Dalam melayari bahtera rumahtangga, ada ketika kita akan terguris perasaan terhadap pasangan. Bahagia yang kita cari ternyata diakhiri dengan duka. Lebih teruk jika pasangan bertindak curang dengan menjalin hubungan cinta dengan lelaki lain. Jangan memikirkan pasangan kita public figure, kita dengan semudahnya menyebarkan aibnya di mata masyarakat.

Wahai lelaki yang bergelar sang suami, jika marah sekalipun, jika dimalukan sekali pun, janganlah sesekali menyebarkan aib pasanganmu kepada ibu bapanya apatah lagi menyebarkannya di media sosial.

Ini kerana Allah tidak akan mengampun dosa kita yang menyebarkan aib pasangan kerana kita diajar untuk menutupi aib orang lain agar Allah menutupi aib kita pula. Banyak hadith memperkatakan perihal menutup aib seseorang ini.

Antaranya, dalam satu hadith Salim bin Abdullah bin ‘Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,“Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim, ALLAH akan menutupi aibnya pada Hari Kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim).

IKLAN

"Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya.

"Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya”. – (Tarmizi : 1955).

IKLAN

Tidak hanya diajar menutup aib pasangan, bahkan kita diajar untuk menutup aib kita sendiri dari diketahui orang lain.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali mereka-mereka yang menunjuk-nunjuknya dan sesungguhnya di antara menunjuk-nunjukkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan suatu perbuatan di waktu malam.

IKLAN

"Sementara Allah telah menutupinya kemudian di waktu pagi dia berkata: "Wahai fulan semalam aku telah melakukan ini dan itu, pada hal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh Allah" – (Bukhari : 5608).

Benci akan perbuatan maksiatnya, bukan pelakunya

Segala maksiat di sekeliling wajib dicegah. Kita wajar membenci segala perbuatan maksiat yang berlaku di sekeliling kita bahkan mencegah diri dari melakukan perbuatan tersebut. Namun masa yang sama, kita tidak boleh membenci orang yang melakukan maksiat apatah lagi melaknat di pelaku maksiat. Sebetulnya, kita perlu menasihatinya dan menerangkan kepadanya bahawa perbuatannya itu salah dan dirinya perlu bertaubat. Ini dilakukan agar dirinya memahami bahawa tindakannya itu adalah salah, dihayati dan tidak mengulanginya lagi.
Gambar hiasan : Baitul Jannah

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI