Berhijab & Tutup Aurat Itu Wajib Bagi Wanita. ‘Tiada Alasan Jadi Diri Sendiri Bila Buka Tudung.’

Share

Berhijab dan tutup aurat itu wajib bagi wanita. ‘Tiada alasan jadi diri sendiri bila buka tudung.’ Benda wajib tidak boleh diubah-ubah sesuka hati dan menurut selera kita.

Namun ada beberapa individu memberi alasan sebegitu apabila mereka tanggalkan hijab. Katanya tidak mahu hipokrit dan mahu jadi sendiri. Masyallah jauh menyimpang daripada ajaran agama Islam.

Artikel Berkaitan:

‘Walaupun Tutup Aurat Sempurna, Elak Post Gambar Di Media Sosial.’ Tak Salah, Tapi Banyak Datangkan Fitnah

Berhijab & Tutup Aurat

‘Tutup aurat ini perkara wajib. Dalam apa keadaan pun, tiada alasan untuk nak kata tak wajib, sebab ia wajib. Jadi, siapa yang tidak menutup aurat itu, haram,” kata pendakwah bebas juga juara Imam Muda musim kedua (IM2), Hassan Adli.

Jelas Imam Muda Hassan, bagi wanita yang membuka tudung dengan alasan tidak mahu hipokrit dan nak menjadi diri sendiri, ia sama sekali tidak akan menggugurkan hukum wajib itu.

“Memakai tudung dan menutup aurat itu wajib. Tak ada alasan untuk tidak memakainya bagi wanita Islam. Sebagai contoh juga, solat lima waktu yang hukumnya wajib dilakukan.

Itu Wajib Bagi Wanita

“Jadi, kita tidak bolehlah kata, saya tak nak solat sebab tak ikhlas, tak nak solat sebab suka berjudi, tak nak solat sebab saya riak, pelbagai alasan itu tidak boleh diterima sebab hukumnya wajib. Tetap kena solat dalam apa jua keadaan dan tak alasan untuk kita tak nak buat,” katanya.

Tambahnya, solat juga tidak akan gugur hukumnya sama seperti menutup aurat. Benda yang wajib itu tetap kena buat.

“Di sini, apa-apa situasi pun tak boleh kita kata hipokrit, tak hipokrit, riak, tak riak ke sebabnya, hukum tetap hukum, wajib tetap wajib,” katanya.

Tiada Alasan Jadi Diri Sendiri

Menurut Hassan, jadi seseorang wanita itu nak berhijrah menutup aurat, hijrahlah bersungguh-sungguh. Jangan dibuat sekerat jalan, sebab takutnya kita mempermainkan agama pula.

“Apapun, tudung ini kalau nak berfesyen tiada masalah. Dalam Islam, tak adalah sampai tak boleh ikut fesyen langsung. Masih boleh berfesyen, tinggal lagi jangan sampai melampau-lampau. Cukup sekadar berpada-pada.

“Maksudnya, selagi mana fesyen itu cukup syarat menutup aurat. Kemudian, tidak melampaui batas, pada saya ia okay lah,’ ungkapnya.

Bila Buka Tudung

Pada masa kini, didapati pemakaian tudung dalam kalangan segelintir wanita termasuk golongan selebriti umpama mengikut ‘trend’.

Apabila mahu memakainya, mereka pakai. Kemudian apabila tidak mahu, ditanggalkan begitu saja dengan alasan tertentu seperti ingin menjadi diri sendiri.

Baca Di Sini:

Bila Ada Anak Perempuan, Wajib Diajar Bertudung, Tak Boleh Pakai Seksi& Biar Dikata Kolot Asalkan Kehormatan Diri Terjaga

Kashoorga : Mengenakan hijab bukanlah fesyen atau trend semasa, sebaliknya pemakaian tudung adalah tuntutan agama pada wanita.

Sumber: myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat