Tidak dinafikan ramai di kalangan kaki travel memilih Korea sebagai salah satu destinasi menarik untuk dilawati.
Bukan sahaja kerana meminati budaya Kpop melalui karya seni mereka, tetapi juga keindahan negara ini yang seronok untuk dijadikan port ‘selfie’ atau ‘swafoto’ bersama rakan-rakan.
Lagi satu yang menjadi kegilaan untuk ke sana adalah makanannya yang sedap dan digemari ramai. Namun untuk ke negara empat musim ini perlu menabung sejak awal kerana kos untuk pergi ke sana agak mahal.
Jadi bagi mereka yang tergila-gilakan makanan Korea, usah risau kerana kita masih lagi dapat menikmati sajian makanan Korea ini walaupun berada di tanah air sendiri. Terdapat kedai makanan Kore yang bukan sahaja selamat serta terjamin kebersihannya tetapi juga halal terutama bagi kita Muslim.
Ayuh, disenarai enam kedai atau restoran makanan Korea mendapat taraf Halal oleh Jakim yang patut cuba kerana rasanya sangat sedap dan anda tidak rugi menikmati pelbagai sajian di sini.
Lokasi Dubu-Dubu ini mudah kerana ianya berada di dalam Midvalley Megamall (ground floor). Yang menarik untuk dicuba adalah Bibimbab Chicken and Beef Set (RM18.90), Garlic Bulgogi Beef Set (RM20.90), Spicy Udon Set (RM18.90), Spicy Toppokki (RM14.90)
dan Pa-Jeon (RM11.50). Jika nak tahu lebih lanjut, boleh layari www.dubudubu.com.my malah, boleh berkunjung terus ke branch di Berjaya Times Square dan One Utama.Restoran ini di usahakan oleh En Samsuddin Abd. Aziz dan terletak berdekatan Stadium Shah Alam dan bersebelahan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Menariknya ialah restoran ini pakar dalam masakan Bulgogi. Yang best ialah Sundubu Jjigae, Tteokbokki Rice Cake, Bulgogi. Gangnam Station juga pernah memasuki program makanan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan.
Lokasi:
Shah AlamG36, Block 5, Laman Seri Business Park, Jalan Persiaran Sukan, Seksyen 13 Shah Alam, Selangor
Tel: +60 3-5887 0426
GPS:3.092364, 101.543930
Waktu operasi: setiap hari, 11:30 pagi hingga 10:30 malam
SubangThe 19 USJ City Mall, Jalan Persiaran Kewajipan, USJ 19, Subang Jaya, 47620 Subang Jaya, Selangor.
GPS:3.032183, 101.588678
Waktu operasi: setiap hari, 10:00 pagi hingga 10:00 malam
Apa yang menarik di Sweetree, Ampang sehingga program makanan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan sudah sampai ke sini. Seperti biasa makanan Korea di sini halal dan mempunyai pelbagai pilihan. Portion juga besar untuk makan satu keluarga. Antara yang sedap ialah Jjam Bong, Ja jang Myun, Bul Go Gi, Spring Onion Pancake, Yuk Gye Jang dan pelbagai lagi.
Lokasi:No.13, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, Ampang, Selangor
Tel :+60 3-4287 4685
GPS:3.150511, 101.750489
Waktu operasi: setiap hari, 10:30 pagi hingga 11:00 malam
Seoul Garden merupakan antara perintis yang mempopularkan bbq dan steamboat ala korea halal di Malaysia. Menawarkan pakej dengan harga berpatutan, Seoul Garden berkembang dengan pantas di seluruh Malaysia.
Ia merupakan restoran halal yang menyediakan bbq dan menu stimbot. Restoran ini menyediakan gaya bufet dengan meyediakan pelbagai pilihan makanan seperti daging lembu, daging kambing, makanan laut dan juga sayur-sayuran segar.
Outlet Seoul Garden di sekitar Lembah Klang terdapat di 1 Utama, IOI City Mall, Sunway Pyramid, The Mines, Paradigm Mall, IOI Mall, KL Festival City, Setapak Sentral, Setia City Mall, Sunway Putra Mall, Star Avenue Shah Alam, Aeon Shah Alam dan Melawati Mall.
Waktu perniagaan:
11.30 AM – 10.30 PM
Pernah dengar tentang Mr. Dakgalbi? Restoran ini menyediakan Korean Grilled Chicken & Teppan Fried Rice. Ramai yang menyukai ramen di sini. Dakgalbi sendiri adalah nama makanan yang popular di Korea. Menu Dakgalbi ini lengkap dengan ayam yang diperap, kobis, kentang, serbuk cili & kek nasi.
Nak cuba Mr. Dakgalbi, anda boleh pergi ke Solaris Mont Kiara, SetiaWalk Puchong, Citta Mall, Tropicana City Mall, Setapak PV128, , Setia City Mall, Publika Shopping Gallery, Subang SS15 Courtyard, OUG Pearl point, MyTown Shopping Centre dan IOI City Mall.
Waktu perniagaan:
11.00 AM – 10.00 PM
Untuk hidangan jalanan Korea yang segera tetapi memuaskan, anda wajib sekali mencuba Myeongdong Topokki. Harganya juga sangat berpatutan di samping mempunyai saiz hidangan yang besar. Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat makanan sampingan seperti kimchi, sayur-sayuran dan ikan bilis goreng. Memang sesuai untuk anda yang ingin berjimat dan menikmati sesuatu yang berbaloi!
Myeongdong Topokki juga ada menghidangkan snek yang unik seperti tokochi iaitu topokki goreng yang disalut dengan sos pedas korea dan juga kimali iaitu glass noodle yang dibalut rumpai laut dan digoreng. Memang lain daripada lain dan sedap!
Alamat: LG.312B, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)
K’Fry (slang untuk Korean Fried Chicken) mencipta semula makan Korea dengan sentuhan yang lebih moden dan sihat. menu paling famous adalah KFry Chicken Bumbuk!iaitu ayam goreng dengan pelbagai perisa yang dimakan bersama cheese!
K Fry Urban Korean boleh ditemui di 1 Utama Shopping Center, iOi CiTY Mall @ Putrajaya, Old Street Commercial Building Batu Pahat, Holiday Villa Johor Bahru City Center. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan sebagainya ada boleh melayari laman rasmi K Fry Urban Korea , IG K Fry dan FB K Fry.