Cuba imbas kembali, apa yang kita lakukan semalam antara waktu Maghrib dan Isya’.
Tahukah kita bahawa sebenarnya Allah mengurniakan lebih kurang 60 minit untuk kita rebut keberkatan dalam waktu singkat itu. Waktu antara Maghrib dan Isya’ adalah ‘precious time’ masa singkat yang sangat mudah untuk kita kaut ganjaran pahala dengan melakukan ibadat-ibadat mudah.
Hakikatnya setiap waktu mempunyai kelebihan dan keberkatan tersendiri. Sepanjang 24 jam sehari adalah penuh keberkatan. Waktu antara Maghrib dan Isya sememangnya waktu yang kita agak sibuk dan kelam-kabut kerana baru sampai ke rumah dari tempat kerja. Waktu ini sangat pendek, tetapi di dalamnya terdapat keberkatan yang perlu kita jemput dengan amal.
Dalam beberapa kitab-kitab nasihat, motivasi sering disebut “Ma bainal Isyaain“. Itu adalah kata kunci yang membahas tentang keutamaan waktu antara Maghrib dan Isya’.
Salah satu kitab yang memperincikan “Ma bainal Isyaain” itu adalah Kitab Risalatul Muawanah karya Sayyid Abdullah bin Alwi al-Haddad, seorang waliyullah mahsyur yang juga penyusun Ratib al-Haddad dan Wirdul Latif. ومن السنة إحياء ما بين العشائين، وقد ورد في فضله أخبار وآثار، وحسبك من ذلك أن أحمد بن أبي الحواري شاور شيخه أبا سليمان رحمهما الله تعالى في أن يصوم النهار أو يحيي ما بين العشائين فقال: اجمع بينهما. فقال: لا أستطيع لأني متى صمت أشتغل بالإفطار في هذا الوقت. فقال له إذا لم تستطع أن تجمع بينهما فدع صيام النهار وأحي ما بين العشائين
Sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW adalah menghidupkan waktu antara Maghrib dan Isya’. Telah banyak hadis dan ucapan sahabat tentang keutamaan menghidupkan waktu ini.
Ads
Dalam hal ini cukuplah cerita tentang Ahmad bin Abi Al-Hawariy yang bertanya pada gurunya, Syaikh Abu Sulaiman rahimahullah
”Wahai guru, mana yang lebih utama, puasa di siang hari atau menghidupkan waktu antara Maghrib dan Isya dengan amal soleh?”
“Kerjakan kedua-duanya,” jawab gurunya. “Tetapi saya tidak mampu mengerjakan keduanya. Kerana, jika saya berpuasa, waktu antara Maghrib dan Isya’ adalah saat sibuk untuk berbuka.”
“Kalau demikian tinggalkan puasa dan isilah waktu antara Maghrib dan Isya’ dengan amal soleh.”
Cerita antara guru dan murid di atas cukup memberikan gambaran tentang anjuran jangan sampai terlepas waktu keemasan ini dengan melakukan amal soleh.
Ads
Ada empat ibadat mudah yang boleh dilakukan dalam tempoh 60 minit ini:
1.SOLAT SUNAT
Amalan pertama yang dianjurkan adalah melakukan solat sunat. Solat sunat ini menurut sebahagian ulama disebut dengan solat sunat awwabin. Susulan daripada pendapat ini, disunatkan mendirikan solat sunat awwabin dengan maksimum 20 rakaat. Kita boleh juga melakukan 6, 4 atau dua rakaat, dan dilakukan tanpa berjemaah.
Sebagaimana dijelaskan oleh Syaikh Zainudin Al-Malibari dalam Fathul Mu’in “Di antara solat yang tidak disunahkan dilakukan secara berjemaah adalah solat Awwabin. Ia berjumlah 20 rakaat dan dilakukan antara solat Maghrib dan Isya. Diriwayatkan bahawa ia berjumlah 6 rakaat, 4 rakaat dan 2 rakaat, dan 2 rakaat ini adalah jumlah rakaat paling sedikit.”
Tata cara mendirikan solat sunat Awwabin ini adalah sebagai berikut
Pertama : Niat melakukan solat sunat Awwabin dalam hati dengan lafaz niat berikut اُصَلِّى سُنَّةَ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى Saya niat solat sunat awwabin dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Ads
Kedua: Pada setiap rakaat setelah membaca surah Al-Fatihah disunatkan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 6 kali, surah Al-Falaq sekali dan surah Al-Nas sekali. Begitu juga pada rakaat kedua. ﻟﻠَّﻬُﻢَّﺇِﻧِّﻲْﺃَﺳْﺘَﻮْﺩِﻋُﻚَﺇِﻳْﻤَﺎﻧِﻲْﻓِﻰْﺣَﻴَﺎﺗِﻲْﻭَﻋِﻨْﺪَﻣَﻤَﺎﺗِﻲْﻭَﺑَﻌْﺪَﻣَﻤَﺎﺗِﻲْﻓَﺎﺣْﻔَﻈْﻪُﻋَﻠَﻲَّﺇِﻧَّﻚَﻋَﻠَﻰﻛُﻞِّشيْئٍﻗَﺪِﻳْﺮٌ
Ya Allah, aku titipkan imanku baik ketika aku masih hidup, pada saat meninggal dan setelah meninggal. Jagalah iman tersebut untukku, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Tentang keutamaan solat ini, banyak hadis yang menjelaskannya.
Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa solat (sunat) enam rakaat setelah solat Maghrib, tanpa diselangi dengan pembicaraan kotor, maka salat tersebut mampu mengimbangi ibadah selama dua belas tahun.(HR. Tirmidzi)
2. BERZIKIR
Di dalam kitabnya yang lain yang berjudul Nashaih al-Diniyyah wa al-Washaya al-Imaniyah, Imam Al-Haddad menjelaskan bahawa amal yang boleh dilakukan pada waktu ini adalah berzikir. Di antara amal-amal yang sangat disunnahkan ialah menghidup-hidupkan waktu antara solat Maghrib dan Isya’ dengan salat sunat, membaca Quran dan berzikir pada Allah.
3.BACA AL-QUR’AN
Tentang anjuran membaca Al-Qur’an pada waktu ini, juga dijelaskan dalam Nashaihud Diniyyah. Dianjurkan pula untuk membaca Al-Quran, khususnya surah-surah: Alif-lam-mim Sajadah, Ad-Dukhan, Al-Waqi’ah, Tabarak, Al-A’la, Az-Zilzal, At-Takatsur, Al-Quraisy, Al-Kafirun, An-Nashr, Al-Ikhlas, Al-Falaq An-Nas.
4. I’TIKAF
Kemudian amal terakhir yang boleh dilakukan dalam rangka mendapatkan keberkatan waktu antara Maghrib dan Isya’ adalah dengan melakukan i’tikaf sambil menunggu masuknya waktu Isya’.
Doa merupakan salah satu bentuk permohonan dan kerendahan hati seorang hamba di hadapan Ya Rabbnya. Ia merupakan senjata bagi orang mukmin, perlindungan bagi orang yang lemah, “ubat” bagi yang diuji kesusahan dan setiap dari kita pastinya berdoa kepada Allah SWT. Bahkan para Nabi dan Rasul juga tidak pernah lupa berdoa kepada Allah memohon pertolongan dan pengharapan kepada-Nya.
Al-Qur’an menyatakan bahwa berdoa adalah perintah, siapapun yang berdoa, maka permohonannya pasti terkabul. Hal ini ditegaskan dalam surat Ghafir ayat 60
ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Berdoalah kalian kepada-Ku, maka Aku kabulkan permohonanmu”.
Berikut adalah doa para nabi dan Rasul yang ada diabadikan dalam Al-Quran boleh kita amalkan.
Doa Nabi Adam AS
Nabi Adam AS berdoa meminta ampun kerana telah melanggar perintah Allah SWT saat berada di syurga. Doa ini terdapat dalam surat Al-Araf ayat 23. Berikut doa Nabi Adam AS:
Rabbanaa ẓalamnaa anfusana wa il lam tagfir lanaa wa tar-ḥamnaa lanakụnanna minal-khaasiriin
Ertinya: “Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.”
2. Doa Nabi Nuh AS
Nabi Nuh mengucapkan doa ini saat banjir besar menghalangi dan tak mampu menyelamatkan anak-anaknya. Doa ini terdapat dalam surat Hud ayat 47. Berikut doa Nabi Nuh AS.
Rabbi innii a’ụżu bika an as`alaka maa laisa lii bihii ‘ilm, wa illaa tagfir lii wa tar-ḥamnii akum minal-khaasiriin
Ertinya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu untuk memohon kepada-Mu sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikatnya). Kalau Engkau tidak mengampuniku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku termasuk orang yang rugi.”
