Bersedia Lakukan IVF Lepas 8 Tahun Berkahwin, Wanita Ini Sebak Bila Doktor Maklum Rahimnya Perlu Dibuang

Share

Kehadiran anak paling ditunggu oleh ramai pasangan suami isteri selepas berkahwin. Anak dianggap penyeri  dalam  rumahtangga. Namun bukan semua memiliki rezeki anak kerana ada pasangan yang bertahun-tahun berkahwin tapi belum lagi disahkan mengandung.

Dalam satu perkongsian di Instagram @novyandi, wanita ini berkongsi momen sedih terpaksa dihadapinya bila mana keputusan dari doktor cukup mengejutkan serta membuatnya agak sebak.

Dirinya yang dilihat sudah bersedia melakukan keadah IVF atau bayi tabung uji apatah lagi sebelum ini sudah bermimpi mengandung selepas lapan tahun mendirikan rumahtangga dilihat membuka keputusan ujian dari doktor selepas menunggu dua bulan sebelum ini sambil suaminya merakam gerak gerinya.

Ternyata keputusan itu agak menyedihkan di mana bukan saja kaedah IVF itu tidak dapat dilakukan sebaliknya doktor mencadangkan agar rahimnya dibuang kerana bermasalah serta memungkinkan dirinya tidak boleh mengandung terus. Novyandi mengakui dia setiap kali datang haid, dirinya merasa nyeri dan sama sekali tidak menyangka haid yang tidak normal ni akhirnya membawa berita menyedihkan buat dirinya.

Dalam perkongsiannya, wanita ini berkongsi momen sedih ini sambil  banyak rakan-rakannya memberikan sokongan termasuk  dari suaminya sendiri yang sentiasa mencurahkan kasih sayang biarpun perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak.

Apa pun ujian melanda, semua kita redha dengan takdir Allah SWT. Anak hanya pengikat kasih sayang tapi banyak rumahtangga yang kekal bahagia hingga akhir hayat walau tidak punya zuriat.

Tahun ke 8 pernikahan

Tiba-tiba mahu posting ini kerana semalam dapat  anugerah dari Allah, dikasih bisa rasain meng’ASI’hi bayi dalam mimpi. Dan itu benar-benar kerasa kaya nyata, bahagia banget  Mudah2an bisa jadi nyata, dan kalopun takdir Allah berkata lain, semoga Allah memberikan anugerah itu kepada kami di akherat kelak.

Makasih banyak suamiku yg udah selalu kasih support apapun kondisi aku, menguatkan dan selalu menyayangi aku apa adanya, betapa Allah sudah kasih aku rezeki yg gak ternilai yaitu km @a_dewangga.. km selalu bilang “anak itu bukan satu2 nya kunci kebahagian kita hun, insyaa Allah aku gak apa2, kita jalanin ya” (remuk hati aku )

Semoga Allah rekatkan cinta kita karena cinta kepada Allah

Pengen share sm temen2 tentang penyakit yg aku alamin agar bisa jadi pembelajaran buat perempuan untuk aware banget mengenai reproduksi, terlebih yg suka nyeri waktu haid. Aku ngalamin ini dari SMA dan qadarallah berujung seperti ini. Tp aku bingung harus cerita drmn.. Insyaa Allah kl udh ada kekuatan buat ceritanya, aku sharing yaa. Sumber instagram @novyandi.

Published by
Almaswa Che Ros