
Jodoh ketentuan Tuhan. Ia telah ditulis sejak luh mahfuz lagi. Terkenal kerana keperibadiannya yang menjaga solat walau sibuk dengan undangan nyanyian, hari ini penyanyi Haqiem Rusli yang popular dengan lagu Mimpi selamat bernikah dengan pilihan hatinya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri di hari Jumaat, penghulu segala hari.
Dikongsi sekeping gambar oleh official hlive, Hakiem Rusli dan pasangan tampil segak mengenakan busana nikah oleh Razman Razmi.
“Dengan dua kali lafaz, pasangan sama cantik sama padan ini memetrai janji bergelar suami isteri.
Dalam pada itu, wajah Wan Anis Sofea yang dikaitkan seakan sama dengan Hanis Zalikha baru berusia 19 tahun dan berasal dari Kelantan dilihat sama cantik dan sama padan di samping penyanyi popular yang menjadi igauan ramai gadis ini.
Walau keduanya masih muda di mana Haqiem baru berusia 23 tahun namun keduanya dilihat agak matang.
Pengumuman Haqiem yang berkongsi berita berkenaan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 34 Sabtu lalu membuatkan dirinya dibanjiri ucapan tahniah dari ramai peminatnya yang mendoakan pasangan ini kekal bahagia selamanya.

Telah membuang gambar-gambar lamanya yang tidak menutup aurat, di instagramnya dilihat Anis hanya meninggalkan sekeping gambarnya. Dirinya yang juga pengasas dan rakan kongsi perniagaan makanan restoran makan Santhai Village bersama Haqiem.
Didoakan pasangan ini kekal hingga jannah. Gambar : @aqoimran
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Pusat Tahfiz Buat Solat Hajat Doakan Kesihatan ‘Baby D’, Untungnya Abby Abadi Ramai Yang Sayang

Umum mengetahui pelakon drama kepolisan, Gerak Khas, Abby Abadi telah selamat melahirkan anaknya secara pembedahan walaupun usia kandungan baru 24 minggu.
Bayi pramatang seberat 540 gm yang dinamakan Baby D kini berada dalam pemantauan dan diletakkan di dalam NICU (Neonatal Intensive Care Unit).
Sebaik muat naik perkembangan Baby D ini, ramai yang menzahirkan simpati pada Abby dan keluarga. Sangat beruntung Abby kerana ramai insan yang menyayanginya.
nurmalasari_adikmanis Bismillah… Alhamdullillah… Insya Allah dengan izin Allah swt baby nya sehat sis…
norgayah_mohammad semoga kalian dipelihara Allah taala dan baby D diberi kesembuhan dan kesihatan yg memberangsangkan. Tak sabar nak tengok baby D bergumpal bermain2 sama dgn daiyandayana
roslina349 Alhamdulillah…Semoga baby D membesar dengan sihat.you stay strong Baby Boy…
norhayati70700Aaminn…semoga baby D cepat sihat dan dipermudahkan segala nya…
Bukan sahaja ada antaranya yang dari tanah suci Mekah dan Madinan mendoakan kesihatan Abby dan Baby D, tetapi juga Pusat Tahfiz turut membuat solat hajat kepada mereka berdua.
Dalam muat naik posting di Instaram, suami Abby juga turut memberitahu perkembangan terkini kedua-duanya.
Day 3, Alhamdullilah Baby Boy Abah ada perkembangan yang positif berbanding sebelum ni
Abah dan mama @abby_abadi112 senantiasa doakan baby
Baby tahu tak kat luar sana semua doakan moga baby sihat, baby kuat….Ada yang doakan di Madinah Mekah…
Pusat Tahfiz pun ada buat solat hajat untuk baby…semua sayang baby
Mama pun dah sihat..BP mama tak tinggi sgt dah….Baby jangan risau tentang mama ya.

