, 55, pula kembali menjadi bualan warganet di media sosial.
Semuanya kerana kesetiaan pelakon popular era 90-an itu yang menjaga isterinya, Nor Hidayah Yusri, 44, yang mengalami lumpuh separuh badan sejak 18 tahun lalu.
Nor Hidayah menghidap penyakit meningitis sehingga menyebabkannya koma, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun, diikuti lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua.
Dalam laporan sebelum ini, Edika pernah memaklumkan, cabaran amat besar bila bergelar pelakon kerana sentiasa ada wanita yang cuba mendekatinya.
Isteri Macam Bidadari
“Sejak mula isteri sakit, saya sering menerima panggilan daripada wanita di media sosial sampai hari ini tetapi saya tidak pernah melayannya,” katanya.
Malah, Nor Hidayah ketika ditemubual satu portal sebelum ini juga pernah meminta suaminya itu berkahwin lagi tetapi Edika menolaknya.
Walau Ada Wanita Yang Menggangu
“Saya pernah suruh suami kahwin lagi tetapi suami beritahu untuk apa tambah masalah lagi? Cukuplah satu wheel chair (kerusi roda) ini saya tolak,” katanya.
Sementara itu, seorang pengguna aplikasi TikTok, @eyka_talib memuat naik klip video meninggalkan pesanan agar suami di luar sana dapat menjadikan kesetiaan Edika sebagai contoh dalam melayari alam perkahwinan.
Saya Tak Pernah Melayan
“Jadilah seperti Edika Yusof yang sentiasa ada dengan isterinya yang lumpuh. Isteri suruh kahwin lain pun tak nak sentiasa jaga isterinya macam bidadari. Masih lagi wujud lelaki sejati zaman sekarang ini?”tulisnya yang turut meletakkan tanda pagar ‘Puteri Sarah Liyana’.
Sementara itu, menerusi tinjauan di instagram Edika pula, rata-rata pengikutnya memuji kesetiaan pelakon itu menjaga isterinya serta mendoakan kebahagiaan rumah tangganya supaya berkekalan.
Pergerakan dalam solat juga penentu kepada sah atau tidak solat kita. Salah satu rukun solat yang ramai lakukan kesilapan ialah ketika sujud. Al-Quran dan hadis begitu tegas dalam menentukan hukum hakam agama.
Perkara yang wajib, haram, sunat, harus dan makruh perlu jelas kerana ia penentu dosa dan pahala kita. Tiada istilah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Dalam soal mendirikan solat, kita diajar untuk patuh kepada rukun solat bagi memastikan solat kita itu sah dan seterusnya diterima Allah. Solat sebagai tiang agama, adalah antara perkara utama yang akan ditanyakan Allah di akhirat kelak.
Bukan sahaja bacaan kena betul, pergerakan tubuh menjadi kayu pengukur kepada solat yang sah. Salah satu pergerakan yang kita perlu jaga ialah ketika sujud.
Sejauh mana kita yakin bahawasanya pergerakan kita itu tepat? Mungkin kedudukan dahi sudah betul, tetapi tangan pula tidak menepati cara. Pernah dengar istilah sujud anjing? Kalau nak tahu ulasan lanjut bagaimana kah ia dan hukumnya, kita selami penjelasan ustaz Azhar Idrus ini.
“Hendaklah kamu sekalian sujud dengan betul dan jangan kamu hamparkan dua lengannya seperti kedudukan tangan anjing.” (Hadis Syeikhain)
Maksudnya dimakruhkan meletak kedua siku ketika bersujud di atas lantai tetapi hendaklah diangkat kedua siku.
Dari Barra’ bin ‘Azib r.a. Nabi saw bersabda :
إذاسجَدْتَفضَعْكفَّيْكَوارفَعْمِرْفَقَيْكَ Ertinya : “Apabila kamu sujud maka letakkan dua tapak tanganmu dan angkatlah dua sikumu.” (Hadith Imam Muslim)
Kesimpulannya dimakruhkan merapatkan kedua siku pada lantai ketika sedang bersujud tetapi tidaklah ia membatalkan sembahyang bahkan sunat diangkat kedua sikunya.
Kashoorga: Apabila dah tahu hal ini, jangan lah kita amalkannya kerana jelas ia tidak ikut cara yang betul. Bukan sujud anjing sahaja, ada banyak lagi yang boleh menyebabkan tak sah solat kita hasil pergerakan yang tak betul.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Makan bufet Ramadan di hotel atau kafe setiap kali bulan puasa seakan acara wajib ramai kalangan kita. Meski ada harga hidangan mencecah hampir RM100...