Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah.” Penyanyi Youtube, Tasha Manshahar cukup bertuah kerana suaminya, Raqib Majid telah ‘mengalunkan’ bacaan Al-Fatihah sebagai salah satu mahar untuk dirinya.
Raqib Majid:
Antara maharku buatmu @tashamanshahar . Sudah lama ku simpan hasrat untuk menghadiahkan bacaan surah Agung ini utk isteriku. tapi bacaanku td biasa2 saja. tiada yg istimewa. Perasaan berdebar, resah kerana bakal menggalas tanggungjawab baru. Aku membaca tanda syukurku pada DIA menyatukan kita
Kalimat2 inilah yang membesarkan aku & keluarga. Semoga kita terus mencintai Al-Quran sampai syurga
Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Raqib dan Tasha berlangsung pada 8 September, di Masjid Jamek, Kajang itu diadakan secara sederhana dan tertutup. Raqib dan Tasha telah dinikahkan oleh bapa Tasha sendiri, iaitu Mohd Manshahar.
Mas kahwin RM300 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Raqib turut menyerahkan sebentuk cincin dan seutas gelang kepada Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Manshahar. Namun alunan bacaan Surah Al-Fatihah sebagai salah satu mahar buat Tasha antara yang menarik perhatian ramai.
Dalam riwayat Abu Daud dengan lafaz, “Sebaik-baik nikah adalah yang paling mudah.” Ini menunjukkan bahawa bahawa mahar yang paling bagus dan menjadi mahar terbaik adalah mahar yang paling mudah untuk dipenuhi. Inilah yang perlu dipersiapkan oleh calon suami, hendaklah pihak wanita mudah menerima hal ini. Kalau maharnya itu serba sulit dan memberatkan, itu menyalahi apa yang disarankan oleh Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.
Mudahnya mahar memiliki manfaat yang begitu besar:
1. Mengikuti sunnah (ajaran) Nabi SAW.
2. Memudahkan para pemuda untuk berkahwin.
3. Mudahnya mahar akan menyebabkan cinta dan kukuhnya kasih sayang.
Sumber: Tasha Manshahar