Allah ada, Allah yang lebih berkuasa dari segala2nya….
Baby x keseorangan kat NICU, abah dan mama akan sentiasa datang jumpa baby…..
Tadi lama sangat baby pegang jari mama….nampak kuat jari baby pegang jari mama….Abah tahu dalam diri baby ada kekuatan mcmana dalam diri mama…
Abah sayang baby dunia akhirat….Abah sayang semua, Abah doakan agar kita semua dapat berkumpul…
Walaupun berada dalam kedaan yang tidak begitu sihat, namun Abby tetap rajin menyebarkan dakwah di media sosial untuk mengingatkan warganet. Semoga usaha Abby ini akan mendapat ganjaran sebaiknya dalam membawa kebaikan kepada orang lain.
Kashoorga doakan Abby dan Baby D berada dalam keadaan sihat dan dapat berkumpul bersama ahli keluarga lain.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Benarkah Orang Yang Sudah Meninggal Kenal Orang Yang Ziarah Kuburnya?

Isi Kandungan
ToggleJika merindui insan tersayang atau seseorang yang telah meninggal dunia, maka lepaskan lah kerinduan itu dengan mendoakannya atau boleh sahaja menziarahi kuburnya. Amalan menziarahi kubur merupakan amalan sunnah yang dianjurkan dalam Islam.
Sesungguhnya apabila kita menziarahi kubur, ia akan cepat memberikan kesedaran kepada kita bahawa hidup di dunia ini hanyalah persinggahan sebelum ke dunia akhirat. Namun tahukah kita bahawa, tatkala kita berziarah, mayat kenal akan siapa yang menziarahi kuburnya? Kita dengarkan penjelasan ustaz Azhar Idrus tentang hal ini.

Artikel berkaitan: Ziarah Kubur Ibu Bapa Tiap Jumaat, Doa Anak Derhaka Tetap Diterima Allah
Artikel berkaitan: 15 Minit Percubaan ‘Masuk’ Kubur Hidup-hidup, Amat Menginsafkan
Artikel berkaitan: Belum Terkurung Dalam Kubur Lagi Deep Pesanan Ustaz Kazim Elias Buat Golongan Yang Mula Bosan Hadap PKP
SOALAN :
Bapa saya telah meninggal dunia 12 tahun dahulu. Saya selalu ziarah kuburnya. Adakah arwah bapa saya tahu ketika saya ziarah ke kuburnya?
JAWAPAN :
Sungguhnya apabila seorang ziarah akan kubur maka mayat mengetahui dengan kedatangannya itu dan kenal akan orang yang ziarah dan akan menjawab salam yang diucapkan oleh yang menziarah kerana berdalilkan beberapa hadis yang menyebut tentang perkara ini.
Berkata Imam Ibnu Al-Qayyim :
ان الأحاديث والآثار تدل على أن الزائر متى جاء علم به المزور من الأموات وسمع سلامه ورد عليه وأنس به
“Sungguhnya segala hadis dan perkataan sahabat menunjukkan atas bahawasanya orang yang ziarah apabila datang ke kubur nescaya sekalian penghuni kubur akan tahu dengan kedatangannya dan mendengar akan salamnya dan menjawab salamnya dan merasa terhibur dengan kedatangannya.”
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata :
ما من أحد يمر بقبر أخيه المؤمن كان يعرفه فى الدنيا فيسلم عليه إلا عرفه ورد عليه
“Tiada dari seorang kamu yang lalu ia pada kubur saudaranya yang beriman, yang dia kenal akan yang menziarah itu ketika di dunia, lalu yang ziarah itu memberi salam atasnya melainkan mayat itu pasti mengenalinya dan mayat itu menjawab akan salam atasnya.”(Hadis marfu’ riwayat Ibnu Abdil Barri)

Berkata bekas Mufti negeri Mesir Syeikh Abdul latif Hamzah :
الموتى ينتفعون بالدعاء والاستغفار لهم من الزائرين ويأتنسون بهم
“Orang yang telah mati mengambil menfaat dengan doa dan istighfar bagi mereka oleh orang yang ziarah dan orang yang telah mati itu gembira dengan kedatangan mereka.” (Majlis Fatwa Negeri Mesir)

KESIMPULAN
Apabila diziarah akan kubur seorang Islam nescaya penghuni kubur tersebut tahu dan kenal siapa yang menziarahnya itu jika dia pernah kenalinya di dunia dan apabila yang ziarah memberi salam nescaya penghuni kubur itu menjawab salamnya dan penghuni kubur merasa suka dengan kedatangan saudara mara yang menziarahinya.
Wallahua’lam
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Niat Nak Lihat Kaabah Dengan Jelas, Wanita Ini Tekad Buat Pembedahan Lasik Mata Lepas 30 Tahun Guna Kanta Lekap

Isi Kandungan
ToggleHampir 30 tahun wanita ini terpaksa ‘hidup’ dalam dunia rabun dan bergantung sepenuhnya dengan kanta mata atau kaca mata untuk melihat pemandangan di depan dengan lebih jelas.
Sepanjang tempoh itu jugalah, Nordiana Din berdepan dengan masalah ‘renyah’ kerana perlu buka tutup lens (kanta lekap) setiap masa dan penjagaannya juga cukup teliti kalau mahu mata selamat dan dipakai lama.
Bukan setahun dua menggunakan kanta lekap ini tetapi hampir 15 tahun kerana menurutnya sebagai perunding kewangan dia memerlukan penglihatan yang tajam terutama ketika memandu untuk bertemu pihak klien.

Jika tidak hanya selesa menggunakan kaca mata, itupun hanya di rumah kerana sudah biasa dengan masalah kerabunan yang dialami sejak kecil.
Akhirnya terdetik pintu hati untuk membuat pembedahan lasik mata dengan Datuk Prof Dr Muhaya dan niat terlaksana disebabkan mahu mengerjakan ibadah umrah dan keinginan utnuk mengambil lesen menyelam laut satu hari nanti.

Dan bermulah sesi temujanji dengan Dr Muhaya hinggalah akhirnya setelah melalui proses berkenaan yang tidak sakit berjaya dilakukan.
Ayuh, ikuti perkongsian wanita ini yang tidak habis-habis mengucapkan Istighfar sepanjang sampai ke pusat berkenaan hinggalah proses penyembuhan mata dilakukan.
Niatnya melakukan pembedahan lasik ini hanya satu, mahu melihat Kaabah yang terbentang di depan mata dengan penglihatan baru sepanjang proses melakukan ibadah umrah di rumah Allah nanti.

AMARAN: Catatan panjang pengalaman si Rabun lebih 30 tahun diringkaskan kepada 30 minit bacaan
Alhamdulillah banyak yang nak dikongsikan dengan sahabat FB pengalaman mendapat rawatan Relex Smile 3 hari lalu.
Ramai sahabat yang pm bertanyakan pengalaman dan kosnya.
Akak nak kongsikan pengalaman dari awal sehinggalah hari ini. Mata dah mula boleh menulis jadi kita teruskan untuk kebaikan dan manfaat ilmu semua.
Terdetik di hati awal bulan ini nak buat lasik rawatan mata yang rabun sejak berumur 12 tahun lagi. Lama tu akak dah rabun.
Datang kekuatan nak buat sebab masa tu terfikir akan datang nak mengerjakan umrah dan haji selain hajat hati tahun depan nak dapatkan lesen menyelam laut.
Setiap hari buka tutup lens di mata adalah satu pengalaman yang renyah sebenarnya. Terfikir banyak juga masa terbuang setiap kali bersiap mengenakan lens. Sebab penjagaan lens ini perlu teliti agar tiada mudarat pada mata.
Akak dah menggunakan lens lebih 15 tahun terutama sejak berkerjaya perunding kewangan ini. Mata yang cerah amat diperlukan ketika memandu. Jadi nak tak nak perlu sentiasa menggunakan spek mata atau lens.
Sebelum ini memang jenis pakai buka spek mata. Spek hanya guna bila perlu sahaja di rumah. Kalau tidak biarkan saja rabun. Dah selesa dengan kerabunan Ada juga kebaikan rabun ini antaranya tak nampak benda yang tak elok dengan cepat. Contoh kalau ada hantu depan mata orang lain dah lari kita masih rileks lagi.

