Hari ini bermulalah 1 Rejab 1442-1443H permulaan bagi bulan Haram.Ini bermakna dalam tempoh kurang dari 60 hari, umat Islam akan menyambut Ramadan yang sangat dirindui oleh kebanyakan dari kita. Ia bulan ibadah yang amat ditunggu oleh semua umat Islam.
Sebaik memasuki bulan Rejab, pasti di antara kita terkhilaf tanpa niat (barangkali mahu berkongsi kelebihan bulan ini – mohon istigfar memohon keampunan Allah kalau sudah melakukannya) dan kita berkongsi kelebihan hadith ini yang mana sesiapa yang memberitahu kemasukan bulan Rejab diharamkan api neraka padanya tanpa sedar ianya hadith palsu.
Bacalah pandangan dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan hadith palsu ini agar kita tidak melakukan kesilapan yang berulang-ulang.
Maksudnya: “Barangsiapa yang memberitahu akan kemasukan bulan (1 Rejab) yang mulia ini kepada orang lain, maka haram baginya api neraka.”
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Setiap kali kemasukan awal bulan Islam, maka akan tersebar hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan bulan-bulan tersebut. Bersempena dengan kemasukan awal bulan Rejab yang mulia ini, maka Irsyad al-Hadith pada kali ini akan menjelaskan berkaitan status hadith di atas, yang mana ia sentiasa disebut atau disebarkan oleh sebahagian masyarakat kita pada hari ini.
Ads
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Tambahan pula, Allah SWT juga berfirman berkaitan bulan Haram ini di dalam surah al-Taubah:
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.
Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya, yang mana beliau telah menukilkan pendapat daripada Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan di dalam bulan Haram ini adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Tafsir Ibn Kathir, 4:130]
Berdasarkan soalan di atas, hadith di atas adalah palsu dan tidak diketahui asalnya daripada kitab-kitab hadith yang muktabar. Ini merupakan salah satu pendustaan yang direka dan disandarkan di atas nama Nabi SAW.Bahkan, hadith ini juga turut digunakan pada bulan-bulan Islam yang lain seperti Zulhijjah, Sya’ban, Ramadhan, Muharram dan sebagainya. Kesemua hadith yang menceritakan tentang kelebihan memberitahu akan kemasukan awal bulan-bulan Islam ini adalah palsu. Justeru itu, penyebaran hadith ini perlu dihentikan dengan serta-merta sama ada melalui meja-meja penceramah dan juga media sosial serta ia tidak boleh lagi disebarkan melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya.
Ads
Hukum Meriwayatkan Hadith Palsu
Para ulama menyatakan bahawa tidak dibolehkan atau haram bagi kita meriwayatkan hadith palsu apabila diketahui akan keadaannya (palsu) melainkan bagi menjelaskan akan kepalsuannya. Ini merupakan pendapat Imam Ibn Salah, Imam al-Nawawi, al-Suyuthi dan ramai lagi termasuk ulama-ulama hadith masa kini. Hukum ini terbina berdasarkan kepada hadith-hadith yang menceritakan berkaitan larangan keras Rasulullah SAW terhadap pendustaan di atas nama Baginda SAW. Antara hadith tersebut adalah seperti berikut:
Nabi SAW bersabda:
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (107)]
Nabi SAW bersabda:
مَنْ يَقُلْ عَلَيَّ مَا لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ Maksudnya: “Barangsiapa yang berkata di atas namaku yang mana aku tidak pernah mengucapkannya maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (109)]
Nabi SAW bersabda:
وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (110)]
Nabi SAW bersabda:
لاَ تَكْذِبُوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجِ النَّارَ Maksudnya: “Janganlah kamu berdusta di atas namaku, kerana ia iaitu yang berdusta di atas namaku tempatnya adalah neraka.” [Riwayat al-Bukhari (106) dan Muslim (1)]
Ads
Nabi SAW bersabda:
مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيْثٍ يُرَىْ أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِيْنَ Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta.” [Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim]
Tanggungjawab Dan Peranan Kita Sebagai seorang mukmin yang cinta kepada Rasulullah SAW seharusnya bagi kita menjaga nama dan diri Rasulullah SAW daripada dicemari dengan pendustaan dan pemalsuan golongan yang tidak bertanggungjawab. Ini merupakan bukti dan tanda cinta serta kasih kita kepada Rasulullah SAW sebagaimana di dalam sebuah hadith:
Sabda Nabi SAW:
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ Maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia kasih kepadaku lebih daripada dia kasih kepada ibubapanya, anakya dan manusia keseluruhannya.” [Riwayat al-Bukhari (15)]
Di samping itu juga, menjadi kewajipan kita semua sebelum membaca, menulis, mengajar, menyampaikan atau menyebarkan sesebuah hadith Nabi SAW, ia perlulah dikenalpasti terlebih dahulu akan sumber dan status (hukum) hadith tersebut. Ini kerana, bimbang dengan tidak menyatakan sumber dan hukum hadith tersebut, akan menyebabkan kita termasuk ke dalam ancaman Nabi SAW. Dengan cara ini, ia akan menjaga kesucian agama ini dan juga daripada penyelewengan golongan-golongan yang ingin menghancurkan Islam.
Penutup Kesimpulannya, hadith palsu merupakan peringkat hadith dhaif yang paling buruk sebagaimana yang telah disebutkan oleh Imam Ibn Salah:
اعْلَمْ أَنَّ الْحَدِيثَ الْمَوْضُوعَ شَرُّ الْأَحَادِيثِ الضَّعِيفَةِ Maksudnya: “Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya hadith palsu adalah termasuk di dalam hadith-hadith dhaif yang paling buruk.” [Lihat: al-Muqaddimah, 98]
Tambahan pula, hukum meriwayatkan hadith palsu adalah haram melainkan bagi menyatakan akan kepalsuannya dan akibatnya akan dicampakkan ke dalam neraka di akhirat kelak. Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara lidah-lidah kita daripada berdusta di atas nama Nabi SAW. Amin.
Wallahua’lam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan apabila kita sudan berkahwin, segala perbelanjaan atau keperluan diri seorang isteri itu terletak pada bahu suami.
Namun sebenarnya kita diingatkan sebelum berkahwin agar perlu ada duit tabungan sendiri untuk berdepan sebarang kemungkinan yang berlaku.
Tida jatuh ego seorang lelaki itu lika pasangannya mempunyai harta sendiri sebelum berkahwin, malah itu menjadi hak isteri mengumpul harta sebelum berkahwin.
Lelaki ini Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi di laman sosial Facebook dan turut mengingatkan bahawa sebelum berkahwin, bukan sahaja lelaki malah perempuan juga perlu memiliki harta sendiri.
Doa untuk pengantin biasanya dibacakan setelah majlis akad nikah dilangsungkan. Mungkin hal ini jarang kita lakukan apabila menghadiri majlis pernikahan dan perkahwinan tetapi adalah afdal jika kita membacakan doa ini agar kehidupan mempelai dirahmati. Malah ia juga sebagai satu keberkatan dalam mengharungi alam rumahtangga.
Rasulullah SAW turut menganjurkan doa boleh dibaca. Ia bertujuan agar perkahwinan yang baru dibina diberkati dan diharungi sebaiknya oleh kedua pengantin dalam keadaan suka dan duka.
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam apabila mengucapkan tahniah kepada pengantin, baginda akan menyebut:-
Semoga Allah memberkatimu, mengurniakan keberkatan kepadamu, dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab an-Nikah, hadis no: 1091, hasan sahih]
Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan berlapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat. Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredhaan Mu Ya Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Semoga roh arwah dicucuri rahmat.’ Mulianya hati penderma, tiga pesakit pulih penglihatan selepas dapat sumbangan organ. Benarlah orang yang baik, kebaikannya akan disebut-sebut biarpun telah pergi.
Malah pemergiannya memberi sinar baru buat pesakit yang memiliki masalah penglihatan. Bayangkan tanpa sebarang pertalian darah, namun dengan keluhuran hatinya telah mendermakan kornea mata kepada yang memerlukan.
Seramai tiga pesakit mata pulih penglihatan selepas mendapat sumbangan organ daripada seorang lelaki yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) akibat masalah perubatan.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, proses pemindahan kornea Finno Joitol, 54, telah dipersetujui oleh pihak keluarga selepas dimaklumkan mengenai pilihan untuk menderma organ.
Mulianya Hati Penderma
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya, berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit yang masing-masing menghadapi masalah kornea kiri dan kanan.
“Kornea yang didermakan juga berjaya ditransplan dan memulihkan penglihatan tiga pesakit iaitu kornea kanan kepada seorang penerima, dan kornea kiri dibahagikan kepada dua orang penerima.
“Pihak keluarga turut berbesar hati supaya kisah pendermaan ini boleh menjadi dorongan kepada orang ramai khususnya masyarakat di Sabah supaya tampil menjadi penderma organ,” ujar Rose Nani dalam satu kenyatan media.
3 Pesakit Pulih Penglihatan
Pada masa sama, Rose Nani turut mengucapkan takziah kepada keluarga Finno atas pemergian beliau serta merakamkan penghargaan terhadap kemuliaan penderma dan seluruh ahli keluarga atas sumbangan terhadap pesakit yang memerlukan.
Beliau turut mengingatkan orang awam yang ingin menderma organ agar mendaftar diri sebagai pengikrar penderma organ melalui aplikasi MySejahtera.
Selepas Dapat Sumbangan Organ
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan pihak keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini. JKNS menyeru orang ramai agar menjadikan kemuliaan para penderma organ dan keluarga mereka sebagai teladan.
“Pendaftaran sebagai pengikrar penderma organ juga boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera”, Rose Nani menambah.
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...