Bersedekah Ikut Kemampuan. ‘Tak Perlu Lebih-Lebih Kasihankan Orang, Sebaiknya Bantu Apa Yang Patut.’

Share

Bersedekah ikut kemampuan. ‘Tak perlu lebih-lebih kasihankan orang, sebaiknya bantu apa yang patut.’ Ini tidak perasaan sedih itu bukan main berlebihan, bantunya tidak.

Sebenarnya bersedekah ini tak perlu banyak, memadai ikut kemampuan kita. Jadikan rutin dan kebiasaan, insyallah lama-lama Allah permudahkan.

Artikel Berkaitan: Malaikat Kenal Orang Suka Bersedekah, Nama Selalu Disebut Penghuni Langit

Bersedekah Ikut Kemampuan

Semalam giliran saya ke pasar beli barang dapur. Waktu sampai ke kereta, ada satu apek tua datang dari arah belakang kereta.

“Mau beli bunga kantan ka?” Dia hulurkan satu pada saya.

Saya dah beli di pasar tadi sebenarnya, tapi nampak macam dia perlukan duit.

“Saya beli semualah”, kebetulah ada dua sahaja berbaki.

Tak Perlu Lebih-Lebih

Maka tiga ringgit bertukar tangan, dia berlalu sambil tolak motornya. Saya berbasa-basi sembang dengan apek ini.

Rasanya dia sedang susah.

Tayarnya pancit, saya maklumkan hujung sana ada kedai motor. Dia angguk-angguk tanda faham dan terima kasih.

Kasihankan Orang

Dari gayanya, kita nampak dia susah. Tapi dia tetap menjual bunga kantan dan tak mintak duit sesiapa.

Saya kagum juga dengan bangsa Cina ini, semangat mereka luar biasa.

Selesai susun barang dalam kereta, spray agar covid tak ikut balik. Saya nampak dia berdiri di kedai motor sambil tunggu motor tukar tayar agaknya.

Kemudian, saya singgah, kebetulan nak beli santan kedai sebelah. Saya masuk jumpa tauke kedai tayar, saya tanya berapa dan bantu selesaikan.

Cina itu terus jerit beritahu mekanik tayar sudah bayar. Tak mahal mana harga tayar belakang sebenarnya.

Baca Di Sini:

‘Niat Kongsi Duit Gaji Pertama Dengan Mak, Rupanya Tersalah Transfer’. Menangis, Bila Pemilik Akaun Suruh Sedekah!

Pemilik Burger Boy Meninggal, Diingati Ramai Kerana Suka Bersedekah. Katanya Allah Dah Bayarkan

Sebaiknya Bantu

Lepas dia tahu, terus dia angkat tangan macam nak sembah ucap terima kasih tanpa henti berulang kali.

Di tangannya banyak kepingan duit seringit dalam lipatan.
Kita malu-malu dan berlalu pergi.

Kawan kawan,
Saya bukan nak cerita pasal kebaikan, tetapi tindakan.
Kita selalu cakap, “Kesiannya tengok pakcik tu berniaga ya. Mesti susah dia ya”.

“Berapalah sangat dapat jual nasi lemak nie, sian makcik ni”.

Hidup kita adakala penuh dengan kesiankan orang, tapi kita tak bantu.
Sesekali, cuba kita sedekahkan dengan cara beli nasi lemak 50 bungkus. Bagilah pada sesiapa yang datang ke gerainya.

Selain kita bantu jualannya, orang datang akan bercerita “dia bagi makan percuma”.

Saya pernah dapat roti canai percuma di gerai sebab ada orang sedekah 50 biji buat mana-mana pelanggan pertama.

Apa Yang Patut

Sekarang bukan masanya kita kesiankan orang, tapi bertindak bantu mana yang mampu.

Besok, pakat dengan mana mana gerai. Sedekahlah makanan ikut jumlah kemampuan kita.

Tidak ada sesuatu pun yang pernah berhasil dengan baik, jika pelaksanaannya tidak dibantu dengan semangat yang kuat.

Azizul Azli Ahmad
Bantu Sekadar Mampu

Kashoorga : Berbuat baik ini tak perlu berlebihan, memadai mengikut kemampuan diri.

Sumber : Azizul Azli Ahmad

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat