Hari ini media sosial dipenuhi dengan himpunan cerita dan gambar. Ada berpendapat, ia ruang privasi mereka untuk berkarya, mencurahkan apa yang terlintas di idea serta mahu berkongsi kenangan dengan rakan-rakan.

Tak hairanlah ramai yang mula bangga saat dipuji cantik (tak pasti ucapan itu memang benar ikhlas dari hati atau sekadar membeli jiwa). Ada yang turut berkongsi gambar lama kenangan zaman persekolahan yang pastinya ada di kalangan kawan-kawan yang tidak menutup aurat.

Tidak kurang juga yang follow artis-artis tanahair dan sering memberikan tanda suka pada setiap gambar yang dipostkan oleh selebriti. Malah sehari dua ini media sosial dipenuhi dengan pandangan terhadap seorang instafamous kelihatan seperti artis Marilyn Monroe apabila memuat naik gambar rambut terbarunya.

Di saat kita mengetik like, tahukah kita akan hukumnya memberi tanda suka pada gambar yang tidak menutup aurat.

Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum memberi tanda suka ini awalnya adalah dosa kecil tapi lama-kelamaan akan jadi dosa yang bertambah-tambah.

"Ustaz, apa hukum like gambar orang tak tutup aurat?

Ads

"Dosa like gambar orang yang tak tutup aurat. Kita dah macam satu tapak ke arah neraka. Di akhirat nanti, orang yang tak tutup aurat tu kata!
"Dia suka gambar saya yang tak tutup aurat. Dia sokong akan gambar tu.. "

Maka ditariklah kita ke neraka. Nauzubillahiminzalik..”

Masa yang sama, jelas Ustaz Azhar Idrus, setiap yang haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kepada orang lain sama ada dimuatkan pada majalah, akhbar, internet dan lain-lain. Maka adalah haram kita memuat naik gambar sendiri jika tidak menutup aurat dengan sempurna ketika itu kerana gambar itu akan dilihat oleh bukan mahram kita.

Ads

Larangan kenapa perlunya menutup aurat

Pada masa yang sama, Allah SWT juga memerintahkan kita agar sentiasa memelihara dan menjaga pandangan daripada melihat perkara-perkara yang haram. Firman Allah SWT:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ * وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. (Surah An-Nur: 30-31)

Ads

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda kepada Saidina Ali r.a:

يَا عَلِيُّ لاَ تُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّ لَكَ الأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الآخِرَةُ

Maksudnya: Wahai Ali! Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi tidak yang kedua. (Sunan Abi Dawud: 2149)

Menurut Imam Nawawi pula, hukum melihat aurat ajnabi samada bagi lelaki dan wanita adalah haram dengan ijma’ ulama. (Imam Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/30) (sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI