Berhajat Ambil Anak Angkat? Tapi Perkara No.4, Ramai Tak Ambil Kisah!

Share

Ramai juga pasangan yang telah berkahwin dan lewat dikurniakan zuriat sendiri membuat keputusan untuk mengambil anak angkat.

Namun sebelum melakukannya, elok lah kita ambil tahu serba sedikit apakah keperluan utama bagi mengelakkan masalah kelak.

Artikel Berkaitan: Isteri Rajin Baca Surah Yusuf, Maryam & Al-Fatihah Lepas Solat, Telinga Anak Dilahirkan Menyerupai Kalimah Allah. Subhanallah!

Allah SWT telah merakamkan kisah orang-orang kafir yang berbangga dengan banyak harta benda dan ramai anak pinak.

Gambar sekadar hiasan.

Pada zaman itu mana-mana puak atau kumpulan tidak ramai anak, mereka akan mengambil anak-anak angkat untuk meramaikan bilangan pengikut yang menjadikan mereka kuat.

Pada zaman permulaan Islam, berlaku pengambilan anak angkat di mana masyarakat telah tersalah sangka hingga melibatkan Rasulullah SAW sendiri dengan anak angkatnya bernama Zaid Bin Harithah.

Peristiwa itu dirakamkan oleh Alquran dalam surah Al Ahzab ayat 4-5.

ANAK ANGKAT DALAM KELUARGA ISLAM
Penjagaan anak angkat dalam keluarga Islam hendaklah mencerminkan unsur-unsur Islam. Ia sama sekali tidak boleh dirahsiakan kerana langkah itu bertentangan dengan syariat Islam. Perkara-perkara yang wajib diberi perhatian semasa mengambil anak angkat ialah:

1. NASAB atau KETURUNAN
Allah SWT menggariskan bahawa taraf anak angkat tidak seimbang dengan anak kandung dan bagi menjaga kesucian keturunannya maka dilarang daripada dinamakan dengan “bin” atau “binti” kepada ayah angkat.

Semasa mengiktiraf pengangkatan anak angkat hendaklah dibin atau dibintikan kepada bapa kandung atau kepada asma’ Allah seperti “Abdullah” dan lain-lain (jika bapa kandung tidak diketahui).

Anak angkat dianggap hanya sebagai saudara seagama atau “maula” kepada bapa angkat dan boleh juga dipanggil secara ringkas dalam hidup seharian sebagai “maula” (L) atau “maulad” (P) kepada bapa angkat.

Artikel Berkaitan: Setiap Kali Anak Bangun Tidur, Elok Ucapkan Doa Cepat & Pendek Ini Agar Sentiasa Dalam Lindungan & Rahmat Allah

2. WALI
Bapa angkat tidak boleh menjadi wali kepada anak angkat perempuan semasa perkahwinan. Walinya yang sah adalah bapa kandung atau ahli keluarganya yang asal mengikut tertib kewalian atau Wali Hakim. Mahkamah Syariah mempunyai prosedur yang tertentu sebelum melantik Wali Hakim.

Gambar sekadar hiasan.

3. WARISAN HARTA PUSAKA
Anak angkat tiada hak mewarisi harta pusaka ibu bapa angkat. Hubungannya dengan ibu bapa kandung tidak boleh diputuskan kerana dia masih berhak mendapatkan bahagiannya daripada kedua ibu bapa kandung.

Namun begitu, ibu bapa angkat digalakkan memberi ‘hadiah’ kepada anak angkat semasa hayat sebagai usaha mengelakkan sebarang kesulitan sepeninggalan mereka.

4. PERGAULAN DALAM KELUARGA
Ibu bapa angkat bertanggungjawab memberi kesedaran kepada anak angkat mengenai tarafnya dalam keluarga supaya dia tidak menganggap bapa angkat dan saudara-saudara angkat yang berlainan jantina sebagai mahramnya. Dengan cara itu dapatlah dielakkan pergaulan yang terlalu bebas dalam keluarganya.

Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 memberi kemudahan kepada ibu bapa angkat Islam mengesahkan hak jagaan ke atas anak angkat. Melaluinya juga mereka boleh memelihara nasab keturunan dan warisan anak angkat seperti yang ditetapkan dalam Islam.

Tetapi akta itu tidak melarang ibu bapa angkat yang hidup membujang memelihara anak angkat yang berlainan jantina daripadanya.

Oleh itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak menggalak bakal ibu/bapa angkat berugama Islam yang hidup membujang memelihara anak angkat berlainan jantina kerana keadaan itu menimbulkan kerumitan setelah anak angkat meningkat dewasa.

Artikel Berkaitan: Anak Degil & Keras Kepala, Lembutkan Hati Dengan Doa Mustajab Ini Sambil Usap Ubun-Ubun Mereka

Dipetik daripada buku bertajuk:
“Pemeliharaan Anak Angkat – Satu Panduan”
Oleh Puan Sri Nurzan Mohd Wahie

Sumber : Unit Penyelidikan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis

Published by
Emma Masri