Kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan kita patut mengamalkan langkah berjimat cermat. Salah satu cara efektif adalah dengan menabung.
Namun ada kalanya semangat untuk menabung hanya sekerat jalan dan akhirnya tinggal angan-angan sahaja.
Namun sebenarnya ada cara lebih berkesan dan mudah untuk kita mula menabung. Seperti perkongsian wanita ini Wan Nor Adilah yang menunjukkan cara menabung dengan mengumpul RM4 ribu dalam masa setahun.
Ads
Ayuh ikuti perkongsiannya yang boleh kita jadikan amalan harian.
Menabung untuk masa depan, sikit-sikit lama jadi bukit. Mula 1 Januari dan berakhir 31 Disember
Tu diaaa.. Sikit2 lama2 jadi bukit.. Ummi start 01 jan-31Disember 2018 kumpul duit ni… Tahun 2017 tak berjaya sebab bulan 5 ummi ambik.. Tahun 2018 bertekad tak nak usik.. Disamping ummi main kutu duit.. Simpan la juga sikit2… Menabung untuk masa depan….ummi ni bukan kerja makan gaji.. Tiap2 bulan ummi main kutu.. Kalo tak niaga kek duit tak masuk.. Jadi ade peluang simpan la duit.. Sekarang ni keluar rumah pun semua guna duit.. Alhamdulillah dah masuk bank.. Ummi siap buat buku tanda2..
Ads
Ini cara yang digunakan, tidak susah dan membebankan
Rm1—ummi simpan rm1setiap hari.. Setahun ummi genapkan rm400 Rm5—yg ni ummi simpan setiap minggu 2 keping total ummi genapkan 108 keping jadi rm540 Rm10—yg rm10 pula ummi simpan 2 keping setiap minggu dapat 110 keping total rm1100 Rm20—yg ni ummi simpan 2 keping setiap bulan jadi rm500 25 keping Rm50—ummi simpan setiap bulan genap.. Feb,april, jun, ogos,oktober,disember total rm300 Rm100—yg ni pula setiap bulan ganjil.. Jun, mac, mei, julai, september, november.. Total rm600
Ads
Akhirnya setelah dikira setahun, berjaya kumpulkan RM4 ribu dan memang berbaloi cara digunakan dalam menabung
Duit syiling kalo ada ummi masuk tabung.. Alhamdulillah duit kertas rm3440 dan duit syilling rm634.total semua rm4074…. Insyaallah sambung lagi 2019..semoga ummi bertekad macam tahun lepas jangan buat separuh jalan.
KASHOORGA: Bagi yang untuk mendirikan rumah tangga, boleh guna cara ini mengumpul duit dalam tempoh beberapa tahun. Dan untuk pasangan baru berkahwin juga, jalan mudah mendapatkan duit tanpa bersusah payah. Jika ada rezeki lebih, boleh simpan lebih banyak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seringkali kita mendengar, lelaki yang baik takkan bertanyakan kisah silam wanita. Bagi sesetengah perkara, jika dilihat dari sudut positif, ia baik demi menjaga kehormonian perhubungan dan kita bersedia menerima baik dan buruknya pasangan.
Namun dari sudut agama, ayat ini salah dari konsepnya kerana adalah wajar lelaki mengambil tahu khususnya demi menjaga nasab keturunan kerana ia melibatkan nasab keturunan keluarga yang penting dijaga.
Dikongsikan oleh seorang peguam syarie, Nur Fatihah Azzahra dari Tetuan Wali Azli & Associates di fbnya, peguam ini berkongsi betapa pentingnya pasangan mengetahui hal silam wanita demi nasab. Baca perkongsiannya.
Lelaki yang baik takkan tanya kisah silam wanita.
Salah.
Lelaki dan perempuan kedua-duanya perlu ambil tahu sejarah hidup kedua-dua belah pihak apabila wujud kisah-kisah hubungan terlanjur atau zina, terutamanya dalam kes calon isteri telah mengandung.
Isu nanti dia nak terima kita ataupun tidak,adalah isu selepas. Dia tak terima kita move on dan cari orang yang bersedia sama-sama hendak jadi lebih baik.
Banyak kes di Mahkamah Syariah melibatkan Pengesahan Nasab Anak berpunca daripada wanita merahsiakan janin / bayi yang sedang dia kandungkan ketika akad nikah dengan suami.
Antara senario yang selalu berlaku dalam kes-kes sebegini dalam masyarakat adalah:-
– Berzina dengan tunang sendiri kemudian mengandung, alasan tarikh nikah dah dekat.
– Berzina dengan orang lain kemudian mengandung; atau
– Diperkosa
Isu yang paling banyak timbul adalah selepas berkahwin, baru si suami diberitahu oleh isterinya bahawa anak sulung pihak-pihak bukan daripada air mani suami tetapi orang lain.
Isteri buat pengakuan ada melakukan hubungan kelamin (zina) dengan individu lain sebelum akad nikah. Kini atas sebab menyesal dan bertaubat, dia tidak mahu berterusan menipu suami sampai mati.
