Muslimat berniqab bukan lah satu perkara yang pelik namun baru-baru ini ia menjadi tarikan dan perhatian masyarakat umum tanahair. Sesiapa yang mengikuti perkembangan semasa pasti sudah maklum akan tindakan selebriti wanita berpengaruh Malaysia yang mempunyai hampir 8 juta pengikut di Instagram, tampil dengan penampilan terbaharu dengan berniqab.

Tindakannya itu mendapat perhatian dan maklum balas positif malah ramai juga teruja untuk berniqab dan sudah tentu bakal menyuntik gelombang baharu di kalangan muslimat lain. Ia merupakan satu bentuk hijrah yang baik walaupun bukan lah sesuatu yang wajib pada wanita Islam.

Artikel berkaitan: Ya Allah Syukur Atas HidayahMu. Love U Bidadariku, Ibu Sebak Neelofa Kini Tampil Berniqab, Doakan Kekal Istiqamah

Artikel berkaitan: Baca 7 Doa Diajar Rasulullah Ini, Untuk Elak Diri Dari Bahaya Fitnah Akhir Zaman

Mengapa Neelofa, personaliti yang cantik, anggun lagi menawan ini berniqab, hanya dia sahaja yang boleh menjawab persoalan. Mungkin juga perkongsian Insyirah Solehah menerusi entri di blognya dapat berikan sedikit sebanyak gambaran tentang niqab berdasarkan pengalamannya dan mungkin juga atas sebab ini juga Neelofa berniqab.

Berniqab Tidak Wajib, Digalakkan Pakai Sebagai Benteng Ancaman Fitnah
Kredit foto: Dari Instagram Neelofa

Menerusi catatannya, hadis Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua tapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab Al-Mushannaf.

Wajah Bukan Aurat, Namun Menutupnya Adalah Utama
Pendapat ini bukanlah hal yang baru. Para ulama daripada kalangan Salafussoleh dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain mengatakan bahawa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.
Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.

“Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan.”

Memang kaedah ini bukan bid’ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syariat. Sedangkan orang yang pertama menerima syariat adalah Rasulullah . Kemudian orang-orang yang menerima syariat ini daripada beliau adalah para sahabat. Para sahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu usul feqh seperti di atas.

Di dalam kitab Hijaab Al-Mar’aatul Muslimah yang dikarang oleh Syeikh Nasiruddin Albani mengenai kisah seorang wanita Khats’amiyyah yang dipandang oleh Fadhl bin ‘Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi SAW, wanita itupun melihat Fadhl. Dia adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik.

Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah ketika itu memalingkan wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.

Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram.

Ads

Syeikh telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah tahallul awal.
“Dan seandainya wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan?”

Lelaki Dan Wanita Perlu Jaga Pandangan
Syeikh berpandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syariat dan dari segi tabiat manusia.

Berniqab Tidak Wajib, Digalakkan Pakai Sebagai Benteng Ancaman Fitnah

Oleh sebab itu Allah SWT berfirman,
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. “Hendaklah mereka menahan pandangannya,”[An-Nuur : 30]
Maksudnya daripada (memandang) wanita.

Dan Allah Subhanahu SWT berfirman,
“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. “Hendaklah mereka menahan pandangannya,”[An-Nuur : 31]
Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.

Kedua ayat di atas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.
Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya).

Ads

Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.
Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, yang mensyariat dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua-duanya (lelaki dan perempuan) untuk menundukkan pandangan masing-masing.

Tidak Boleh Mewajibkan Sesuatu Yang Tidak Wajib

Syeikh di dalam kitabnya mengatakan beliau tidak pasti di kalangan sahabat ada yang mewajibkan wanita memakai niqab. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syariat. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.

Berniqab Tidak Wajib, Digalakkan Pakai Sebagai Benteng Ancaman Fitnah

Pada pendapat Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:

“Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat.” Menutup muka kerana bimbang timbulnya fitnah

Para ulama empat mazhab bersepakat bahawa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.

Ads

Imam Kauthari r.a. berkata:
“Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah.”

Tidak Timbul Istilah Istiqamah Dalam Berniqab

“Dalam menjalani rutin harian, sebenarnya apabila berniqab ada keadaan tertentu wanita perlu membuka niqabnya. Oleh itu, secara umumnya tidak timbul isu ‘istiqamah atau tidak’ dalam memakai niqab kerana permasalahan mengenai sesuatu hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Satu situasi, seorang muslimah boleh berubah menjadi wajib memakai niqab sekiranya memiliki rupa paras yang menarik perhatian lelaki dan boleh jadi situasi yang lain seorang wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.

Berniqab Tidak Wajib, Digalakkan Pakai Sebagai Benteng Ancaman Fitnah

 

Kesimpulannya, ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat di kalangan ulama.

Seorang kakak yang sangat saya hormati dalam pendapatnya menerangkan bahawa niqab bukan sekadar menghijab wajah dari pandangan lelaki tetapi niqab juga adalah sebagai benteng untuk menjauhkan diri dari maksiat.

Apabila menutup mulut ia adalah satu nasihat kepada diri sendiri untuk menghindari mengumpat, mencela dan menggunakan perkataan yang tidak sopan.

Seorang muslimat lainnya menjadikan niqab sebagai satu motivasi untuk sentiasa menjaga solat, tidak melewat-lewatkan solat lantaran imej muslimah yang dibawanya telah merubah peribadinya ke arah yang lebih baik”
Masya Allah

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI