Hari demi hari menyaksikan golongan ternama menjadi sasaran netizen kerana isu double standard. Ia semakin panas kerana sudah ramai anak perantau tidak dapat balik menemui ibu bapa jauh di kampung tetapi masa yang sama, ada golongan yang begitu mudah dapat balik serta mengadakan pelbagai majlis tanpa mempedulikan SOP dan kemudian memuat naik di media sosial masing-masing

Hal ini mendapat perhatian dari Prof Dr Ustaz Ridhuan Tee yang menulis di fbnya berkaitan isu pahala berganda melibatkan seorang selebriti untuk kefahaman kita bersama.

Betul ker dapat kumpul pahala berganda-ganda 10 malam terakhir kerana masalah yang dicipta sendiri?

Teruja berita pandangan seorang artis mengenai majlis yang dicipta sendiri, apabila menjadi viral dan menimbulkan masalah, sedap dia berkata, pahala dapat berganda-ganda disebabkan dugaan majlis tersebut.

Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda ini? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut.

Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda-ganda, menggunakan nama ustaz.

IKLAN

Budaya seperti ini perlu dihentikan. Memetik nama agamawan untuk cover diri ini tidak berapa molek.

Konteks dan teks berbeza.

Dugaan yang dicipta sendiri, berbeza dengan dugaan sebenar. Hanya Tuhan yang tahu. Orang beranak juga, tetapi tidak seriuh ini.

Saya bersependapat dengan Mufti Perlis, yang dalam kiasnya, soal keutamaan, antara menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis.

IKLAN

Dalam Islam, kena fahami fiqh awlawiyyat atau fiqh memahami keutamaan, sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.

Contohnya, antara perkara sunat dengan perkara wajib. Mana perlu diutamakan. Begitu juga antara majlis sunat dengan majlis sunat. Sunat mana yang perlu diutamakan.

Contoh lain, antara majlis aqiqah artis dengan jemputan ibu bapa sendiri. Kedua-dua perlu diberikan perhatian, mana perlu diutamakan, sudah tentu majlis ibu bapa sendiri lebih diutamakan, berbanding jemputan lain.

IKLAN

Sama juga isu nak menghadiri majlis undangan ketika PKP, antara memenuhi jemputan atau tidak. Jika banyak yang memudaratkan maka, boleh sahaja tidak hadir.

Bayangkan dengan kehadiran sedemikian boleh memberikan mudarat kepada orang lain. Siapa yang akan dipersalahkan nanti? Sudah takdirkan?

Ingatan saya, hentikan budaya mencari publisiti ini. Tidak semua perkara perlu diberitahu kepada khalayak. Bila timbul masalah, jawapan simplistik, dugaan, pahala berganda-ganda dapat. Siapa yang kata? Siapa yang dirujuk?