Tidak lama, kita bakal menyambut Ramadan. Bagi orang beriman ia bulan sangat ditunggu-tunggu kerana di dalam Ramadan dipenuhi kerahmatan, keberkatan dan keampunan.
Tidak dinafikan, ada yang mengeluh kerana tidak berpeluang menikmati makan tengahari di luar dan perut perlu berlapar namun mereka ini adalah golongan paling rugi, rugi dunia dan akhirat.
Menjelang Ramadan, orang beriman akan mempersiapkan diri zahir dan batin kerana menyedari bukan semua manusia sampai usianya kerana di bulan Ramadan, ada satu malam paling ditunggu-tunggu umat terakhir Nabi Muhammad iaitu malam seribu bulan iaitu malam Lailatulqadar.
Untuk orang beriman, mereka tidak mahu bulan ini diangggap biasa-biasa sahaja kerana ia satu kerugian besar.
Berikut keutamaan dan niatnya Allah Ta’ala berfirman :-
ﻗُﻞْ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﻭَﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻪِ ﻓَﺒِﺬَﻟِﻚَ ﻓَﻠْﻴَﻔْﺮَﺣُﻮﺍْ ﻫُﻮَ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِّﻤَّﺎ ﻳَﺠْﻤَﻌُﻮﻥَ “
Katakanlah: ‘Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan” (QS. Yunus : 58).
Para ulama dan orang soleh sangat merindui dan berbahagia jika masih sempat menikmati bulan Ramadan dan mereka berdoa agar dipertemukan di bulan penuh kerahmatan ini.
Kenapa harus rasa gembira menyambut Ramadan?
Mereka yang beriman tertunggu-tunggu kerana di bulan ini ibadah semuanya sangat manis dan pahalanya juga diganda-gandakan.
Khabar gembira mengenai datangnya Ramadan ada disebut hadis dalam kitab Musand Ahmad :-
“Telah datang kepada kalian Ramadan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan atas kalian berpuasa padanya. Pintu-pintu syurga dibuka padanya. Pintu-pintu Jahim (neraka) ditutup. Syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dibandingkan 1000 bulan. Siapa yang dihalangi dari kebaikannya, maka sungguh ia terhalangi.
Ulama menjelaskan bahawa hadis ini menunjukkan kita harus bergembira dengan datangnya Ramadan.
Syaikh Shalih Al-Fauzan menjelaskan,“Hadis ini adalah khabar gembira bagi hamba Allah yang soleh dengan kedatangan Ramadan. Kerana Nabi shallallahu alaihi wa sallam memberi khabar kepada para sahabatnya radhiyallahu ‘anhum mengenai datangnya Ramadan.
Ia bukan sekadar khabar semata tapi lebih kepada momen yang sangat agung.
Ibnu Rajab Al-Hambali menjelaskan, “Bagaimana tidak gembira? Seorang mukmin diberi khabar gembira dengan terbukanya pintu-pintu syurga. Tertutupnya pintu-pintu neraka. Bagai mana mungkin seorang yang berakal tidak bergembira jika diberi khabar tentang sebuah waktu yang di dalamnya para syaitan dibelenggu.
Dan ada hadis menyebutnya juga, tetapi ada mengatakan khabar dari ulama.
“Barang siapa bergembira dengan masuknya bulan Ramadan, maka Allah akan mengharamkan jasadnya masuk neraka. (Nas riwayat ini disebutkan di kitab Durrat An-Nasihin). Sumber:Kalam Sindownews