Allah Al Barik, Allah Maha Perancang yang hebat. Sesungguhnya setiap kejadian yang terjadi ada hikmah yang perlu kita sebagai manusia pelajarinya. Ambil dari mata hati dan jadikan panduan dalam hidup.
Dikongsikan dari ceramah Ustaz Mazlan Ibrahim mengenai kisah seorang individu istimewa berasal dari negara seberang yang baru dua hari dilantik menjadi imam namun ajalnya tiba saat baru memberi salam pertama. Memandangkan jenazah orang luar yang tidak mempunyai dokumen, jadi jenazahnya perlu disimpan di bilik mayat sebelum selesai urusan dokumentasi. Apa yang membuat Ustaz ini menangis, selepas 6o hari disimpan di bilik jenazah dan saat mahu dimandikan, jenazah imam ini masih segar dan dahinya berpeluh, seolah-olah tidak beku walau dimasukkan ke peti beku. Kisah istimewa ini dikongsi di akaun Tik Toknya @mazlanibrahim22, ia boleh dijadikan iktibar kepada kita semua.
Begini perkongsian dari Ustaz Mazlan Ibrahim.
Saya nak kongsi satu cerita yang sangat menarik dengan tuan-tuan yang dirahmati Allah. Bawa balik dan kongsikan dengan keluarga, sedikit sebanyak menaikkan semangat nak beribadah buat kita semua.
Satu hari tuan-tuan dirahmati Allah, saya dipanggil untuk uruskan satu jenazah. Waktu itu, petang dalam sekitar jam 5 lebih. Saya bergegas ke hospital. Sesampai di hospital ada teman memaklumkan, Ustaz orang yang meninggal ini, jenazah belum sampai. Insya Allah dalam masa terdekat lagi akan sampai.
Sementara menunggu itu, Ustaz dimaklumkan si si mati meninggal ketika baru selesai jadi imam solat Asar. Arwah baru sempat bagi salam yang pertama dan kemudian terus rebah. Jatuh atas sejadah imam dan tengah jadi imam. Allahuakbar.
Mendengar ceritanya, saya jadi tertarik. Saya ternanti-nantikan orang yang baik ini. Sampai saja tuan-tuan, saya terus tengok dia. Wajahnya dalam keadaan yang baik. Pihak forensik hospital terus bawa masuk jenazah ke bilik bedah siasat. Saya terus pergi ke bilik mandi jenazah. Ambil kain nak potong dan sediakan kain kafan untuknya.
Seorang kawan saya suruh sabar. Kawan saya nanti dulu Ustaz. Kita tak boleh nak uruskan dia hari ini.
Waktu tu saya tergamam. Orang yang mati hebat, mati mulia tak boleh diuruskan. Saya tanya kenapa. Kawan saya beritahu si mati tiada sebarang dokumen pengenalan diri. Tiada siapa ahli keluarganya yang datang buat sebarang tuntutan jenazah. Kita takt ahu nak hantar ke mana. Jadi terpaksa disimpan terlebih dahulu.
Jenazah akhirnya perlu disimpan sampai 60 hari, sedihnya hati
Simpan punya simpan, waktu tu hati saya dah gundah gulana. Sedih pun ada. Masuk dalam peti beku nie tuan puan, tak perlu tunggu 60 hari, 6 jam pun dah beku. Beza peti beku rumah kita dengan peti beku hospital sebab pihak hospital kena pastikan mayat tak berbau busuk. Sebab itu kita kena bekukan mayat-mayat. Ini kerana manusia bila dah mati, baunya sebusuk-busuk bangkai. Sebab tu, kalau manusia dah jadi bangkai tak boleh tahan.
Saya waktu tu terpaksalah merelakan. Tuan-tuan kena faham bab pengurusan jenazah ini. Kala tak ada kad pengenalan, payah nak dpt lubang kubur di Lembah Klang. Lembah Klang nie limited tuan-tuan. Nak dpt lubang golf senang. Nie realiti.
Saya trpaksalah dengan hati lara, hati sedih sebab masukkan si mati dalam bilik simpanan mayat. Saya tunggu sehari, saya tunggu dua hari, saya tnggu tiga hari tapi kisah jenazah ini tiada sebarang perkembangan. Masa terus berlalu tak ada sebarang cerita. Daripada seminggu, naik ke sebulan. Pun tak ada sebarang cerita. Dari sebulan naik ke dua bulan,
Kawan bocorkan rahsia, setiap malam arwah solat sunat Tasbih dan sangat bercita-cita jadi imam
Tuan-tuan dirahmati Allah. Selepas 60 hari, saya dihubungi oleh seorang sahabat.
Ustaz, ustaz ingat tak jenazah tempoh hari. Kita dah dapat pengesahan. Kta dah ada keluarga yang datang tuntut jenazahnya. Kita dah ada dokumen semua. Ustaz boleh datang kalau nak urus jenazah. Kalau Ustaz tak kelapangan, kita suruh orang lain.
Saya kata tak apalah, saya uruskan. Sebab saya dah mulakan hari tu, saya nak tengok pengakhiran dia bagaimana. Saya pun bergegas ke hospital. Masa bawa kereta tu, tiba-tiba saya terfikir, bagaimana agaknya rupa si mati. Maklumlah tuan-tuan dah beku lama. Macam tuan-tuan beli ikan, ikan simpan dalam peti ais. Lebih 60 hari. Ikan jadi apa tuan-tuan? ikan jadi lebam. Memang dah tak cantik dah rupa ikan. Tuan-tuan tengok bila ikan dah lebam, tuan-tuan tak lalu nak makan, tuan-tuan campak bagi kucing.
Kalau gamak kucing leh bercakap, dia akan tanya balik qoo. Ini ikan kembung ke?
Sesampai saya di perkarangan bilik mayat tu memang ramailah. Dengan pegawai dari jabatan agama islamnya, pegawai pihak berkuasa (PBT). Memang ramai. Ada seorang pegawai polis. Datang jumpa saya. Dia sambut saya.
Dia cakap, Ustaz kita bagi penghormatan kat Ustaz bukak jenazah. Saya melangkah ke bilik jenazah. Saya tarik peti beku tu, saya bawa keluar. Tapi sebelum tu, saya duk fikir macam-macam dalam kepala nie tuan-tuan. Serabut macam-macam sebab nak tahu keadaan arwah bagaimana Tapi bila saya buka saja plastik yang menutupi si mati ini, waktu itu saya menitiskan air mata. Saya terkejut dan saya tergamam.
Si mati bukan saja tak beku tuan-tuan tapi badan dia panas dan wajahnya berpeluh. 60 hari disimpan di peti beku, tubuhnya masih lagi panas. Wajah berpeluh. Allahurabbi.
Siapakah insan yang sangat istimewa ini tuan-tuan yang dirahmati Allah
Siapakah dia tuan-tuan. Bila ditanya kepada sahabat-sahabat, ramai yang menggelang kepala. Kata seorang kenalan, Ustaz tanyalah seorang tu. Kawan tu rapat dengan dia Ustaz, katanya. Tapi saya tak sempat tanya pun sebab saya nak uruskan jenazah ini terlebih dahulu.
Saya mandikan, saya pun kafankan. Kemudian saya beri kehormatan kepada kawan-kawan yang nak cium arwah buat kali terakhir sebelum saya ikat. Sebelum saya keluar seketika.
Tengah-tengah saya beri peluang, tiba-tiba saya dengar orang menjerit.
SubhanaAlllah. Allah. Macam-macam bunyi. Saya kata, ahh sudah, nie Syiah ke apa nie jerit-jerit tengak mayat.
Saya pun lari patah balik tuan-tuan. Saya tanya kenapa bising ini. Dia kata, Ustaz tengok tu Ustaz. Di dahi si mati keluar tanda kemerah-merahan.
Nak tahu apa yang keluar di dahi arwah? Satu perkataan yang kita kenali sebagai kalimah Tauhid iaitu Alif Lam Lam Ha. ALLAH.
Saya menangis sekali lagi. Saya peluk si mati sambil bercakap sendiri, siapakah dirimu wahai sahabat?
Saya cium dahinya berkali-kali. Saya kemudian bertanya pada seorang sahabat yang dekat dengan diri arwah. Saya kata kenal ke dengan si mati. Dia kata kenal Ustaz. Jadia sahabatnya ceritanya tentang amal kebaikan si mati.
Katanya, ketika umurnya 11 tahun arwah dah jadi anak yatim piatu. Mak ayah meninggal.
Tak ada ahli keluarga yang lain. Jadi pondok ambil dia jadikan sebagai anak angkat pondok. Sayalah yang jadi kawan dia dari mula masuk sampai ke hari ini. Dia datang ke Malaysia nie Ustaz, sebab nak cari kerja peluang sebagai imam.
Dia baru dua hari jadi imam di tempat tersebut. Kami pun tak tahu sebab kami dalam satu jemaah datang ke sini. Tujuan kami nak datang berdakwah. Tiba-tiba dia tak nak balik sebab dia nak jadi imam. Dia ditawarkan jadi imam.
Jadi Ustaz, sejak saya kenal dia dari umur 11 tahun, dia nie susah dan sukar nak tinggalkan solat malam. Dan malam yang menjadi rutinnya ialah solat sunat tasbih. Allahukbar. Bila saya dengar tuan-tuan lagi saya menitis air mata. Mulianya hati dia, mulianya dirinya tuan-tuan jadikan solat sunat tasbih sebagai amalan. Itulah amalan arwah hingga di akhir hayatnya Allah muliakan dirinya. Waallaualam..
https://www.tiktok.com/@mazlanibrahim22/video/7014618456419061018?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI