
Wanita memakai hijab kerana memenuhi tuntutan agama Islam bagi menutup aurat. Namun apabila melihatkan gaya fesyen tudung masa kini menyebabkan matlamat untuk menutup aurat tidak sampai ke sasarannya malah lebih buruk lagi hampir mengherat kaum wanita ke neraka.
Tidak dapat dinafikan bahawa tidak salah untuk berfesyen namun mestilah tidak melanggar syariat agama yang telah ditetapkan.
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31), “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)
KRITERIA TUDUNG YANG MENGIKUT SYARIAT:
- Tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk leher.
- Menutup bahagian leher dan juga dada.
- Memakai tudung tetapi tidak memakai anak tudung sehingga menyebabkan rambut masij kelihatan.
- Tidak berlebih-lebihan. Tudung yang sederhana itu lebih baik.
CIRI-CIRI TUDUNG YANG TIDAK MENUTUP AURAT:

Sumber: Kelantan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Makan Saling Menyuap & Belikan Iphone 11 Cara Ebit Lew Hargai Bidadarinya Yang Penat Uruskan Keluarga

Kata orang gurau senda antara suami isteri itu perlu untuk merapatkan lagi hubungan sedia ada. Jika tiada dugaan walaupun kecil pasti hidup berumahtangga itu akan jadi hambar kerana merasakan keduanya sempurna dan tiada apa-apa kesalahan.
Selain gurau senda satu sama lain, terdapat juga beberapa cara lain yang boleh dipraktikkkan bagi yang baru atau sudah lama mendirikan masjid.
Seperti perkongsian pendakwah bebas Ebit Lew yang punya cara tersendiri untuk menghargai pasangannya.
Dalam perkongsian di laman sosial facebook, pendakwah yang popular dengan cara dakwah tersendiri memberitahu 3 petua supaya pasangan boleh bercinta setiap hari tanpa rasa jemu.
Pagi ni dating berdua dengan bidadari. Rindunya lepas hantar anak sekolah sama-sama,jogging, dan sarapan sama-sama. Ya Allah terima kaseh atas nikmat ini.
3 petua supaya bercinta setiap hari. Makan berdua-duaan. Sebaiknya suap menyuap sekali dua. Share pinggan dan gelas. Buat dengan cinta. Ramai orang makan dengan isteri or suami orang. Kadang jatuh cinta bila berdua-duaan.
Kedua sama-sama solat dan berdoa. Sebut nama pasangan dalam doa.
Ketiga. Buat Talim dan majlis ilmu bersama dalam rumah. InsyaAllah makin jatuh cinta
Artikel Berkaitan: Jangan Zalimi Isteri, Sebaliknya Sayangi Mereka- Ebit Lew
Sebelum dalam perkongsian berlainan Ebit Lew juga bermurah hati membelikan isterinya telefon terbaru. Bukan sebarang jenama, tetapi memilik Iphone 11 yang terbaru di pasaran.
Menurutnya isteri yang dipanggil bidadari itu sudah lama tidak ada telefon. Dan sebagai menghargai tugasnya menguruskan keluarga dan anak-anak, pendakwah ini membelikan telefon berkenan sebagai hadiah suprise.
Dekat Penang. Tak dapat nak call bidadari. Telefon takde. Terus belikan bidadari saya phone baru. Dah lama gak takde phone. Nak buat surprise buat bidadari tercinta. Kasihan hari-hari penat uruskan keluarga dan anak-anak. Tak dapat nak balas jasamu bidadariku
Orang jumpa saya selalu cakap terima kaseh. Puji saya. Ada kata saya pendakwah. Pendakwah sebenar ialah ibu bapa saya. Pendakwah sebenar bidadari saya. Bidadari saya yang urus anak ke sekolah. Ajar anak fatihah. Teman anak belajar setiap hari. Sebelum tidur siap iron baju anak-anak. Buat Talim dengan anak. Cerita kisah sahabat rhum dan bimbing anak baca doa tidur

Bangun pagi awal masak untuk anak-anak. Siapakan mandikan anak semua setiap hari. Hantar anak pergi sekolah. Allahu
Subhanallah begitu kuatnya diriku duhai isteri. Duhai bidadariku. Begitulah ramai wanita diluar sana. Wahai anakku hargai dan sayangilah ibumu. Jagalah dirinya. Ya Allah betapa diriku cinta dan sayang padanya. Cintai dan jagalah dirinya. Rindunya pada bidadari dan anak-anak. Ya Allah rahmatilah isteri,bidadari, wanita yang kau beri cinta dalam hati mereka buat suami dan anak-anak-ebitlew
Kashoorga: Sesungguhnya pasangan ini cukup romantik dalam mengukuhkan hubungan sedia ada. Contohilah mereka kerana tidak rugi menghargai isteri kerana keberkatannya itu lebih besar dibanding dengan apa yang kita berikan pada insan mulia yang sanggup menjaga anak-anak ketika suami sebegai ketua keluarga sedang keluar bekerja.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Suka Mengumpat & Tidak Mesra Adalah Tanda Bersifat Sombong. Kenal Pasti 26 Lagi Ciri-Ciri Sifat Mazmumah Ini!

Isi Kandungan
ToggleSetiap manusia itu mempunyai pelbagai sifat. Ada yang bermurah hati, gemar bersedekah dan ada juga bersikap sombong. Kalau sombong sahaja tidak apa, tetapi ada juga yang bersifat bodoh-bodoh sombong.
Kadang-kadang kita tidak perasan sikap kita ini sebenarnya tanda seorang yang bersikap sombong.
Misalnya gemar marah-marah dan kurang mesra dengan orang lain itu juga dikategorikan sebagai mereka yang mempunyai sikap sombong.
Ayuh kita lihat lagi tanda-tanda lain jika tanpa sedar mempunyai sifat yang mazmumah ini.
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu samada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan.
Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong iaitu :
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.
2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.
3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.
4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.
5. Memandang hina kepada golongan bawahan.
6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.
8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.
10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.
11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.
12. Dia suka dihormati.
13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang.
17. Suka mencerita kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.
20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji , dia berasa bangga dan senang hati.
SOMBONG itu ada 3 jenis..??
1. Sombong terhadap Allah swt
; iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.
2. Sombong terhadap Rasul
; tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.
3. Sombong terhadap makhluk
; iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.
Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa,ia boleh menghalanginya dari syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ
لا يدخلُ الجنَّةَ من كان في قلبِه مثقالُ ذرَّةٍ من كِبرٍ
“Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi.” (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)
Nabi SAW memberikan perumpamaan yang paling kecil daripada bahaya sombong itu, walaupun sebesar biji sawi, tidak akan masuk syurga kata Nabi SAW.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Patuh Tempoh PKP Asingkan Diri. KJ Sedih Tak Dapat Peluk Cium, Hanya Ucap Hari Lahir Anak Melalui Tingkap!

Isi Kandungan
ToggleDalam masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini orang ramai dinasihatkan hanya perlu duduk saja di rumah.
Namun hanya ada beberapa sektor pekerjaan yang boleh keluar bekerja, misalnya perbankan atau jabatan berkaitan.
Dan jika keluar bekerja sekalipun kebersihan dan keselamatan diri perlu dijaga sebaik sampai di rumah. Perlu segera memberishkan diri dan kuarantin diri dari keluarga untuk seketika.
Dalam satu posting Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, YB Khairy Jamaluddin menaikkan satu video di laman sosialnya mengingatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga diri dan mengikut arahan yang ditetapkan kerajaan dalam tempoh PKP ini.
Melalui video berkenaan juga beliau yang mesa dipanggil KJ berkongsi keadaan dirinya yang terpaksa menjarakkan diri dengan keluarga dan anak-anak kerana takut membawa virus yang mungkin ada pada dirinya semasa keluarga bekerja atau bermesyuarat.
Beliau juga ada berkongsi satu lagi gambar di laman Instagrman yang menunjukkan beliau terpaksa mengucapkan selamat hari lahir kepada anaknya hanya melalui tingkap.
KJ berkata beliau perlu mengasingkan diri setelah keluar bekerja bagi memastikan semua selamat terutamanya ibunya.
Namun beliau menyatakan rasa sedih tidak dapat memeluk dan mencium anaknya pada hari lahir dan hanya boleh melihat melalui tingkap sahaja.
Malah beliau sempat memberi pesanan apabila anaknya sudah besar nanti, beliau akan menceritakan bagaimana semua orang di dunia memainkan peranan dalam membantu antara satu sama lain.
“Happy 5th birthday, my little lion man. Because Papa has to go out for work, Papa has decided to self-isolate when coming home.
That’s to keep you and everyone else safe (especially grandma!). It makes Papa sad that I can’t hug you and kiss you today, and that we can only see each other through the window.
When you grow up, I’ll tell you all about how everyone in the world had to play their part to help each other. Love you, my Raif”.

Posting yang dibuat oleh KJ ini bukan sahaja membuatkan netizen terhibur tetapi juga dalam masa sama turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau.
ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar Kongsi Kisah Seorang Lelaki Tua Doakan Doktor
KREDIT FOTO: INSTAGRAM KJ
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI