Tidak dinafikan sejak berita Pelan Rangsangan Ekonomi Rakyat Prihatin dibentang oleh Perdana Menteri kita, ramai yang mengucap syukur dengan pemberian berkenaan bagi meringankan beban sepanjang COVID-19 ini.

Namun begitu seperti biasa tetap ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan pemberian ini dan memohon mereka juga turut diberi perhatian diberikan bantuan khusus.

Golongan yang dimaksudkan adalah sesetengah selebriti kita yang merasakan turut terkena tempias dengan penularan wabak pandemik ini.

Namun begitu, sebagai idola kepada masyarakat, mereka sebenarnya perlu lebih berusaha dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata.

Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook, Hafizul Hakim turut berkongsi bagaimana artis dikenali dengan nama Mohd Yusof Abdul Hamid atau Mr Os yang tidak malu untuk membawa teksi bagi menyara kehidupan.

Berkat Sering Bersedekah Hasil Kerja Pemandu Teksi, Arwah Mr Os Berjaya Besarkan Anak Hingga Bergelar Doktor
Allahyarham Mr Os.

Arwah tidak bergantung sepenuhnya pada kerja hasil seni sebaliknya membuat kerja lain untuk menampung kehidupan keluarganya.

Hasilnya anak-anaknya berjaya dalam bidang masing-masing dan salah seorang lulusan jurusan kedoktoran dari luar negara.

Ayuh, ikuti perkongsiannya.

Kisah Allahyarham Os

1. Kalau orang yang naik teksi dia tak cukup duit, dia tak berkira sangat, dia menderma. Contoh kalau tambang teksi RM25, dia bagi diskaun RM5.

IKLAN

2. Bayangkan ada 20 orang naik teksinya dalam sehari. Tiap seorang tambang RM25, sebanyak RM5 daripada tambang itu dia sedekah. Dalam sehari jumlah dermanya boleh cecah RM100.

Ini dikongsikan sendiri oleh pendakwah bebas Ustaz Hanafiah Abdul Malek dalam salah satu siri ceramahnya. Biarpun hidup jadi seorang pemandu teksi, Allahyarham jaga amalan sedekahnya.

Berkat Sering Bersedekah Hasil Kerja Pemandu Teksi, Arwah Mr Os Berjaya Besarkan Anak Hingga Bergelar Doktor
Tak malu jadi pemandu teksi.

Allah bagi keberkatan. Berkat ni bukan tengok pada jumlah RM kita dapat, tapi keseluruhan kebaikan yang datang dalam hidup. Allahu.

3. Anaknya, Dr. Syafiqah Hayra menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir berkat susah payahnya menjadi pemandu teksi.

4. Antara kata-kata yang paling ‘inspiring’ daripada Mr Os yang saya baca sebelum ini:

“Sejak saya jadi pemandu teksi, dapat hantar anak belajar kedoktoran di Mesir. Berapalah sangat pendapatan jadi pemandu teksi. Tekan RM3, dapat RM3.”

IKLAN

Tapi kalau kita redha dengan rezeki Allah beri, RM3 insha Allah jadi RM3,000. RM3,000 jadi RM300,000. Dan seterusnya berganda.”

Berkat Sering Bersedekah Hasil Kerja Pemandu Teksi, Arwah Mr Os Berjaya Besarkan Anak Hingga Bergelar Doktor
Anak Mr Os yang berjaya tamatkan pengajian dalam bidang perubatan, Dr. Syafiqah Hayra

5. Saya yakin anaknya dibesarkan dengan kasih sayang dan agama yang kuat. Apa kata anaknya membuatkan saya sebak.

“Saya berniat pahala sepanjang berkhidmat jadi doktor ini diberikan kepada ibu dan abah saya.”

Allahyarham Mr Os telah kembali ke rahmatullah pada 5 April 2016. Beliau seharusnya layak diletak sebaris dengan lagenda artis tanahair.

Walaupun pernah menang Maharaja Lawak bersama Abon tahun 2012, dia tetap teruskan jadi pemandu teksi. Hadiah kemenangan masa itu berjumlah RM350,000.

IKLAN
Berkat Sering Bersedekah Hasil Kerja Pemandu Teksi, Arwah Mr Os Berjaya Besarkan Anak Hingga Bergelar Doktor
Sentiasa mengamalkan konsep sederhana dalam hidup.

Teringat dengan pesan Allahyaram ayahanda saya ketika beliau masih hidup,

“Jangan malu kalau hidup terlihat miskin. Tapi malulah ketika kita pura-pura kaya.”

Semoga kisah hidup seniman Mr Os menjadi ikutan dan contoh artis-artis kita di Malaysia. Mari sama-sama kita sedekahkan pahala surah Al Fatihah kepada Allahyarham.

Begitulah.

Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
Bahagia itu sederhana.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.”

AlFatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI