Betapa Allah Jaga Aib Wanita, Rambut Yang Dipotong Tetap Dianggap Aurat

Share

Semua sedia maklum, aurat wanita baligh perlu sentiasa dijaga rapi daripada pandangan ajnabi atau lelaki bukan mahramnya.

Memelihara aurat kecuali wajah dan telapak tangan wanita merupakan arahan Allah. Enggan menutup aurat bermakna wanita itu ingkar mendengar perintah Allah.

Bertambah malang apabila wanita itu rajin melaksanakan ibadah wajib lain seperti solat dan berpuasa Ramadhan, namun tidak pula mahu menutup aurat.

Jika ada kalangan saudara atau rakan terdekat anda begitu, nasihatilah dia segera. Sekurang-kurangnya kita sudah laksanakan tanggungjawab.

Artikel berkaitan:Haram Hukum Warnakan Rambut & Kuku. Tapi Bagaimana Nak Uruskan Jenazah Bila Meninggal Dunia, Ini Penjelasan Ustaz!

Artikel berkaitan:Rambut Terkeluar Ketika Solat, Hukumnya Kena Ulang Semula Atau Tak? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

Bagi yang menutup aurat, ada satu perkara yang mungkin sebahagian muslimah juga tertanya, jika rambut itu sudah dipotong atau gugur sendiri, adakah ia masih dianggap aurat?

Menurut para ulama, rambut perempuan yang dipotong atau gugur hukumnya tetap dinilai sebagai aurat. Disebabkan itu, maka rambut tersebut harus disimpan dengan baik atau ditanam ke dalam tanah agar tidak terlihat oleh lelaki bukan mahram.

Dalam kitab-kitab terdapat sebuah kaedah yang berkaitan dengan masalah ini, iaitu setiap sesuatu yang haram dilihat ketika masih menyatu dalam tubuh, maka ia juga haram dilihat ketika sudah terpisah.

Awal lagi kita sudah maklum, rambut muslimah termasuk aurat yang haram dilihat ketika masih menyatu dengan orangnya, maka ia juga haram dilihat ketika sudah terpisah, baik kerana dipotong, gugur atau lainnya.

Hal ini sebagaimana disebutkan oleh Syaikh Abu Bakar Syatha dalam kitab I’anatut Thalibin berikut;

وكل جزء حرم نظره حال كون ذلك الجزء المنظور إليه متصلا حرم النظر إليه حال كونه منفصلا

Setiap bahagian yang haram dilihat ketika bahagian tersebut masih menyatu, maka haram dilihat juga ketika bahagian tersebut sudah terpisah.

Dalam kitab Hasyiah Al-Bujairimi ‘ala Al-Khatib disebutkan bahawa suami yang sudah bercerai dengan isterinya, diharamkan melihat rambut yang telah digunting atau terpisah dari isterinya walaupun rambut itu dipotong sebelum mereka bercerai.

Hal ini terpakai kerana perempuan tersebut sudah menjadi orang lain lagi. Ini menunjukkan bahwa menurut para ulama, rambut perempuan yang terpisah tetap dihukumi sebagai aurat sehingga tidak boleh dilihat atau terlihat oleh lawan jenis, meskipun itu bekas suaminya.

Kashoorga: Betapa Allah menjaga kehormatan muslimah sehingga rambut yang sudah terpisah dari kepala tuannya pun masih perlu dijaga dan diurus dengan baik agar tidak dapat dilihat lelaki bukan mahram.

Kalau ke salun rambut, bawalah pulang rambut yang telah diptong dan uruskan sebagaimana layaknya.

Kredit:bincangsyariah

Published by
Emma Masri