Tidak ramai gadis yang sangup menerima “kekurangan” pasangan khususnya mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak sebelum berkahwin. Ini kerana media sosial sering memaparkan nak hidup bahagia, nak cantik, nak kereta mewah dan sebagainya perlu ada banyak duit kerana duit mampu membeli segala-galanya. Bahkan pasangan perlu ada pekerjaan tetap kerana itu dikatakan satu jaminan kehidupan.

Namun Allah taala sudah mengatur perjalanan hambanya termasuk mengatur rezeki mereka yang berkahwin di mana Allah mencukupkan rezeki keluarga andai kita tidak pernah putus asa mencarinya.

Banyak kita lihat, ada antara pasangan yang mulanya hidup ala kadar dan tidak mewah rezekinya di awal perkahwinan kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya di masa depan.

Allah SWT berfirman di dalam surah An Nur ayat ke 32 yang bermaksud :-

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Surah An Nur : Ayat 32).

Ads

Dalam satu perkongsian di Tik Tok atas nama @mizzatik, lelaki ini berkongsi susah senangnya selama lima tahun mencari rezeki selepas berkahwin dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuk berniaga tepi jalan, jadi pengawal keselamatan, sebagai penjaga setor dan lain lagi sebelum akhirnya mendapat kerja tetap di Jabatan Arkib Negara baru-baru ini.

Itulah kata orang, rezeki tidak pernah salah alamat. Hanya memerlukan masa sebelum tiba masanya. Dan masa yang sama, ia rezeki dari anak-anaknya.

Dalam satu perkongsian dari akaun  atas nama @mizzatik, lelaki ini mengakui dia berkahwin pada usia muda, 23 tahun. Kenal isteri pun hanya sebulan sebelum isteri kahwin.

Ads

“Masa tu tak fikir banyak, terus setuju. Dan ketika itu, saya belum ada kerja tetap dan kebetulan baru lepas kemalangan.

“Itulah kami mulakan dengan berniaga jual air tepi jalan selain selain sosej dan satay secara kecil-kecilan di awal-awal perkahwinan dulu. Lepas berhenti berniaga tepi jalan, dapat pula kerja sebagai sebagai penjaga setor pula.

“Tapi setahun saja kerja sebelum berhenti kerana ikut isteri menyambung pelajaran. Saat isteri belajar, saya tak duduk diam. Saya buat kerja sebagai tukang cuci tampung keperluan keluarga kerana tak ada kelulusan tinggi. Paling mencabar part sebagai tukang cuci bila perlu bersihkan tandas. Allahu tapi itulah kerja paling mulia iaitu menjaga kebersihan.

Ads

“Masa jadi tukang cuci, saya buat part time jadi pembantu technician. Bila isteri habis belajar, saya dapat kerja sebagai pengawal keselamatan pula.

“Dan Alhamdulillah, Allah dah tulis rezeki saya, isteri dan anak-anak. Saya dah lalui semua ujian dengan melakukan pelbagai pekerjaan biasa-biasa saja sebelum dapat kerja yang lebih baik dan tetap iaitu di di Jabatan Audit Negara bermula 1 Oktober lalu.

Katanya lagi, Allah mengatur rezeki kehidupan hambaNya dengan sebaik-baik. Pesannya juga jangan takut berkahwin muda walau pun ketika itu kita tak punya apa-apa kerana rezeki tak pernah salah alamat. Ia akan datang bila tiba masanya. Jangan risau jika pasangan kita tidak sesempurna yang kita lihat di media sosial tetapi itulah yang terbaik Allah aturkan untuk kita semua,” jelasnya yang kini berusia 27 tahun. Dan lebih penting lagi, sokongan isteri menjadi penguat semangatnya untuk mengharungi semua kehidupan susah sebelum ini sebelum sampai ke tahap sekarang,” katanya lagi. Sumber : Tik Tok @mizzatik

https://www.tiktok.com/@mizzatik/video/7020441745410297114?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI