Bila disebut alkohol, secara automatik kita mentakrifkannya sebagai haram. Ini kerana kita diajar bahawa semua alkohol itu  digunakan dalam pembuatan arak. Namun dalam satu perkongsian fb di Bahagian Hab Halal, JAKIM dipetik dari sumber Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menjelaskan perbezaan antara alkohol dan arak perlu kita fahami. Malah ada alkohol khususnya di bawah 1 peratus yang terdapat dalam pembuatan minuman ringan dibolehkan (harus) di minum.

Apakah yang perlu kita tahu?

Adakah alkohol itu arak?

Setiap minuman arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol adalah arak. Hukum bagi alkohol yang diperoleh dari proses pembuatan arak adalah haram dan najis.

Adakah ianya memudharatkan?

Alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi HARAM diminum dalam bentuk asli kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

Berapakah kadar alkohol yang dibenarkan dalam minuman ringan?

Minuman ringan yang diproses bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah 1 % adalah harus (boleh) diminum.

IKLAN

Apakah hukum minuman yang disuling alkoholnya dari proses pembuatan arak?

Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah HARAM diminum.

Beza Alkohol & Arak Kena Tahu! Ada Alkohol Boleh Diminum Atau Makan Seperti Diputuskan Muzakarah Majlis Fatwa KebangsaanApakah hukum sekiranya alkohol terjadi secara sampingan sewaktu pemprosesan dijalankan?

IKLAN

Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semua jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan atau diminum.

Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk menggunakan alkohol sebagai penstabil makanan?

Makanan atau minuman yang mempunyai bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5 %.

Apakah pula hukum alkohol yang terdapat pada ubat-ubatan dan minyak wangi?

IKLAN

Ubat-ubatan dan minyak wangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses membuat arak.

Sumber:- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Ikuti info-info Halal Malaysia di Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

http://bit.ly/FBHABHALAL
www.halal.gov.my

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI