Sebaik lafaz ijab dan kabul, tanggungjawab sebagai seorang isteri terpikul di bahu. Ketika itu masa yang ada difokuskan pada keluarga semata-mata untuk mencari tiket ke syurga.
Walaupun lelah tetapi tangungjawab yang satu ini perlu dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan isteri solehah.
Tetapi isteri juga manusia biasa dan bukannya robot untuk melakukan pelbagai tugas tanpa ada rehat. Jika pasangan anda seorang suami yang memahami, berilah me time kepada isteri.
Perkongsian lelaki ini Muhammad Yusof di laman sosial Facebook cukup menarik kerana me time yang diberikan kepada isterinya lain daripada yang lain. Bukan memberi keizinan bercuti, sebaliknya ‘me time’ dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Kebetulan ada kursus, singgah masjid untuk sembahyang Subuh
Hari tu aku solat Subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.
Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.
Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni ‘Assalamualaikum cikgu..’. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.
Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku.
Ads
Bertemu seorang pak cik yang pusingkan selipar untuk isterinya
Aku yang naif ni terus la tanya dia ‘Kenapa dengan selipar tu pak cik?’.
Dia jawab ‘Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..‘
Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi.
So aku pun saje la tanya dia ‘Lama jugak ye isteri pak cik solat?’
Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.
‘Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..’
Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.
Ads
Aku selalu terfikir bahawa ‘me time’ isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut. Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.
Me time terbaik biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan
‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia. Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.
Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah ‘kenapa lama sangat!’ padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat ‘masa berharga’ ni. Bukan sekadar ‘masa berharga’ tak jaga suami atau anak je.
Ads
Melihat isterinya kelihatan Nur melimpah…
Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.
Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.
Allah, Allah.
Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.
Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.
‘Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..’
Amin.
Sekadar berkongsi pengalaman: Muhammad Yusof
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
“NAK MENGAJI TAK RETI, JADI DOA INILAH YANG IBU AMALKAN DARI MULA KENA STROK SAMPAILAH ALLAH IZINKAN UNTUK SIHAT SEMULA…’
Allahuakbar, sebaknya saat mendengar luahan wanita tabah ini. Dia suka gelarkan diri sebagai “Ibu”.
Jika dilihat dari luaran, kita tidak akan pernah menyangka bahawa beliau pernah lalui banyak ujian yang sangat hebat dalam kehidupan. Kemudian saya bertanya, “Kenapa ibu menangis?”
Doa Inilah Ibu Amalkan
“Ibu tak pandai mengaji, Ustazah. Tapi bila Allah uji dengan macam-macam dugaan, antaranya saat ibu kena strok teruk beberapa tahun lalu, doa inilah yang ibu sentiasa amal lepas dengar dari kuliah Ustazah.”
Lalu dia pun bacakan doa itu khusyuk sepenuh hati sambil pejamkan mata, dengan air matanya deras berlinangan, tanda terlampau hiba saat menghayati makna doa.
Maksudnya: “Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia, berikanlah kami kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari seksa api neraka.”
(Surah al-Baqarah: Ayat 201)
Dari Mula Kena Strok Sampai Sihat Semula
Tuan Puan,
Mungkin bagi sebahagian daripada kita, ini doa yang sudah biasa kita baca hari-hari. Kadang kita baca laju tanpa hayati, lalu tak sedar betapa besarnya maksud doa ini.
Namun di sana ada seorang insan, yang tidak tahu pun untuk mengaji. Tapi saat membacakan doa yang kita rasa biasa ini, dia menangis dan membacakannya sepenuh hati. Subhanallah.
Sungguh, sangat banyak pengajaran yang saya sendiri pelajari dari sahabat-sahabat yang hadir, semuanya menjadi sebuah muhasabah dalam menempuhi kehidupan.
Pulau Dayang Bunting yang terletak kira-kira 17.6 km dari Pekan Kuah sememangnya antara destinasi pilihan pelancong.
Walau berdekatan dengan laut namun air di tasik ini tidak masin dan menjadi tumpuan pelancong melakukan aktiviti air seperti berenang, berkayak, bermain bot kayuh selain menikmati spa fish di pulau lagenda ini.
Di sebalik mempunyai tarikan pelancongan, ada suatu yang lebih istimewa kerana Tasik Dayang Bunting ini mempunyai lagenda dan misterinya sendiri.
Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng seorang dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya.
Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit yang penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya di tasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting.
Tidak dinafikan, pulau ini kelihatan menyerupai seorang wanita sedang mengandung dan tak hairanlah ia menjadi tumpuan hingga ramai mempercayai mitos ini tanpa sedar boleh menjadi syirik apabila mempercayai berendam di pulau ini boleh membuatkan pasangan mengandung.
Tular di Tik Tok yang mana seorang pengguna menulis “orang kata, kalau tengah usaha nak dapat zuriat boleh cuba berendam dalam tasik ini.
Kongsinya lagi, “Balik je dari sini, seminggu lepas tu saja test. Alhamdulillah, lekat seorang baby Langkawi.
Perkongsiannya menarik perhatian warga net yang mempetikaikan kandungan tak boleh terbentuk dalam tempoh seminggu kerana janin barangkali sudah ada. Malah ramai menasihatinya agar berhati-hati agar tidak sampai syirik.
Berhati-hati dengan apa kita tulis dan percayai kerana ia boleh menjadi syirik khususnya malapetaka lisan kerana ia boleh membinasakan kita dia di dunia dan akhirat.
Di antara malapetaka lisan yang paling dahsyat, yang dapat membinasakan di dunia dan akhirat adalah mengucapkan perkataan syirik. Hati-hatilah, terkadang kalimat syirik keluar dari lisan kita sementara kita tidak sedar.
Di antara bahaya syirik di dunia adalah:-
1 Allah tidak akan mengampuni yang mati di atas kesyirikan
“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” [QS. An-Nisaa: 116].
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-Nabi) yang sebelummu. Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” [QS. Az-Zumar: 65].
Jadi berhati-hatilah dengan apa kita fikirkan dan tulis, jangan sampai jatuh syirik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Syukur dikurniakan isteri yang pandai jaga maruah.’ Bakal sambut anak ke-3, PU Abu luah rasa sebak.
Bukan calang-calang isteri PU Abu yang dikenali dengan panggilan Ain, dirinya tetap utuh di sisi suami walaupun pelbagai dugaan menjelma sepanjang perkahwinannya dengan PU Abu.
Begitulah alam rumah tangga, tak selalunya indah dan bahagia. Pasti ada pasang, surutnya dan ada juga ujiannya.
Bagi yang tidak mampu melawan ombak dan badai rumah tangga pasti akan menyerah kalah serta akhirnya memilih jalan perpisahan. PU Abu dan isterinya antara pasangan yang diuji dan Allah Maha Besar, setiap ujian yang mendatang pasti ada hikmahnya.
Ikuti perkongsian PU Abu di akaun instagramnya:
Isteri Yang Pandai Jaga Maruah
Moga Allah jaga keluarga kecil kami ini, bila teringat likunya rasa sebak. Lebih-lebih lagi wanita hebat ada di samping saya ni.
Sabarnya persis arwah ummi. Wanita biasa mungkin sudah angkat kaki, tapi dia masih ada di samping saya tak kira apa pun. Meredhai segala keputusan si suami.
Biar dibelakangi berkali-kali, tapi masih tetap menjaga maruah. Tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana lelaki.
Bakal Sambut Anak Ke-3
Benarlah kata hukama’, ‘Ingin mencari isteri solehah, carilah ibu yang terbaik buat anak-anak mu.
Insyallah next year, Januari 2023 pendatang baru menyelit.
PU Abu Luah Rasa Sebak
Perkongsian PU Abu turut mendapat pelbagai respon daripada warganet. Ada di kalangan mereka mendoakan yang terbaik buat keluarga kecil ini:
Aqilah Suhaila
Jaga ain baik-baik, cukup-cukuplah sakiti hati wanita. Semoga yang lepas jadikan pengajaran. Bina cinta dan hati yang baru. Ain sangat limited.
Nadiya Mansor
Masyaallah, tolonglah sayang dan hargai umi sebab dia memang terlalu baik. Semoga terus bahagia.
Nishashfika
Tak mengapa yang lepas jadikan pengajaran. Semua hamba-Nya diuji. Semoga Allah merahmati keluarga ustaz.
Hanara1980
Menangis bahagia tengok family ini. Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah dan mendapat keberkatan dunia akhirat.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...