Kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan kita patut mengamalkan langkah berjimat cermat. Salah satu cara efektif adalah dengan menabung.

Namun ada kalanya semangat untuk menabung hanya sekerat jalan dan akhirnya tinggal angan-angan sahaja.

Namun sebenarnya ada cara lebih berkesan dan mudah untuk kita mula menabung. Seperti perkongsian wanita ini Wan Nor Adilah yang menunjukkan cara menabung dengan mengumpul RM4 ribu dalam masa setahun.

Berjaya Kumpul RM4K Setahun, Wanita Ini Kongsi Caranya Teknik Menabung Yang Mudah & Sistematik

IKLAN

Ayuh ikuti perkongsiannya yang boleh kita jadikan amalan harian.

Menabung untuk masa depan, sikit-sikit lama jadi bukit. Mula 1 Januari dan berakhir 31 Disember

Tu diaaa.. Sikit2 lama2 jadi bukit.. Ummi start 01 jan-31Disember 2018 kumpul duit ni… Tahun 2017 tak berjaya sebab bulan 5 ummi ambik.. Tahun 2018 bertekad tak nak usik.. Disamping ummi main kutu duit.. Simpan la juga sikit2… Menabung untuk masa depan….ummi ni bukan kerja makan gaji.. Tiap2 bulan ummi main kutu.. Kalo tak niaga kek duit tak masuk.. Jadi ade peluang simpan la duit.. Sekarang ni keluar rumah pun semua guna duit.. Alhamdulillah dah masuk bank.. Ummi siap buat buku tanda2..

Berjaya Kumpul RM4K Setahun, Wanita Ini Kongsi Caranya Teknik Menabung Yang Mudah & Sistematik

IKLAN

Ini cara yang digunakan, tidak susah dan membebankan

Rm1—ummi simpan rm1setiap hari.. Setahun ummi genapkan rm400
Rm5—yg ni ummi simpan setiap minggu 2 keping total ummi genapkan 108 keping jadi rm540
Rm10—yg rm10 pula ummi simpan 2 keping setiap minggu dapat 110 keping total rm1100
Rm20—yg ni ummi simpan 2 keping setiap bulan jadi rm500 25 keping
Rm50—ummi simpan setiap bulan genap.. Feb,april, jun, ogos,oktober,disember total rm300
Rm100—yg ni pula setiap bulan ganjil.. Jun, mac, mei, julai, september, november.. Total rm600

Berjaya Kumpul RM4K Setahun, Wanita Ini Kongsi Caranya Teknik Menabung Yang Mudah & Sistematik

IKLAN

Akhirnya setelah dikira setahun, berjaya kumpulkan RM4 ribu dan memang berbaloi cara digunakan dalam menabung

Duit syiling kalo ada ummi masuk tabung..
Alhamdulillah duit kertas rm3440 dan duit syilling rm634.total semua rm4074…. Insyaallah sambung lagi 2019..semoga ummi bertekad macam tahun lepas jangan buat separuh jalan.

Berjaya Kumpul RM4K Setahun, Wanita Ini Kongsi Caranya Teknik Menabung Yang Mudah & Sistematik

KASHOORGA: Bagi yang untuk mendirikan rumah tangga, boleh guna cara ini mengumpul duit dalam tempoh beberapa tahun. Dan untuk pasangan baru berkahwin juga, jalan mudah mendapatkan duit tanpa bersusah payah. Jika ada rezeki lebih, boleh simpan lebih banyak.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI