Nasi beriyani mahal dan tak padan dengan harga. RM20 dapat daging kecil dan telur tak dikupas di bazar ramadan Taman Tun Dr Ismail yang viral dalam sehari dua ini selepas pembeli memuat naik makanan dibelinya.
Ia terus viral kerana ramai berpendapat makan yang dapat tak sepadan dengan harga hingga mengundang ratusan komen. Memburukkan keadaan, sehari selepas viral ada pengguna lain memuat naik keadaan kosong di gerai berkenaan, seolah-olah ia telah “diboikot” oleh pembeli.
Sekali lagi pengguna media sosial menulis, orang tamak selalu rugi dan beratus kutukan lain.
Namun ternyata rentetan dari video itu, seorang peniaga yang sama berniaga di tapak berkenaan memaklumkan “jangan cakap tak ada orang. Kesian dia. Waktu nie peniaga dia dah habis. Nasi pun dah habis dah. Saya tahu sebab saya peniaga dalam bazaar TTDI.
Ternyata berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga berpuasa pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan lain-lain daripada segala dosa, berpuasa hati daripada lintasan jahat serta maksiat. Itulah tingkatan puasa yang terbaik seperti yang digariskan oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali.
Bayangkan dosa kering yang kita tanggung ini selagi video tidak dipadamkan walau pun kita tulis SAYA TIADA NIAT. Ya memang tangan kita menulis tiada niat tapi Allah tahu apa dalam hati kita, manusia saja tak melihatnya.
Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Muslim -2590 dalam sahih-nya)
Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang Muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi – 2032)
Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain.
Daripada Jarir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal dengannya dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barang siapa yang memulakan dalam Islam suatu sunah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun.” (Hadis riwayat Muslim – 1017) dalam Sahih-nya).
Bayangkan, apa dosa kering kita dapat kerana video ini terus berpanjangan dan ia mengundang banyak fitnah. Jangan kerana konten kita mendapat dosa berpanjangan. Dan kerana itulah puasa bukan pada mulut saja tapi seluruhanggota tubuh kita. Baru puasa sebenar-benar puasa. Kalau tidak dapat penat dan dahaga saja.