Jodoh ketentuan Tuhan. Ia telah ditulis sejak luh mahfuz lagi. Terkenal kerana keperibadiannya yang menjaga solat walau sibuk dengan undangan nyanyian, hari ini penyanyi Haqiem Rusli yang popular dengan lagu Mimpi selamat bernikah dengan pilihan hatinya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri di hari Jumaat, penghulu segala hari.

Dikongsi sekeping gambar oleh official hlive, Hakiem Rusli dan pasangan tampil segak mengenakan busana nikah oleh Razman Razmi.

“Dengan dua kali lafaz, pasangan sama cantik sama padan ini memetrai janji bergelar suami isteri.

IKLAN

Dalam pada itu, wajah Wan Anis Sofea yang dikaitkan seakan sama dengan Hanis Zalikha baru berusia 19 tahun dan berasal dari Kelantan dilihat sama cantik dan sama padan di samping penyanyi popular yang menjadi igauan ramai gadis ini.

Walau keduanya masih muda di mana Haqiem baru berusia 23 tahun namun keduanya dilihat agak matang.

IKLAN

Berkahwin Di Usia Muda, 2 Kali Lafaz Haqiem Rusli & Anis Sofea Selamat Disatukan Sebagai Suami Isteri

Berkahwin Di Usia Muda, 2 Kali Lafaz Haqiem Rusli & Anis Sofea Selamat Disatukan Sebagai Suami IsteriPengumuman Haqiem yang berkongsi berita berkenaan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 34 Sabtu lalu membuatkan dirinya dibanjiri ucapan tahniah dari ramai peminatnya yang mendoakan pasangan ini kekal bahagia selamanya.

IKLAN

Telah membuang gambar-gambar lamanya yang tidak menutup aurat, di instagramnya dilihat Anis hanya meninggalkan sekeping gambarnya. Dirinya yang juga pengasas dan rakan kongsi perniagaan makanan restoran makan Santhai Village bersama Haqiem.

Didoakan pasangan ini kekal hingga jannah. Gambar : @aqoimran

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI