Setiap dugaan yang menimpa adalah satu ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan hambaNya. Tidak kisahlah ujian kecil atau besar kita tidak akan terlepas dari melalui dugaan ini.
Ada yang diuji kesempitan wang, kehilangan orang tersayang dan juga ditimpa penyakit. Namun itu semua tidak mematahkan semangat untuk terus berdepan situasi getir ini.
Seperti perkonsian wanita tabah ini, Nor Hidayah Ariffin yang menulis di laman sosial Facebook bercerita mengenai dirinya yang menghidap kanser thyroid dan memberi semangat kepada pesakit kanser lain yang menghidapi nasib sama sepertinya.
Siapa sangka walaupun disahkan penyakit itu tetapi demi semangat yang kuat dia akhirnya sembuh setelah mengamalkan zikir serta rajin membaca Al-Quran.
Aku adalah salah seorang pesakit kanser thyroid / metastatic papillary thyroid carcinoma yang masih sihat hingga ke hari ni. Tujuan cerita ni aku nak bagi semangat kepada pesakit-pesakit kanser di luar sana untuk semua golongan.
Aku terdiam bisu masa tu di sepanjang perjalanan aku pulang ke rumah. Fikiran aku celaru ” Macam mana aku nak bagitahu keluarga tentang penyakit ni ? Macam mana perasan keluarga aku bila dapat tahu aku hidap kanser ” Bagaimana kehidupan aku selepas ini?
Aku sebak bila ingat balik saat tu . Masa tu aku tak dapat keluarkan setitis pun air mata . kerana mungkin aku teramat terkejut dan tak percaya apa yang aku ini menghidap kanser . Kanser adalah penyakit mati .
Aku dimasukkan ke wad lagi untuk membuang sel kanser kali kedua, setiap pagi doktor akan ambik darah dan aku dimasukkan darah kerana bacaan hb sangt rendah 6 sahaja sebab aku penghidap alpha thalasmia , rambut aku mula gugur satu persatu , lidah aku mula hilang rasa ,badan aku teramat panas, jari2 tangan aku terbakar kerana kesan daripada kimoterapi, Barulah saat itu air mata aku menitis , dengan derita tu . ” Allahu Akbar , aku redha ya Allah , aku redha jika ajal aku sudah hampir , Kalau ajal aku masih panjang, teguhkan aku menempuh ujian-Mu ini “.
Aku ingat lagi nasihat dari seorang dokter, dokter surgical surgery dokter yang handle kes aku, dia juga dokter yang mengetuai 2 kali operation aku berturut turut. Aku dinasihatkan untuk tabah dengan ujian Allah ini , aku disarankan supaya berzikir dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW , jangan meninggalkan solat !!! . Ingat Allah ! , ingat Allah !, ingat Allah !. Yakin lah dengan kuasa Allah. Allah sahaja tempat kita bergantung .
Kekuatan dalaman yang kita dapat ketika solat sangat luar biasa .Kerana ketika kita solat kita merendahkan diri kita kepada Al- Khaliq yakni Pencipta kita . Kita merendahkan diri kita di hadapannya dan kita bergantung kepada-Nya . tetapkan hati kita hanya mahukan Keredhaan-Nya .
Alhamdulillah , aku sekarang sihat dan sudah kembali sedia kala Kebanyakkan orang semua ragu-ragu dengan cerita aku ni , sebab kalau tengok diri aku , memang seperti orang yang sihat dan tidak pernah dapat apa-apa penyakit sekali pun . Alhamdulillah . Rawatan aku sekarang hanya follow up di hospital 6 bulan sekali .
#thyroidcancer
#alphathalassmia
#papilarythyroidcancer