Pengalaman zaman sekolah asrama ada rakan yang histeria. Nampak lembaga putih berhadapan dengan kita. Akak masih boleh rileks sebab nampak tak nampak je benda tu. Kalau mata cerah mau menjerit takut. Hehehe.
Bila zaman remaja dulu ada orang nak usha ke kita rileks je takde perasaan. Orang tu boleh senyum lebar…kawan sebelah yang cakap eh orang tu pandang kau lah. Hahahaha sabar jelah ya dengar kisah orang rabun ni.
Bermula dengan impian tadi nak cerah biji mata akak terus call klinik Datuk Prof Dr Muhaya. Staf beliau sarankan tidak memakai lens selama 10 hari supaya proses rawatan dapat dilakukan dengan tepat. Mata dapat direhatkan jika memakai spek berbanding lens.
Bayangkan 15 tahun selalu bersama lens tiba2 kena pakai spek yang buat 5 tahun lalu. Dah lah dah lama pastunya power dah berubah. Woww satu cabaran sebenarnya terutama perlu memandu terpaksalah guna dua spek iaitu spek rabun dan spek mata hitam sekaligus.
Kepala sedikit pening setiap kali terpaksa guna spek. Lagi satu yang kurang gemar cabaran pakai spek kantanya selalu kabur bila kena alis mata. Ada rasa nak langgar pantang tapi fikirkan bertahan sekejap je kalau nak result yang terbaik.
Alhamdulillah cabaran pakai spek selama 10 hari dapat akak capai tanpa ngelat. Dan pagi rabu 27 November berangkat pagi-pagi ke Kajang ditemani suami.

Perkara pertama yang dibuat ialah istighfar 1000 kali memohon pengampuan Allah swt agar permudahkan rawatan ini. Mata tu salah satu organ penting. Ada risau cepat je akak istighfar. Allah Maha Pengampun dan Maha Melihat.
Sampai sahaja di sana dapat nombor 1101. Urusan pendaftaran dan seterusnya sangat sistematik. Memang terbaik. Rujuk atur letak yang akak kongsikan. Bermula dengan membuat bayaran untuk pemeriksaan terperinci mata sebanyak RM660 akak terus masuk ke bilik Vision 1.
Di dalam itu ada banyak mesin untuk ujikaji mata. Mesin pertama akak lalui ialah mesin saraf mata nak tengok saraf mata kita sihat atau tidak. Alhamdulillah sihat. Mesin kedua sama seperti mesin di kedai spek iaitu mesin nak tengok power mata kita. Memang dah naik rabun power dua belah mata kanan 575 kiri 475. Lima tahun lalu 550 vs 450.
Seterusnya mesin ke tiga ialah mesin nak tengok saiz bola mata kita. Kemudian akak dibawa ke mesin ujian kekeringan mata. Berpinar juga biji mata yang jarang kena ujian. Alhamdulillah tak kering.
Seterusnya yang paling penting ujian dengan mesin nak tahu ketebalan kornea kita sama ada sesuai atau tidak buat rawatan seterusnya. Keperluan ketebalan kena lebih 470 micron ke atas. Alhamdulillah mata akak lebih daripada 500 micron ketebalan kornea.

Setelah 5 mesin dibuat. Akak dititikkan dengan ubat untuk mengembangkan biji mata. Dalam 10 minit disuruh masuk semula ke bilik vision 1 untuk periksa di mesin saraf mata sampai belakang mata. Alhamdulillah lulus juga.
Yang terakhir selepas itu mesin power mata sekali lagi nak dapatkan ketepatan kerabunan mata bila kornea sudah kembang. Masa ni memang tak selesa sikit rasa kabur sikit mata.
Setelah report lengkap akak dipanggil berjumpa dengan Optimetrist di bilik yang sama vision 1. Di sini kita di uji sama seperti di kedai spek. Test dan error kanta yang sesuai. Masa ni baru tahu dah ada rabun dekat sikit dengan usia sekarang.

Optometrist memberi cadangan 2 rawatan sama ada nak buat lasik atau relex smile. Beza keduanya ialah proses pembedahan dan kos. Akak fokus pada relex smile iaitu sekali sahaja pembedahan kornea dan kosmya sebanyak RM11,988. Relex smile teknologi terkini.
Lasik pula perlu 2 x pembedahan dan kos anggaran RM7000 lebih. Lasik akan potong kornea dlm 80%. Berbanding relex smile potong dlm kadar 10% saja. Tengok video akak kongsikan ada Prof Dr Muhaya ceritakan lebih detail.
Disebabkan akak dah buat analisis sebelum ini jadi terus fokus relex smile dan terus buat bayaran. Tak sampai 5 minit terus disuruh masuk berjumpa Datuk Prof Dr Muhaya. Ini paling best dapat terus bersemuka secara berdepan dengan beliau tokoh motivasi terkenal di Malaysia selain pakar mata.
Auranya memang menenangkan. Setiap butir kata semuanya berbentuk nasihat dan hikmah. Selain dapat betulkan mata dapat juga motivasi. Katanya akak bertuah sebab dapat personal ilmu dia nak kongsikan. Sebab bukan semua dapat macam ini. Siap dibenarkan ambil video untuk kenangan butiran hikmah motivasinya. Alhamdulillah. Akak ada kongsikan video tersebut.
Selepas motivasi dan check final dengan beliau, akak melepasi rawatan relex smile. Dalam masa 10 minit terus dipanggil ke bilik surgery. Terus disuruh pakai sut pembedahan.
Masa ini hati dah redha dan tawakal walaupun debar ada juga. Fikir dalam hati ala ni sekejap sahaja 28 saat je proses setiap satu mata. Yang penting dengar arahan Dr. Tengok cahaya hijau, jangan bergerak mata sampai proses selesai. Bernafas dengan tenang. Bayangkan sebelum ni belah perut 4 kali bersalin lagi besar. Yang ini sikit je jadi tenang2 jelah. Lagipun ada ubat titik macam bius yang kita tak rasa sakit langsung.
Pengalaman seterusnya dalam video yang akak kongsikan. Sepanjang rawatan Prof Dr sentiasa mengucapkan ayat positif. Katanya pembawakan akak aura lovely Tq Dr.
Beliau banyak kali berpesan bagi tau sahabat lain yang ada kemampuan buatlah rawaran mata. Rugi tak gunakan peluang untuk melihat tanpa kanta mata atau kanta lekap. Benarlah apa yang dikata kalau tahu dari dulu buat. Benda mudah dan tak menyakitkan langsung bagi akak.

Sebaik sahaja rawatan selesai memang mata kabur macam pakai snorkelling mask tu bila berkabus. Tapi masih nampak objek cuma tak jelas. Akak buat rawatan mata rabun jauh dan dekat sekaligus.
Setelah proses selesai dalam 12.45 tengahari terus tunggu sebentar di klinik Datuk Prof Dr. Kerusi di ruang menunggu disusun untuk ruang solat. Wowww memang terbaik. Lagi 30 minit nak solat zuhur, pelanggan lelaki disuruh ambil wuduk sebelum diikuti perempuan.
Selesai solat bersama Datuk Prof Dr sempat beliau bagi tau solat awal waktu. Banyak hikmah bila kita jaga solat awal waktu ini. Antaranya rezeki mudah datang dan melimpah ruah. Amalkan di ofis nanti ya. Alhamdulillah syukur atas keputusan ini. Rasa macam sentiasa pakai lens pula sekarang. Tahap penyembuhan yang cepat. Ubat ada 4 jenis perlu mengikut jadual. Ikut sahaja insya Allah dipermudahkan. Jumlah keseluruhan rawatan relex smile akak ialah RM12,963.

Akak masih dalam proses penyesuaian penglihatan mata baru. Bila benda baru memang rasa janggal sikit tapi percaya pasti ada hikmah. Hampir 32 tahun rabun lepas tu cerah je biji mata ada waktu rasa kelakar pun ada.
Baru nampak wajah sendiri dengan tepat. Satu pengalaman manis dan syukur diberikan peluang kali ke dua untuk melihat dengan bebas. Alhamdulillah. Bagi yang masih rasa ragu-ragu dapatkan dulu proses pemeriksaan mata secara menyeluruh. Bila dah ada keputusan nekad teruskan tanpa ragu dengan niat kerana Allah swt. Bukan semata tak nak pakai spek jadi itu sajalah yang kita akan dapat.
Macam akak sendiri tak sabar nak lihat Kaabah dengan penglihatan baru ini minggu hadapan. Insya Allah.
Semoga yang baik-baik sahaja dimanfaatkan mata baru ini. Doakan mata akak cepat sihat. Amin…

Terima kasih yang membaca pengalaman ini. Semoga sedikit sebanyak ada manfaat untuk yang rabun di luar sana tapi tiada info penuh tentang rawatan cerah biji mata ini.
#relexsmile
#profdrmuhaya
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI