Bersedekah Antara Pahala Yang Mengalir Berterusan Selepas Kematian

Share

Bersedekah antara pahala yang mengalir berterusan selepas kematian. Amalan bersedekah yang amat dianjurkan Islam sememangnya akan mendapat ganjaran pahala yang besar.

Sedekah ialah pemberian semasa hidup kepada seseorang tanpa ada tukar ganti atas dasar semata-mata kerana mendekatkan diri kepada Allah.

Hukum bersedekah itu adalah sunat. Ketika melakukan amalan bersedekah, kita perlulah ikhlas kerana Allah bukan disebabkan sesuatu seperti kerana nama atau asal bersedekah sahaja.

Supaya perbuatan bersedekah itu tidak menjadi sia-sia dan sentiasa ‘mengalir’ ada sedekah-sedekah yang boleh dijadikan saham akhirat.

Artikel Berkaitan: 

‘Nak Sedekah, Jangan Bagi Saki-Baki.’ Dapat Gaji Terus Sedekah, Jangan Guna Dulu

Bersedekah Antara Pahala

Secara umumnya, amal jariah adalah cara untuk mendapatkan pahala yang berterusan dan pahala itu umpama sungai yang terus mengalir airnya tanpa henti yang mana air adalah sumber yang amat diperlukan oleh setiap orang di dunia ini. Ini dibuktikan dengan hadis yang amat terkenal dari Abu Hurairah yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga jenis perbuatan iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Yang Mengalir Berterusan

Berikut perkongsian Najmi Farisham tentang bagaimana untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berterusan melalui bersedekah.

Ada seseorang hantarkan nasihat ini di grup WhatsApp kami. Jadi aku terjemahkan ke bahasa Melayu mengikut kesesuaian masyarakat kita.

Selepas Kematian

Katanya ada ENAM cara untuk memastikan pahala sentiasa mengalir masuk walaupun setelah kita meninggal dunia nanti:

1. Wakafkan mushaf al-Quran di mana-mana surau, masjid, sekolah tahfiz dan agama.

2. Dermakan kerusi roda untuk kegunaan di rumah kebajikan atau rumah sakit.

3. Ambil bahagian dalam pembinaan masjid walaupun sekadar infak RM10.

4. Sediakan air mineral di tempat awam seperti taman, pantai dan lain-lain kawasan orang berkumpul. Mudah jika mereka dahaga, dapat melegakan kering tekak.

Di Arab Saudi, mereka mengagihkan air mineral ketika kereta berhenti di lampu isyarat. Letakkan di depan pintu masjid, kedai-kedai dan juga di jalanan.

5. Tanam pokok untuk kemudahan orang ramai mengambil manfaat daripadanya seperti berteduh dan memetik buah. Bahkan haiwan pun dapat merasa tempiasnya juga dengan membuat sarang di atasnya.

6. Anak yang soleh. Mereka atau ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang diberikan didikan yang baik dan berpengetahuan agama yang sering membuat kebaikan di dunia serta memperbanyakkan ibadat dan ibadah, yang sering beristighfar dan juga sering mendoakan kebaikan untuk kedua-dua ibu bapanya.

Dan yang paling senang lagi adalah, kongsi dan sebarkan kepada rakan kalian semua. Mereka baca dan amalkan hasil perkongsian kita. Mudah-mudahan dikira sebagai amalan baik oleh Tuhan yang Maha Berkuasa.

Kebaikan Bersedekah

Sebenarnya dengan bersedekah dapat membantu diri kita setelah kita meninggal dunia iaitu di alam kubur yang mana kita terhindar daripada panasnya keadaan kubur malah terasa lapang dan diberikan keistimewaan kerana berkatnya bersedekah ketika hidup di dunia.

Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya ; “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan haba panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya oranng mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya.” (Hadis Riwayat Al-Tabrani)

 

Walau bagaimanapun, harus diingat setiap sedekah yang ingin kita berikan haruslah dengan penuh keikhlasan bukannya atas sebab untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain atau mempunyai sebab-sebab tertentu. Jika tiada keikhlasan pastinya setiap sedekah anda itu hanyalah sia-sia malah mendapat dosa.

Islam menegah umatnya yang mempunyai sifat kedekut atau bakhil, terlalu mencintai nikmat dunia sehingga alpa asal usul dan juga tidak prihatin terhadap golongan-golongan yang memerlukan bantuan daripada kita. Jika anda salah seorang daripadanya, buangkanlah sifat-sifat yang tidak baik ini dengan segera kerana semuanya masih belum terlambat.

Baca Di Sini:

‘Gaji Masuk Banyak, Tapi Sentiasa Tak Cukup.’ Check Balik, Mesti Kita Kurang Memberi & Jarang Bersedekah

Kashoorga: Tidak kiralah kita miskin atau kaya, bersedekahlah ikut kemampuan. Bersedekah tidak hanya wang ringgit. 

Sumber: Najmi Farisham, ilmualam.com

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat