
Sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat kita pasti tidak akan lengkap sesebuah majlis perkahwinan tanpa acara bersanding. Seakan menjadi satu perkara yang ‘wajib’ dalam sesebuah majlis perkahwinan, adakalanya majlis persandingan turut diserikan dengan acara menepung tawar.
Lalu apakah hukumnya mengadakan majlis persandingan? Ikuti pencerahannya.
SOALAN:
Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar, saya jadi keliru. adakah sekadar untuk mengambil gambar diatas pelamin sememangnya tidak boleh ke?
JAWAPAN:
Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.
Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat:

1. Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
2. Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
3. Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syarak.
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jodoh Itu Aturan Allah. Daripada Sahabat Baik Akhirnya Ardell & Nadzmi Sah Sebagai Pasangan Suami Isteri!

Segala urusan rezeki, ajal maut dan jodoh itu adalah urusan Allah. Siapalah kita sebagai hamba-Nya untuk menidakkan kekuasaan Allah. Jika itu yang telah tertulis di lukh mahfuz, kita perlu reda dan menerimanya dengan reda.
Seperti juga kita selebriti Ardell Aryana yang sebelum ini dikatakan tidak sihat yang kemudiannya melakukan penghijrahan dalam hidupnya apabila selesa memilih pakaian longgar serta mengenakan hijab labuh dan sesekali berniqab dalam penampilan sehariannya.

Dia yang juga sebelum ini rapat dengan seorang selebriti lelaki, Nadzmi Adhwa Nor Adzmi hingga dianggap sebagai friendzone akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya.
Pasangan ini sudah saling mengenali sejak 8 tahun lalu dan hubungan mereka sebelum ini atas kapasiti kawan baik sahaja.
Walaupun Nadzmi dilihat sering berada di samping Ardell untuk menjaga sahabatnya yang dikatakan tidak sihat, namun pelakon kecil molek ini lebih selesa berkawan saja.
Namun akhirnya kedua akur dengan jodoh yang telah diatur oleh Allah. Pada 1 September lalu menyaksikan keduanya disatukan dalam satu majlis pernikahan cukup ringkas.
Hanya sekali lafaz Ardell atau nama penuhnya Nurul Hidayah Mohd Amin sah menjadi isteri dengan pemberian wang mas kahwin RM300 serta senaskhah al-Quran daripada suami tercinta.

Majlis dilakukan di rumah pengantin perempuan di Seri Kembangan dengan dihadiri sanak saudara serta sahabat terdekat pasangan ini.
Ardell dan Nadzmi yang bersahabat baik ini turut menyifatkan penyatuan mereka adalah atas doa orang ramai.
Mengenai Ardell, Nadzmi memberitahu isterinya itu sebagai insan yang sangat istimewa.
“Pada saya, dia insan terbaik pernah hadir dalam hidup. Dia sangat luar biasa. Saya belajar banyak benda dengannya.
“Daripada dia tak bertudung, hinggalah sekarang kami kongsi banyak benda dan masalah. Kami juga berkongsi minat sama bermain bola sepak dan futsal.

“Cara dia menunaikan tanggungjawab dengan menyara keluarga juga membuatkan saya kagum. Ardell kerja kuat untuk memberi kesenangan kepada keluarga.
“Malah, keserasian kami mencetus idea untuk menjalankan perniagaan tudung Alwadellhijab,” katanya yang pernah muncul dengan single Wanitaku berkisar perhubungan mereka kepada Berita Harian Online.

Walaupun tiada majlis pertunangan, tetapi keluarga Nadzmi ada mengadakan majlis khatam Quran pada Jumaat lepas.
Dalam satu foto dimuat naik juga menyaksikan Ardell begitu manis duduk di pelamin ditemani ibunya yang juga merupakan seorang Cina mualaf memeluk Islam.
Semoga perkahwinan dibina ini berkekalan hingga ke jannah. Akan terasa lebih manisnya pasangan berada di sisi tidak kira dalam situasi apa sekalipun.
Mungkin baik Ardell atau Nadzmi akan lebih bercinta selepas nikah kerana ia lebih indah dan HALAL.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NADZMI ADHWA, AMIR NAUFAL PHOTOGRAPHY & JAYDEESM
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Alhamdulillah, Selesai Urusan Nikah Online, Pengantin Lelaki Tunai Tanggungjawab Drive Kereta Terus Jumpa Isteri

Sebaik pihak berwajib mengatakan boleh bernikah secara online, ramai pasangan yang mendaftar sebelum PKP mengambil kesempatan berbuat demikian.
Salah satunya adalah bagi pasangan Syafiq Zorkafli dan Hana Nabila yang memilih bernikah secara online di rumah masing-masing.
Namun yang agak melucukan apabila sebaik majlis pernikahan secara online selesai, pengantin lelaki mengambil keputusan untuk pergi ke rumah pengantin Perempuan seorang diri dengan memandu kereta dalam keadaan hujan.
Berkongsi di saman sosial Instagramnya beberepa jam sebelum bertemu dengan isteri yang baru dinikahinya.
Dalam perkongsian itu juga, pasangan ini mengucapkan rasa syukur kerana dapat menyelesaikan urusan mereka yang sudah tertunda beberapa minggu disebabkan PKP ini.
Isteriku sayang walaupun kita tak dapat nak buat majlis macam yang kita idamkan,takpe i nak you sabar , and i nak you tahu satu benda harini yang paling best dalam hidup kita yang wajib kita bersyukur sayang.
Allah dorongkan kita kahwin di bulan ramadhan di bulan mulia ni sayang, kalau kita fikir balik , yang kat mana pengalaman ni kita je dapat rasa manis dia kawin bulan puasa ni,kita kawin online ,kawin tanpa dewan , hanya sekadar melakukan yang wajib sahaja , bila i fikir balik , sebenarnya Allah sedang ajar kita sayang,Allah sedang tegur kita , sebab Allah sayang kita
in sya Allah banyak kebaikan kita dapat,puasa kita dapat pahala , i pandang you senyum tengok muka you pun i dapat pahala hehe , kita berbuka sekali dapat pahala, semua benda sekarang in sya Allah dibalas kebaikan sayang , terima kasih isteriku terima i seadanya , sayang you sangat #shafiqxhanna

Malah keduanya turut bersikap positif dan mengharapkan ada hikmah yang berlaku di sebalik segala ujian ditempuhi sebelum sah bergelar suami isteri.
KASHOORGA: Mengucapkan selamat pengantin baru. Jalanilah fasa sebagai pasangan suami isteri dengen baik agar dapat membimbing pasangan ke jalan benar untuk mendapat syurga Firdaus nanti.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYAFIQ & HANA NABILA
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Haram Atau Tak Suami Panggil Isteri Dengan Nama Ummi, Ibu Atau Mama. Ini Penjelasan PU Azman Wajib Ambil Tahu!

Sebaik berkahwin, pastinya kita mahu memanggil pasangan kita dengan panggilan yang sedap, manja dan senang disebut. Ini akan menambahkah lagi kemesraan hubungan suami isteri.
Panggilan atau memanggil kepada orang tersayang dalam Islam dengan penuh kehormatan, kasih sayang dan kelembutan memang digalakkan.
Malah membiasakan diri memanggil pasangan dengan panggilan sayang (Humairaa) merupakan hal yang lumrah dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Ini kerana baginda jika memanggil isterinya selalu dengan memakai panggilan ‘Ya Humairaa’ yang ertinya ‘Sayangku’.
Selain memberikan rasa senang pada pasangan, memanggil pasangan dengan panggilan sayang tentu akan membuatkan perasaan cinta dan kasih sayang semakin melekat dan utuh.

Dan selalunya kita biasa mendengar atau menggunakan panggilan sayang terhadap pasangan kita. Bermacam-macam panggilan sayang yang kita berikan seperti ‘Honey’, ‘Hubby’, ‘Sayang’, ‘Cinta’, dan berbagai panggilan yang lainnya.
Panggilan sayang itu untuk menunjukkan rasa sayang dari tiap pasangan. Sering juga digunakan panggilang sayang yang islami oleh pasangan suami isteri, seperti’Abi’ dan ‘Ummi’. Apakah panggilan ini dibolehkan atau diharamkan dalam islam.
Dalam bab ini, PU Azman pernah ditanya soalan berhubung hukum suami memanggil isteri dengan panggilan yang biasa dipanggil dengan mahram seperti ummi, ibu. Adakah ianya jatuh hukum zihar?.
Ini penjelasan PU Azman yang boleh dijadikan rujukan.
Menurutnya, Zihar ialah menyamakan mana-mana bahagian tubuh isteri dengan mana-mana bahagian tubuh wanita yang haram dikahwini oleh suami selama-lamanya seperti ibu kandung suami.
“Zihar ialah menyamakan punggung atau mana-mana bahagian tubuh isteri dengan punggung atau mana-mana bahagian tubuh wanita yang haram dikahwini oleh suami selama-lamanya seperti ibu kandung suami. Contoh suami cakap kat isteri, ‘punggung awak sama macam punggung mak saya’.
“Maka penyamaan ini dari sudut suami anggap haram isteri itu disetubuhi sebagaimana haram dia bersetubuh dengan ibu kandungnya. Zihar pada zaman jahiliyyah dianggap sebagai bentuk talak. Hukumnya haram dan berdosa besar.
“Tapi, hari ini kalau ada suami panggil isterinya mama, ibu, ummi atau yang sewaktu dengannya, adakah panggilan ini sama dengan hukum zihar?.
“Maka kena bandingkan hakikat zihar yang ada dalam syariat dengan budaya panggilan ini. Sebahagian ulama mengatakan makruh kerana bimbang sama macam zihar.

“Tapi sebahagian ulama lain mengatakan harus dan tak ada masalah sebab panggilan suami itu tak bermaksud menziharkan isteri kerana niat para suami ialah, panggilan kasih sayang.
Panggilan untuk mendidik anak-anak supaya panggil macam itu dekat mak mereka.
Panggilan yang bermaksudkan isteri itu adalah ibu kepada anak-anak suami, bukan ibu kepada suami,” tulisnya.
Kesimpulannya, suami boleh panggil isteri dengan panggilan di atas dengan syarat dan niat di atas dan tidak jatuh hukum zihar.
Malah, isteri juga boleh memanggil suami dengan panggilan ayah atau abi.
“Cik Man tak bahaskan tentang isteri panggil suami, sebab isteri tak pegang kuasa talak,” tulisnya di laman Instagram.
Kredit: Instagram PU Azman
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI