
Penantian Nadzmi Adhwa selama ini untuk bergelar seorang ayah akhirnya tercapai apabila isteri tersayang Ardell Aryana selamat melahirkan cahayamata sulung pada pagi Jumaat tadi.
Nadzmi berkongsi berita gembira ini di laman Istagramnya memberitahu isteri tersayang selamat melahirkan anak mereka secara normal.
Malah dia juga turut berterima kasih kepada Allah serta keluarga yan tidak tidur dengan mendoakan mereka sekeluarga agar segala urusan dipermudahkan.
Menurut Nadzmi juga isterinya berjuang menahan sakit lebih 16 jam sebelum selamat melahirkan.
Sukar untuk dia gambarkan perasaan itu tetapi perasaan gembira bercampur baur apabila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isterinya itu.
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami.
“Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua. Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini , 5 June 2020 , Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam.

“Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri.
“Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.
Perkongsiannya ini turut mendapat respon baik dari rakan selebriti dan juga warganet lain.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Perlukah Waris Qada Solat Buat Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

Isi Kandungan
TogglePerlukah waris qada solat buat ibu bapa yang telah meninggal dunia terutamanya bagi orang tua yang terpaksa meninggal solat kerana uzur dalam tempoh yang agak lama sebelum meninggal dunia.
Sebagai waris atau anak pasti timbul rasa tanggungjawab apabila mengetahui orang tuanya memang meninggalkan solat di saat-saat kematian kerana sakit.
Ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini dan haruskan waris mengqada atau membayar fidyah bagi pihak si mati yang meninggalkan solat?
Artikel Berkaitan:
Meninggalkan Solat Dengan Sengaja, Apakah Hukumnya? Perlukah Diqada’
Perlukah Waris
Soalan:
Ibu saya baru saja meninggal dunia, dan sepanjang setahun terakhir ini, beliau kerap meninggalkan solat kerana sakit dan tak sempat qada sebelum meninggal dunia.
Adakah kami sebagai waris boleh qada solat yang ditinggalkan atau membayar fidyah bagi pihak beliau?
Qada Solat
Jawapan:
Menurut pendapat muktamad mazhab Syafie, amalan qadha solat atau membayar fidyah bagi pihak si mati oleh waris adalah tidak disyariatkan. Kata Imam Syamsuddin al-Ramli:
ولو مات وعليه صلاة أو اعتكاف لم يفعل ذلك عنه ولا فدية له لعدم ورودها
Maksudnya: “Jika seseorang mati dan dia berhutang solat atau iktikaf (nazar), maka walinya tidak dapat qada bagi pihaknya dan hutang solat itu tidak gugur dengan fidyah, kerana amalan tersebut tidak sabit melalui nas.
Ada pandangan kedua (pandangan yang lemah) dalam mazhab Syafie yang membenarkan amalan ini, dan ia dipegang serta diamalkan oleh ramai ulama. Namun, ia dihukumkan sebagai lemah oleh Imam al-Nawawi:
وَحَكَى صَاحِبُ الْحَاوِي عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ وَإِسْحَاقَ بْنِ رَاهَوَيْهِ أَنَّهُمَا قَالَا بِجَوَازِ الصَّلَاةِ عَنِ الْمَيِّتِ وَقَالَ الشَّيْخُ أَبُو سَعْدٍ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ هِبَةِ اللَّهِ بْنِ أَبِي عَصْرُونَ مِنْ أَصْحَابِنَا الْمُتَأَخِّرِينَ فِي كِتَابِهِ الِانْتِصَارُ إِلَى اخْتِيَارِ هَذَا. وَقَالَ الْإِمَامُ أَبُو مُحَمَّدٍ الْبَغَوِيُّ مِنْ أَصْحَابِنَا فِي كِتَابِهِ التَّهْذِيبُ لَا يَبْعُدُ أَنْ يُطْعَمَ عَنْ كُلِّ صَلَاةٍ مُدٌّ مِنْ طَعَامٍ. وَكُلُّ هَذِهِ الْمَذَاهِبِ ضَعِيفَةٌ
Maksudnya:
Pengarang kitab al-Hawi menukilkan kalam daripada ‘Ata’ bin Abi Rabah dan Ishaq bin Rahawaih, mereka berdua mengharuskan solat bagi pihak si mati, manakala Syeikh Abu Sa‘ad Abdullah bin Muhammad bin Hibatullah bin Abi ‘Asrun daripada kalangan ulama mazhab kami yang mutakhir dalam kitabnya al-Intisar juga memilih pandangan ini.
Buat Ibu Bapa
Imam al-Baghawi daripada kalangan ulama mazhab kami (ashab al-wujuh) pula menyatakan dalam kitabnya al-Tahzib bahawa pandangan yang mengharuskan bayaran fidyah sebanyak satu cupak (mud) bagi setiap solat yang ditinggalkan ialah pandangan yang boleh diterima. Namun semua pandangan ini adalah lemah.
Begitu juga dengan pandangan yang dikemukakan oleh Syeikh Abu Bakr al-Dimyati:
من مات وعليه صلاة، فلا قضاء، ولا فدية. وفي قول – كجمع مجتهدين – أنها تقضى عنه، لخبر البخاري وغيره، ومن ثم اختاره جمع من أئمتنا، وفعل به السبكي عن بعض أقاربه، ونقل ابن برهان عن القديم أنه يلزم الولي – إن خلف تركه – أن يصلي عنه، كالصوم .وفي وجه – عليه كثيرون من أصحابنا – أنه يطعم عن كل صلاة مدا
Maksudnya:
“Sesiapa yang telah meninggal dunia dan dia ada hutang solat, maka tiada baginya qada mahupun fidyah. Menurut sebahagian imam mujtahid pula, ia mesti diqada (oleh waris yang masih hidup) berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari dan selain beliau.
Oleh sebab itu, sebahagian ulama mazhab Syafi’i memilih pandangan ini, dan amalan qada solat ini diamalkan oleh al-Subki bagi pihak sebahagian daripada kaum kerabatnya. Ibn Burhan pula meriwayatkan satu fatwa lama (qaul qadim) Imam Syafi’i bahawa wali wajib qada dengan mengerjakan solat jika si mati meninggalkan harta warisan, seperti mana puasa.
Ramai ulama daripada kalangan Ashab al-Wujuh berpendapat bahawa bagi setiap solat yang ditinggalkan, hendaklah diberi makan kepada fakir/miskin dengan kadar satu cupak.
Yang Telah Meninggal Dunia
Berdasarkan penjelasan di atas, hal ini merupakan permasalahan fiqh yang diperselisihkan oleh para ulama mazhab Syafie. Namun pendapat yang muktamad dalam mazhab ialah amalan fidyah solat ini tidak disyariatkan, manakala pandangan kedua membenarkannya berdasarkan qiyas kepada amalan fidyah puasa yang dibayar oleh pewaris si mati.
Syeikh Qalyubi pula menukilkan daripada sebahagian ulama mazhab Syafie yang mengharuskan amalan ini:
وهذا من عمل الشخص لنفسه فيجوز تقليده لأنه من مقابل الأصح

Maksudnya:
Amalan ini (qada solat atau membayar fidyah bagi pihak si mati) ialah amalan peribadi seseorang, maka diharuskan untuk bertaqlid padanya, kerana ia merupakan pandangan muqabil al-asah (pandangan kedua dan lemah di dalam mazhab Syafie, namun ia merupakan khilaf yang kuat dan muktabar dalam mazhab).
Kesimpulannya, amalan qada solat atau membayar fidyah bagi pihak si mati oleh waris adalah tidak disyariatkan dan tidak sah menurut pandangan muktamad mazhab Syafie, kerana tiada nas sama ada daripada al-Quran mahupun hadis yang sahih yang menunjukkan pensyariatan amalan ini.
Namun, mengambil kira perkara ini termasuk dalam khilaf yang muktabar, amalan ini boleh dilakukan kerana ia mempunyai sandaran dalam mazhab Syafie dan diamalkan oleh para ulama.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Orang yang meninggal dunia tak perlu qada atau bayar fidyah andai dia hutang solat.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Selain Hadiahkan Kereta Untuk Isteri, Saharul Ridzwan Kongsi Doa Berkasih Sayang Sempena Anniversary Keempat

Isteri mana tidak terkejut apabila menerima hadiah sangat bermakna dari suami tercinta.
Bagi pelakon Saharul Ridzwan menghadiahkan isteri tercinta, Deena Emir sebuah kereta jenis Honda Jazz sempena ulang tahun keempat perkahwinan mereka.
Artikel Berkaitan: Saharul Ridzwan Kongsi Momen Bersama Anak Isteri Di Makkah, Comelnya Ali Pakai Ihram
Terkejut dengan pemberian hadiah berkenaan, Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akir Emir, 32 tahun meluahkan perasaannya di laman Instagramnya.
“Surprise from the husband! MasyaAllah. Terkejut betul tadi sebab our wedding anniversary is on 16th Sept.
“Tapi dapat present today. Dia suruh siap tadi sebab nak record video untuk review (katanya).
“Habis la comot muka Deena, mascara meleleh sebab menangis
“Allahuakbar sayang @saharulridzwan thank you for the love & effort. my prayers are always with you. #Alhamdulillah
Sebelum itu dalam Instagram Saharul Ridwan juga turut menitipkan kata-kata yang sangat sweet sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Bukan itu saja, dia juga turut berkongsi doa yang boleh diamalkan setiap pasangan suami isteri dalam mengukuhkan ukhwah.
“Happy 4th Anniversary Zaujahku @deenaemir
“Dah 4 tahun kita jadi suami isteri. Alhamdulillah syukur. Allah masih hadirkan rasa nikmat cinta, kasih dan sayang sesama kita. Semoga Allah terus pinjamkan nikmat ni sampailah ke akhir hayat nanti. Amin Ya Rabb
“Tak pandai pulak saya nak sweet2 kali ni, mungkin anak 2 dah kot. Tapi sayang, tak pernah kurang “rasa” tu pada awak, pada kita tapi mungkin cara yang berbeza.
“Mungkin doa dan perlakuan saya utk menjadi suami dan ayah pada anak2 kita adalah perkara paling berharga yang boleh sy buat utk pastikan keluarga kita sentiasa diberkati Allah.
“Dalam mencari kesenangan dunia, sy doa supaya Allah dekatkan diri kita sekeluarga dengan kesenangan akhirat. InShaaAllah. InShaaAllah.
“Love You Till Jannah, kena usaha utk sampai ke Jannah” @deenaemir
“Amin Ya Rabb
Doa utk kita :

“Allahumma inni As’aluka Hubbaka Wa Hubba Man Yuhibbuka Wal- ‘Amal al-lazi Yuballighuni Hubbak. Allahummaj`Al Hubbaka Ahabba ilaiyya Min Nafsi, Wa Ahli Wa Min al-Ma’il-Barid
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta-cinta orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapatmenyampaikanku kepada cintaMu” –
Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi
Zaujahku
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan kini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu, Muhammad Luth Ali, 3 tahun dan Fateema Azzahra, 2 bulan.
Artikel Berkaitan: “Ya Allah, Kurangkan Keletihan Isteriku. Berikanlah Dia Kekuatan…” Ini Doa Shaharul Ridwan Pohon Buat Isterinya
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Sah Tak Solat Isyak Tapi Lepas Tu Pergi Clubbing” – Lelaki Ini Tepuk Bahu Member Kemudian Jelaskan ….

Solat itu adalah suruhan Allah yang telah diwajibkan ke atas kita setiap umat Islam.
Ia adalah salah satu Rukun Islam yang wajib kita lakukan dan menjadi tiang agama dalam kehidupan kita.
Namun bagaimana dengan amalan lain yang dilakukan, adakah solat diterima oleh Allah. Persoalan ini yang pernah ditanya seorang penguna laman sosial di twitter Shukery Azizan ketika belajar di universiti dulu.
Menurutnya, seorang sahabat ada bertanyakan mengenai perkara ini kepadanya dan ini thread yang ditulisnya di twitter bagi menjawab pertanyaan kawannya itu.
Bila dapat soalan macam ni, mula2 pelik. Pelik sebab first kitorang tak rapat sangat pun. Tapi tiba2 tanya soalan cepumas pada stranger macam saya.
Second, saya bukan ustaz. Saya budak kimia. Tapi mungkin dia pilih nak tanya saya sebab gaya saya macam ala-ala budak surau kot.
Tapi apa yang paling penting, soalan dia tu buat saya rasa terharu. Terharu sebab dia masih concern tentang solat dia sendiri.
Lepas dia tanya macam tu, saya tersenyum dan tepuk perlahan bahu dia. Lepas tu, saya terus jawab,
“Tahniah..”
Masa saya jawab macam tu, muka dia berkerut sedikit. Mungkin sebab pelik tiba-tiba saya cakap tahniah. Atau mungkin juga sebab ingat saya perli dia. Wallahua’lam.
Saya sambung lagi,
“Tahniah sebab walaupun kau pergi club dan minum arak bagai, tapi kau tetap jaga solat. Ada orang kat luar sana yang tak pernah pergi club pun seumur hidup, tapi solatnya tetap tak jaga.”
Lepas saya jawab macam ni, barulah reaksi mukanya berubah. Rasa lega barangkali.
“Solat kau sah je insyaAllah selagi mana kau ikut rukun solat. Cuma itulah, kau kena teruskan jaga solat lagi dan usaha untuk tinggalkan apa kau buat sekarang ni..”

Dia mengangguk dan jawab, “thanks bro.”
Lepas tu kami bersalaman dan dia terus balik ke bloknya. The rest is history.
Kenapa saya kongsi kisah ni?
Saya sebenarnya nak beritahu, walau banyak mana pun dosa kita buat, besar mana pun dosa kita pernah lakukan, hatta membunuh, berzina, etc JANGAN PERNAH TINGGAL SOLAT.
Pedulikanlah orang kata kita berlagak alim ke, orang tuduh Allah benci kau ke, ahli neraka ke, dan apa pun ejekan. Yang penting, jaga solat. Sebab ketahuilah, bila mula jaga solat, pasti kita akan tinggalkan dosa yang kita sedang buat tu.
Sooner or later.

Dan bila kita solat, itu tanda Allah sayang pada kita.
Bukti? Siapa yang gerakkan hati kita untuk jaga solat? Siapa yang buat kita rasa bersalah bila buat dosa? Siapa yang bagi kekuatan untuk kita solat dan bertaubat? Siapa yang bisikkan pada kita untuk minta ampun pada Allah?
Allah yang gerakkan dan buat. Semata-mata Allah. Takda siapa yang boleh kawal hati kita, melainkan Allah. Semata-mata Allah. Kita pun tak mampu kawal hati kita sendiri. Kan?
Tapi begitu sayang Allah pada kita, Dia sentuh hati kita. Supaya kita kembali bertaubat.
Moga Ramadhan tahun ni menjadi permulaan untuk kita mula serius untuk jaga solat, dan mula rajin untuk belajar membaca al-Quran. Jangan malu, dan jangan bertangguh.
Sebab hidayah Allah adalah untuk dicari, bukan ditunggu. Wallahua’lam.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI