Pasti perit menerima lafaz talak yang diucapkan secara langsung di hadapan orang dalam alam rumahtangga. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka platfrom facebook. Bukan satu atau dua sebaliknya tiga terus.
Inilah yang terjadi dalam rumahtangga Dj Wong atau nama sebenarnya Noor Aziz Johari, 53 yang melafazkan talak tiga terhadap isterinya, DJ Sal selepas menghilang seminggu lamanya.
Dalam meminta maaf dan melafazkan sumpah di hadapan Al-Quran, lelaki yang dilaporkan hilang sebelum ini dan pencarian dilakukan terhadapnya bersama pihak polis akhirnya muncul di fb miliknya bersiaran selama 15 minit.
DJ Wong memaklumkan, dirinya masih sihat, selamat dan meminta semua pihak menghentikan pencarian namun masa yang sama tidak memaklumkan lokasinya berada.
Dilihat sesekali menangis, dirinya memaklumkan keluar rumah atas kerelaan sendiri, berbekalkan RM2.70 dan mengakui ada masalah peribadi dengan isterinya. Bahkan dia mengumumkan tidak akan muncul lagi di fb selepas ini selepas melafazkan talak tiga tersebut.
Dalam pada itu, selepas siaran berkenaa, Dj Sal yang turut membuat siaran langsung di FB, menyifatkan suaminya sebagai lelaki dayus berikutan tindakannya menghilangkan diri dan melafaz cerai terhadap dirinya secara langsung di FB.
DJ Sal juga berulang kali menyatakan yang dia enggan mengaibkan lelaki terbabit dan hanya meminta DJ Wong menunggu di mahkamah.
Kenali jenis talak dalam Islam.
Dikongsi dari fb Kes Syariah, ada dua jenis lafaz talak / cerai yang isteri kena tahu agar hubungan tidak menjadi zina.
Lafaz cerai terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu:-
(i) Lafaz Soreh; dan
(ii) Lafaz Kinayah
Lafaz soreh ialah lafaz yang digunakan jelas menunjukkan kepada makna talak/cerai dan tidak boleh ditafsirkan kepada makna lain selain talak/cerai. Lafaz soreh ada tiga (3) iaitu talak/cerai, bebas/lepas dan pisah. Contohnya seorang suami berkata kepada isterinya “Aku ceraikan engkau” atau “Aku berpisah dengan engkau”.
Hukum lafaz soreh ini ialah jatuh talak sama ada suami berniat menceraikan isteri atau tidak. Ini kerana lafaz soreh tidak perlu kepada niat ketika diucapkan.
Lafaz Kinayah pula ialah lafaz yang boleh ditafsirkan sebagai cerai atau selain cerai.
Ada banyak lafaz kinayah di antaranya ialah seorang suami berkata kepada isterinya “Engkau bebas dari aku”, “Engkau terputus hubungan dengan aku”, “Kembalilah kepada keluarga engkau”, “Jauhkan diri engkau dari aku”, “Engkau haram ke atasku” dan lain-lain lagi.
Kesemua lafaz ini dianggap kinayah kerana ia boleh ditafsirkan sebagai talak/cerai atau selain talak/cerai.
Hukum lafaz kinayah ialah talak tidak jatuh melainkan suami mempunyai niat menjatuhkan talak kepada isteri. Dengan erti kata lain, Lafaz kinayah memerlukan niat suami untuk menceraikan isteri.
Jika suami ada melafazkan cerai di luar dan tanpa kebenaran mahkamah, maka segeralah bertindak dalam masa tujuh (7) hari untuk melaporkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah bagi tujuan pengesahan lafaz cerai.