3. Doa Nabi Ibrahim AS
Nabi Ibrahim mengucapkan doa ini saat membina Kaabah bersama anaknya Nabi Ismail AS. Doa ini terdapat dalam surat Al-Baqarah ayat 127-128. Berikut doa Nabi Ibrahim AS.
Rabbanaa taqabbal minnaa, innaka antas-samii’ul-‘aliim. rabbanaa waj’alnaa muslimaini laka wa min żurriyyatinaa ummatam muslimatal laka wa arinaa manaasikanaa wa tub ‘alainaa, innaka antat-tawwaabur-raḥiim
Ertinya: “Ya Tuhan kami, terimalah (amal) dari kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang berserah diri kepada-Mu, dan anak cucu kami (juga) umat yang berserah diri kepada-Mu dan tunjukkan-lah kepada kami cara-cara melakukan ibadah (haji) kami, dan terimalah taubat kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.”
Pada kesempatan lain, Nabi Ibrahim juga berdoa untuk anak dan cucunya, juga kedua orang tua. Doa ini terdapat dalam surat Ibrahim ayat 40-41.
Rabbij’alnii muqiimaṣ-ṣalaati wa min żurriyyatii rabbanaa wa taqabbal du’aa`
Rabbanagfir lii wa liwaalidayya wa lil-mu`miniina yauma yaqụmul-ḥisaab
Ertinya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari Kiamat).”
4. Doa Nabi Yunus AS
Nabi Yunus berdoa kepada Allah ketika menyedari kesalahannya saat berada dalam perut ikan paus. Doa ini terdapat dalam surat Al Anbiya ayat 87. Berikut doa Nabi Yunus.
Ertinya: “Tidak ada tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim.”
5. Doa Nabi Yusuf AS
Nabi Yusuf berdoa kepada Allah agar diwafatkan dalam golongan orang yang beriman. Doa ini terdapat dalam surat Yusuf ayat 101. Berikut doa Nabi Yusuf AS.
Ertinya: “(Wahai Tuhan) pencipta langit dan bumi, Engkau-lah pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkan-lah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang yang soleh.”
6. Doa Nabi Musa AS
Nabi Musa AS berdoa kepada Allah agar dimudahkan semua urusannya. Doa ini terdapat dalam surat Thata ayat 25-28. Berikut doa Nabi Musa AS.
Rabbi auzi’nii an asykura ni’matakallatii an’amta ‘alayya wa ‘alaa waalidayya wa an a’mala ṣaaliḥan tarḍaahu wa adkhilnii biraḥmatika fii ‘ibādikaṣ-ṣaaliḥiin
Ertinya:- “Ya Tuhanku, anugerahkan-lah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau ridai; dan masukkan-lah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.”
Sebelum ini kerajaan melalui telah mengumumkan pemberian diskaun bil elektrik bagi meringankan beban rakyat disebabkan penularan wabak virus COVID-19.
Dan hari ini sekali lagi rakyat menerima berita gembira apabila orang ramai boleh mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 1 April ini.
Menurut kenyataan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semua ahli KWSP berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam akaun 2, masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
Sumber: Google
“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.
“Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak empat peratus yang berkuatkuasa April 2020 akan membolehkan pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barangbarang keperluan harian.
“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini…yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga,” katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Menurut Tan Sri Muhyiddin lagi, wang itu sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air, elektrik ataupun sewa rumah mengikut keperluan masing-masing.
Biarpun jumlahnya tidak seberapa tetapi memadai dan ia merupakan wang titik peluş sendiri yang sepatutnya digunakan untuk hari tua tetapi buat masa ini digunakan untuk keperluan masing-masing.
Sumber: Google
Beliau juga turut menasihatkan orang ramai dapat menggunakan duit berkenaan dengan cara berhemah kerana akan ada keberkatannya buat saudara saudari seisi keluarga.
Pengeluaran KWSP ini adalah antara beberapa inisiatif kerajaan bai mengurangkan bebanan kewangan rakyat berikutan COVID-19 sehingga menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Ternyata kenyataan ini mendapat pujian daripada warganet. Masing-masing bersyukur dan ini dapat meringankan beban rakyat akibat musibah yang melanda.
Namun ramai mencadangkan agar pengeluaran dibuat secara online agar tidak bersesak seperti yang terjadi sebelum ini.
Sumber: Sinar Harian
Wan ArifOrg2 kpg pendapatan sederhana amat bersyukur dgn pengumuman oleh PM tdi..ikut langkah keselamatan di kuanter KWSP nanti..
Jani JaniTerbaik pm byk mmbantu n mdengar keluhan rakyat dlm mghadapi krisis
Ryna ReenaBagus jika ada kemudahan permohonan pengeluaran.kwsp secara online. X perlu pergi.ke kaunter kwsp. Untuk.mengelakan berkumpul ramai2.
Maz LanKalau boleh buat online shja untuk kurgkn risiko penularan
Wan Klewangalhamdulillah.kalo boleh buat permohonan secara online lg baik.takut rmai yg serbu ke kaunter kwsp nnti.
Abdullah Al-MuttaqinHarap dpt buat pngeluaran secara online, xnk nnti ramai 2 bersesak2 dekat kaunter, jadi kluster kwsp pulak
Inna lillahi wa inna ilahi raji’un. “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Pemergian seorang remaja dari negara seberang yang sedang menuntut ilmu di Mesir, Muhammad Al Fatih Syukur, 18 tahun ketika tidur dan dalam keadaan berpuasa menjadi tumpuan masyarakat sebaik jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya di Tarnate, Maluku Utara, Indonesia.
Arwah meninggal pada 9 Februari lalu dan urusan membawanya pulang cukup mudah kerana pada 11 Februari bersamaan Jumaat, penghulu segala hari jenazahnya selamat disolatkan dengan ratusan penduduk menghadirinya.
.
Dari perkongsian di fb, di saat terbaring kaku di perbaringan, dapat dilihat wajahnya cukup tenang seolah Muhammad Al Fatih sedang tidur. Dikatakan arwah sempat mengimamkan solat Subuh pagi tersebut dan Maghrib itu Allah menjemputnya pulang dalam keadaan mulia iaitu ketika sedang berpuasa sunat.
Dalam satu perkongsian dari fb oleh seorang Ustaz mengajar ilmu agama, Kabri Saibun dari Kota Ternate, Maluku Utara, dari gambar dapat dilihat begitu ramai orang menghadiri upacara pengkebumian remaja seorang penghafal Al-Quran 30 juzuk ini.
Dalam perkongsiannya : “Alhamdulillah Jum’at 12 Februari 2021. Masih diberi kesempatan untuk melawat dan ikut sholat Jenazah Alm. Muhammad Al-Fatih sang pejuang Al-Qur’an dari Ternate. Inna lillahi wa inna ilahi raji’un Almarhum berpulang dalam keadaan berpuasa. Semoga dilapangkan kuburnya,diterima amal ibadah, dicatat sebagai syahid, di tempatkan syurgaNya. Al-Fatihah”
.
Dalam pada Wowberita melaporkan seorang pelajar tahfiz dari Indonesia, Muhammad Al Fatih Syukur, 18, ditemui meninggal dunia di bilik tidurnya di Mesir pada 9 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Menurut sumber, arwah menyertai program Ma’had Syaraful Haramain di sini bermula 2018 yang lalu dan bakal melanjutkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar pada September 2021.
“Muhammad al-Fatih Syukur adalah salah seorang pelajar terbaik di sana dan antara yang terawal menghafaz 30 juzuk Al-Quran,”
Arwah Muhammad Al Fatih tidak hanya menghafal Al-Quran, beliau turut menghafal Alfiyah Ibn Malik, iaitu kitab berima tatabahasa Arab yang ditulis oleh Ibn Malik pada kurun ke-13.
“Arwah juga pembawa moral dan adab yang luar biasa. Hampir tidak meninggalkan jejak keburukan, kecuali kebaikan, Allah mengasihi dia dan keluarganya. Pada usia 18 tahun, Tuhan memanggilnya.
“Namun, ayah dan ibunya yang bertuah dapat menuai kebaikannya. Semoga amal solehnya diterima oleh Allah dan semua dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT,” katanya.
Difahamkan, jenazah Muhammad Al Fatih akan dibawa pulang ke pangkuan ibu bapanya di Ternate untuk dikebumikan di sana.
“Semoga Allahyarham mendapat husnul khatimah dan keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dan keredhaan. Aaminn.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mungkin dalam beberapa keadaan memerlukan Muslimah perlu mengambil wuduk tanpa membuka tudung.Contohnya tempat mengambil wuduk wanita terbuka bimbang aurat dilihat oleh bukan mahram.Jadi bagaimana...