Kata orang soal jodoh, rezeki dan maut itu urusan Allah. Siapalah kita untuk menolak takdir Allah jika memang sudah tersurat jodoh antara insan tersayang sudah tiada.
Namun tiada salahnya sebelum membawa haluan masing-masing saling memohon maaf dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri.
Artikel Berkaitan: Hukum Cerai Melalui WhatsApp & Apa Yang Isteri Boleh Tuntut Dari Suami Di Mahkamah Syariah
Itulah yang berlaku pada pelakon dan pelawak Opie Zamie atau nama sebenarnya Mohd Saufi Zami dan pasangan Zamzarina Mohamed yang sah bercerai talak satu pada jam 10.47 pagi ini di Mahkamah rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Lafaz cerai itu dibuat Mohd Saufi atau lebih dikenali sebagai Opie Zami, 46, terhadap Zamzarina, 43, di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Mahir Zanial.
Hakim Ahmad Mahir mendengar lafaz cerai itu, kemudian mensabitkan perceraian dengan talak satu terhadap pasangan itu dan memerintahkan Zamzarina menjalani tempoh idah selama tiga bulan, termasuk Opie perlu mendaftarkan perceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.
Zamzarina selaku plaintif memfailkan penceraian terhadap Opie selaku defendan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 16 Mac lalu.
Terdahulu, suasana dalam mahkamah bertukar hiba apabila pasangan itu menangis ketika bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum Opie melafazkan cerai.
Zamzarina yang berjubah hitam dilihat hanya tunduk ketika bersalaman dengan Opie yang berbaju T putih serta berseluar jeans biru.
Artikel Berkaitan: Pasangan Yang Ingin berkahwin, Sudah Berkahwin Mahupun Yang Sedang Di Ambang Konflik, Cerai Walaupun Halal Kalau Boleh Elaklah
Ketika ditanya di luar mahkamah, Opis menjelaskan masalah rumah tangga mereka sudah lama berlaku dan perceraian dalah keputusan terbaik.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ammar Shah Saidi,15, Aliff Shah Syedi,13, dan Arrif Shah Saidi, 8.
Artikel Berkaitan: Suami Isteri Tak Jadi Bercerai Bila Buat Umrah, PU Amin Kongsi Pengalaman Ketika Di Makkah
Sumber: Sinar Plus