Penantian Nadzmi Adhwa selama ini untuk bergelar seorang ayah akhirnya tercapai apabila isteri tersayang Ardell Aryana selamat melahirkan cahayamata sulung pada pagi Jumaat tadi.
Nadzmi berkongsi berita gembira ini di laman Istagramnya memberitahu isteri tersayang selamat melahirkan anak mereka secara normal.
Malah dia juga turut berterima kasih kepada Allah serta keluarga yan tidak tidur dengan mendoakan mereka sekeluarga agar segala urusan dipermudahkan.
Menurut Nadzmi juga isterinya berjuang menahan sakit lebih 16 jam sebelum selamat melahirkan.
Sukar untuk dia gambarkan perasaan itu tetapi perasaan gembira bercampur baur apabila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isterinya itu.
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami.
“Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua. Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini , 5 June 2020 , Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam.
“Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri.
“Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.
Perkongsiannya ini turut mendapat respon baik dari rakan selebriti dan juga warganet lain.