‘Berhenti dari sekolah biasa, nekad hantar anak mengaji al-quran bersanad.’ Bukan mudah buat keputusan libatkan masa depan anak, apatah lagi anak masih kecil dan bersekolah rendah.
Sesungguhnya ibu bapa yang kuat saja mampu membuat keputusan seberat ini dan menyerahkan segala-galanya pada Allah. Walaupun tak mudah tetapi percayalah Allah sentiasa membantu orang-orang yang meletakkan kebergantungan pada-Nya. Insyallah.
Ibu ini Aqma Laili mengambil keputusan nekad untuk menghantar anaknya ke tahfiz seusia sembilan tahun setelah menimbang banyak perkara. Siapa sangka Allah kurniakan kekuatan tak terhingga di saat dia membuat keputusan yang terbaik buat anak tercinta, Adam.
Ikuti perkongsian Aqma Laili ini,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bukan mudah untuk membuat satu keputusan yang besar melibatkan masa depan anak-anak.
Nekad Hantar Anak
Puas mengkaji, bertanya sana sini, kami usaha mencari serta menimbang tara antara madrasah. Lama mencari dan lama berfikir.
Ads
Entah dari mana datangnya kekuatan, dengan rela hati dan tenang kami mula berhentikan Adam dari Sekolah Rendah dan Sekolah Agama, untuk meneruskan Pengajian Al-Quran Bersanad di Madrasah yang terletak di Alor Gajah Melaka.
Mudah, segala proses berhenti sekolah, persediaan serta persiapan ke Madrasah dan proses daftar kemasukan ke Madrasah juga terasa lancar tanpa sebarang masalah. MasyaAllah.
Mengaji Al-Quran Bersanad
Kita hanya merancang, tetapi Allah yang Maha Mengatur. Kalau dulu happy sangat hantar Adam sekolah tak sampai lima minit dari rumah sampai dah sekolah. Tapi sekarang bertambah happy lepas nampak Adam tenang dan happy belajar nun jauh di Melaka. Rindu, jangan tanya…
Kepada yang membaca posting ni, nawaitu sis sekadar nak berkongsi rasa bahagia dan gembira sebagai mak, ayah. Jangan sesekali kita sangsi dengan apa yang telah DIA atur dan akan berikan kepada kita. Sis (Sister) masih jahil tapi tak mahu anak-anak sis start lambat.
Tentang masa depan Adam, insyallah harapan kami biarlah apa pun cita-citanya nanti, asalkan Al-Quran penuh di dada dan menjadikan da’wah maksud hidup.
Bukan Mudah Buat Keputusan
Mohon doa daripada semua yang membaca posting ni, agar Adam Aqif di terangi hatinya, dipermudahkan urusannya serta dapat menghafal Al-Quran dengan aman, tenang dan lancar.
Ads
Posting ini sekadar mahu berkongsi perjalanan keputusan besar melibatkan kami bertiga sebagai parent kepada Adam Aqif.
Moga dengan asbab ini boleh membuka mata hati, ruang dan peluang untuk semua di luar sana agar percaya dan yakin dengan keputusan terbaik buat pendidikan serta masa depan anak.
Moga dengan tiap keputusan kita akan memberi manfaat serta kebaikan buat anak-anak.
Perkongsian Aqma Laili membuatkan ramai warganet menyokong tindakannya dan mendoakan yang terbaik untuk anaknya, Adam.
Abee Maa Nezz Tahniah kak Aqma Laili dan yakin dengan qada n qadar yang telah ditakdirkan.. Allah menjaga Adam bersama dua Malaikat yang ada bersama Adam. Semoga Adam menjadi bekalan ke syurga buat mu sekeluarga.
Hanim Abdulhadihalim Parents yg hebat. Semoga dipermudahkan buat Adam, ibu dan ayah. Betul tu bukan semua parents mampu buat keputusan macam ini, insyallah segalanya yang terbaik untuk Adam nanti.
Sapinah Hanafi Tahniah Aqma kerana berani membuat keputusan di luar kotak. Insyallah Allah akan mambantu hambanya yang ikhlas demi agamanya. Semoga Adam dapat menghabiskan pengajian dengan cemerlang dan menjadi insan yang bertaqwa serta berbakti kepada ibu bapanya
Ain Vivian Impian kak ain juga Aqma Laili,takdirnya Allah bagi izin kak ain ada anak sendiri dengan suami. Hendak hantar anak belajar agama, kejar agama Allah, nanti Dunia datang dekat kita. Doa, amal anak soleh jadi bekalan buat mak ayah.
Kashoorga : Semoga Allah permudahkan urusan anakanda Adam dalam proses pengajiannya di sana. Insyallah.
‘Minta jadi orang baik, berkali doa dengan allah.’ Elfira Loy kongsi pengalaman umrah kali ini cukup berbeza berbanding pengalaman-pengalaman umrah sebelum ini.
Setiap dari kita pasti teruja setiap kali menjejakkan kaki ke Makkah dan Madinah sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah. Suasana di sana yang tenang dan mendamaikan, membuatkan segala beban hilang.
Begitu juga yang dikongsikan oleh pelakon, Elfira Loy. Ternyata ibadat umrah yang dilaluinya bulan lalu memberi impak berbeza kepada ibu beranak dua ini.
Luah Elfira di akaun Instagramnya,
I’ve been thinking about my recent umrah trip a lot. Kalau orang suruh share apa I rasa apa I doa, I rasa macam tak terluah sangat .
Tapi apa yang I yakin I rasa pada diri I adalah. I feel better. I rasa beban yang I bawak sebelum pergi umrah tu hilang tanpa I talk about it or even solve it. Dia just hilang.
Trip kali ini memang berbeza.
Berkali Doa Dengan Allah
Sebab kali ini, I just mintak nak jadi orang baik saja. Berkali-kali I mintak dekat Allah.
Dan Ustazah I banyak kali pesan untuk beristighfar, mengaku tentang kesalahan kesalahan kita pada Allah. Memang jadi rasa ringan saja.
Yang kedua, I banyak dahulukan orang lain untuk beribadah dan I betul betul ikhlas izinkan. I rasa itu juga one of the reason Allah selalu baik saja dengan I.
Elfira Loy Kongsi Pengalaman Umrah
Pengalaman I di Raudah dan dapat buat umrah juga itu walaupun period baru hari ketiga memang amazing sangat Alhamdulillah .
Those moments buat i rasa dekat dengan Rasulullah SAW & Allah SWT.
I bersyukur…
I bersyukur Allah hadirkan perasaan ini pada I. @irkaztravel
Kali Ini Cukup Berbeza
Ternyata apa yang dilalui Elfira turut dirasai oleh orang lain, iaitu sukar untuk kekal istiqamah apabila tidak lagi berada di Tanah Suci. Kongsi mereka,
ramaramaterbangtinggi
Alhamdulillah. Sama kita el. Tak terluah kalau nak cerita semua. Ustaz kami cakap dekat sana memang begitulah kita. Cabaran sebenar is to stay istiqamah bila tidak berada di sana.
I couldn’t agree more. Insyallah kita doa semoga Allah terus pilih kita untuk jadi orang yang baik, beramal dan bertaqwa walau di mana pun Allah letak kita. Amin.
Imannaabdul
Masyallah… such beautiful words. Moga kita semua diberikan kesempatan untuk mengerjakan umrah dan haji.
“Walaupun perlu kerja keras, saya tak putus semangat belajar membaca Al-Quran.’ Kekurangan bukanlah alasan untuk mempelajari kitab suci Al-Quran kerana banyak lagi cara lain untuk belajar jika kita tak boleh melihat.
Semangat wanita muda ini sudah tentu menjadi inspirasi kepada golongan senasibnya. Ternyata membaca Al-Quran sememangnya tak mudah apatah lagi bagi mereka yang mengalami kecacatan penglihatan seperti wanita ini.
Namun begitu, bagi Raja Noor Hani Raja Dollah, 26, yang dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU) penglihatan mengatakan bahawa ia bukan penghalang untuknya menguasai bacaan al-Quran menggunakan naskhah Braille.
Jelas Raja Noor Hani, dia sekarang sedang mendalami bacaan al-Quran sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan tilawah al-Quran anjuran Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) pada Disember depan.
Saya Tak Putus Semangat
Katanya, dia mula diperkenalkan dengan muqaddam Braille ketika berusia sembilan tahun dan mengambil masa selama dua bulan untuk belajar kod dan mengingati titik Braille yang agak mencabar.
“Walaupun perlu bekerja keras untuk mempelajari al-Quran berbanding individu normal, ia tidak mematahkan semangat saya untuk mendalami kalam suci ini.
“Jangan jadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak mahu membaca al-Quran kerana di sisi Allah SWT, setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing,” katanya lagi.
Belajar Membaca Al-Quran
Menurut anak kesembilan daripada 10 beradik ini, ketika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, dia diajar membaca al-Quran braille dan mula memupuk kesungguhan untuk menguasai bacaan sehingga mendalami kalam suci itu.
“Saya pernah menangis kerana pada awalnya terlalu sukar disebabkan setiap baris ayat perlu dirasai dengan jari, tetapi berkat sabar akhirnya saya mampu juga menguasainya.
“Kini seminggu sekali, saya akan menyertai kelas membaca al-Quran di Pertis Beris Kubu Besar, Bachok, Kelantan, selain turut membantu rakan-rakan yang senasib,” katanya.
Kekurangan Bukanlah Alasan
Bercerita mengenai masalah penglihatan yang dialami, Raja Noor Hani menerangkan, dia dilahirkan tanpa pancaindera berkenaan.
“Saya berazam mahu mendidik lebih ramai golongan senasib mendalami al-Quran kerana sebagai orang Islam, kitab suci ini menjadi pedoman hidup,” katanya.
‘Tak boleh tengok orang hidup senang.’ Jangan jadi manusia busuk hati, banyakkan istighfar & bertaubat sepaya tak menyakiti hati orang lain.
Lumrah manusia kadang-kadang terkhilaf, namun sesekali jangan menjadi manusia busuk hati. Kongsi Ustaz Khairul Anuar Basri, manusia yang busuk hati ni memang wujud.
Jenis yang tak boleh tengok orang lain hidup senang dan tenang. Serba tak kena. Ada saja yang nak dikacaunya. Ada saja idea jahatnya.
Orang yang macam ni, dia sanggup buat apa saja asalkan orang yang dia tak suka tu menderita. Ada yang sampai ke peringkat hantar sihir dan juga santau berkali-kali.
Kalau tak boleh guna kekerasan fizikal, dia akan guna ketajaman lidah untuk mengata. Mulut sebusuk bau longkang. Adu domba, fitnah dan menghasut orang lain tu macam biasa tak rasa apa-apa.
Jangan Jadi Manusia Busuk Hati
Kalau di media sosial ni, mereka akan jadi keyboard warrior dengan bahasa kesat tak ada ampun punya. Kadang-kadang tu, sampai sanggup buat fake account semata-mata nak mengata orang lain. Suka sangat jadi nasi tambah dan batu api.
Kawan-kawan…
Jangan kita jadi orang yang busuk hati. Jadilah orang baik-baik yang suka dengan kebaikan.
Seronok bila tengok orang lain bahagia. Sedih dan simpati bila tengok orang lain susah dan menderita.
Banyak-banyak istighfar dan bertaubat. Minta Allah bimbing kita supaya jadi orang yang baik.
Hidup tenang-tenang saja. Nanti nak mati pun senang. Sebab Allah akan seru hanya jiwa yang tenang untuk balik mengadap-Nya dalam keadaan redha dan diredhai.
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...