Dalam kes yang lain, sebab ingin bercerai ataupun sudah bercerai dengan suami, baru dia beritahu yang anak sulung adalah bukan hasil hubungan kelamin dengan suami tetapi orang lain. Dari segi prosedur undang-undang, isu ini melibatkan hak jagaan anak tidak sah taraf yang mana mereka diletakkan bawah jagaan si ibu dan pertikaiannya panjang.
Dalam kes yang lain pula, suami sendiri dapat tahu daripada pihak-pihak yang lain berkenaan hubungan isteri dengan lelaki-lelaki lain menyebabkan dia pula meragui nasab anak kandungnya sendiri. Daripada tidak bercerai jadi bercerai-berai apabila terjadi begini.
Menurut pandangan muktabar, nasab seorang individu adalah kepada pemilik air mani tetapi hanya melalui akad pernikahan yang sah. (الولد للفراش).
Secara undang-undang dan Hukum Syarak pula
Anak tidak sah taraf tidak boleh dinasab (bin/bintikan) kepada lelaki lain ataupun kepada lelaki yang menjadi punca ia dikandungkan oleh ibunya apabila usia kandungan kurang 6 bulan 2 lahzoh (qamariah).
Selain itu, anak tidak sah taraf juga tidak boleh mewarisi harta bapa biologinya tetapi mewarisi harta si ibu dalam isu faraid. Jika ia masih dipelihara dan dijaga oleh bapa biologinya, hibah ataupun wasiat boleh dilakukan oleh si bapa sebagai pemberian sebelum mati.
Paling utama, anak perempuan tidak sah taraf tidak boleh diwalikan oleh bapa biologinya, namun akan diwalikan oleh Sultan / Hakim. Boleh lakukan Permohonan Wali Hakim di Mahkamah Rendah Syariah.
Daripada Abi Bakrah dan Sa’d bin Abi Waqas, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Siapa yang mendakwa untuk menisbahkan kepada selain ayahnya, sedangkan dia mengetahui bahawa orang itu bukan ayahnya, maka haram ke atasnya untuk menghuni syurga. _ Muslim (63), Abu Daud (5113).
Rasulullah SAW juga bersabda:
مَن ادَّعى إلى غيرِ أبيهِ، أو انتَمَى إلى غيرِ مواليه، فعلَيه لعنَةُ اللهِ المتتابعةُ إلى يومِ القِيَامَةِ
Maksudnya: Siapa yang mendakwa untuk menisbahkan kepada selain ayahnya, atau menisbahkan kepada bukan maulanya, maka ke atasnya dilaknat oleh Allah secara berterusan hingga hari kiamat.”_ Riwayat Abu Daud (5155)
Perlu ambil tahu perkara yang berkaitan nasab
Pertikaian nanti orang mengambil kesempatan adalah isu kecil, wanita hendaklah menjaga maruah dan harga diri sendiri.
Bertahun hidup bersama, baru nak timbul isu sebegini sebab anak-anak hendak dirikan rumahtangga ataupun berlaku kematian si bapa, susah.
‘Semoga Allah bagi baby cepat-cepat.’ Pejuang TTC (Trying To Concieve) ini menangis bila adiknya pregnant dulu, takut tak mampu bagi zuriat kepada suaminya kerana dia lebuh berusia daripada suami.
Setiap wanita pasti mendambakan untuk bergelar ibu secepat mungkin setelah berkahwin. Namun kadang-kadang takdir Allah mengatasi segalanya, ada yang diuji bertahun-tahun berkahwin, tapi belum dikurniakan cahaya mata.
Pelbagai usaha dan cara sudah dilakukan untuk mendapatkan anak, tapi tetap menemui jalan buntu. Sesungguhnya Allah memberikan satu-satu nikmat di waktu kita perlu bukan kita mahu. Percayalah.
Bagi wanita-wanita di luar sana yang masih berusaha atau merupakan pejuang misi dua garis semoga suatu hari nanti akan mendapat berita gembira seperti mana yang dikongsikan oleh pengguna TikTok ini, Mummy Ean.
Perkongsian video TikTok ini adalah video lama (throwback). Jelasnya dia pun antara wanita-wanita yang berusaha keras untuk mendaapat cahaya mata. Kongsinya,
@eanzhafran Kita pun pejuang dua line dulu wak . Vtt ni tahun lepas punya which is lari sorang2 pergi pantai tinggal suami mcm tu jer kt rumah and nangis jer kt situ sbb masa ni down teruk bila dapat tau my adik dah preggy padahal kita yg kawen dulu . Masa ni emosi teruk sbb i pun dah preggy 3month tp i TAKTAHU i dah preggy !! I tau preggy masa peyut dah 4month weh 😣 buad penat je nangis . Kenapa kita sedih sangat sbb kita lebih tua dari suami , kita takut sangad takdapat bg baby awal2 kat dia 😣 Utk yg masih ttc semoga Allah cepat2 bagi awak baby supaya bahagia ada baby tu kita dapat sama sama rasa 🥰 #pejuanggarisdua#pejuangdualine🤲🥰#ttc#fypシ#babytiktok#baby2022♬ suara asli – 🍃🕊NoN🕊🍃
Pejuang TTC Ini Menangis
Kita pun pejuang dua line dulu awak. Video TikTok ini tahun lepas punya… Which is lari sorang-sorang pergi pantai, tinggal suami macam itu saja dekat rumah dan menangis saja dekat situ.
Sebab masa ini down teruk bila dapat tahu my adik sudah preggy padahal kita yang kahwin dulu. Masa ni emosi teruk sbb i pun dah preggy 3 month tapi saya tak tahu sudah preggy juga!
Bila Adik Pregnant Dulu
I tau preggy masa perut sudah 4 month weh. Bila dikenang semula, buat penat saja menangis . Kenapa kita sedih sangat sebab kita lebih tua daripada suami, kita takut sangat tak dapat bagi baby awal-awal dekat dia.
Untuk yang masih ttc semoga Allah cepat-cepat bagi awak baby supaya bahagia ada baby itu kita dapat sama-sama rasa.
Takut Tak Mampu
Alhamdulillah kini Mummy Ean selamat melahirkan bayi yang comel yan telah menginjak usia enam bulan.
Biarpun terpaksa membesarkan anaknya seorang diri kerana hidup PJJ (perhubungan jarak jauh), namun kehadiran bayi yang sangat-sangat dinantikan pasti menguatkan semangat ibu beranak satu ini meneruskan hidup. Insyallah.
Rata-rata warganet mendoakan Mummy Ean kerana mereka amat memahami situasi yang dialaminya.
Madam Syieda Alhamdulillah tahniah sis.. Lama-lama ttc sis tak akan kisah dengan rezeki orang sis. Macam saya tak kisah, rezeki dan nikmat itu luas sis..
Lin Still sabar menanti, masuk 5 tahun. Allah sahaja yang tahu…bila belum ada zuriat sendiri. Allah datangkan ujian lain pula sampai saya sakit
JessL The reason why saya pregnant, saya diam-diam sebab ramai kawan dan family members yang ttc dekat wsap saya. Hati memang nak beritahu semua tapi fikirkan perasaan orang lain, tak jadi…
Sis Azreen 6 tahun dah kawin, pernah gugur satu kali… Macam-macam kita ikhtiar tapi belakang kita macam-macam orang kata sebab orang tak tahu kita sudah usaha sehabis baik… Lumrah dunia.
Setiap orang pasti mati, tetapi bila dan bagaimana hanya Allah yang tahu. Ada pelbagai cara nyawa diambil dan salah satu ketika sedang solat menghadapNya.
Perkongsian di laman sosial Facebook Zayan FM memberitahu kematian yang dicemburui di mana satu kejadian yang berlaku di Kluang johor.
Seorang waega emas, Zakaria Suriat, 60 tahun disahkan meninggal dunia ketika sedang menyempurnakan solat Maghrib di Addauliah, Taman Permata Kluang Johor, pada tarikh 15.12.2019.
Arwah yang menjadi makmun di saf pertama dan apabila masuk rakaat kedua ketika ingin sujud, arwah seperti tidak bermaya dengan keadaan nafas yang kencang. Arwah dikatakan sujud di rakaat kedua dan tidak bangun-bangun selepas itu.
Jemaah lain yang turut sama tidak menduga apa berlaku sehinggalah semuanya selesai solat. Selesai solat mereka cuba membantu tetapi dirinya sudah dipanggil Allah.
Betapa kematiannya dicemburui kerana perginya ketika pada sujud ketika bertemu PencintaNya. Sebelum itu arwah dikatakan tidak ada sebarang tanda sakit sebelum mendirikan solat di surau berkenaan.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un…
KEMATIAN yang dicemburui. Itu yang berlaku ke atas Zakaria bin Suriat atau dikenali dengan panggilan Pak Ya , 60 an, apabila disahkan meninggal dunia ketika solat Maghrib di Surau Addauliah, Taman Permata Kluang Johor, semalam pada tarikh 15.12.2019
Dalam kejadian 7.20 malam itu Allahyarham menjadi makmun di saf pertama. Apabila tiba rakaat kedua, semasa ingin sujud, Allahyarham macam tidak bermaya dengan nafas yang kencang. Allahyarham sujud di rakaat kedua dan tidak bangun². Jemaah lain duduk tahiyat awal dan tidak menduga apa yang berlaku sehingga semuanya selesai solat. Apabila selesai solat para jemaah cuba membantu beliau. Tetapi semuanya sdh berakhir perginya dalam sujud utk betemu penciptanya.
Allahyarham tidak menunjukan sebarang tanda sakit pada dirinya sebelum mendirikan solat maghrib di surau tersebut.
Sumber fb Abe Dee
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...