Hari ini, ramai menutup aurat tapi telanjang. Telanjang yang dimaksudkan ialah mereka memakai pakaian tapi agak ketat dan mengikut bentuk tubuh. Berpakaian tapi seperti mendedahkan lengan, betis, kaki dan anggota tubuh lain.
Dalam satu soal jawab bersama bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri yang kini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dirinya menjawab pertanyaan apakah hukumnya di sisi Islam bagi orang perempuan berpakaian menampakkan bentuk tubuh dan apakah hukumnya bagi orang yang sengaja melihat aurat orang?
JAWAPAN
Dalam menjawap persoalan ini, saya kemukakan beberapa noktah:
Menampakkan tubuh dengan berpakaian seperti itu tidak dibolehkan dalam Islam kerana melanggar adab berpakaian yang yang sepatutnya longgar bagi perempuan. Melihat aurat orang lain secara sengaja hukumnya adalah berdosa dengan nas al-Quran dan hadis. Mengikut pendapat yang rajah dan sahih suara perempuan bukanlah aurat. Ia hanya dikira sebagai aurat jika suara berkenaan digunakan untuk perkara yang boleh menarik perhatian kaum lelaki.
Kami menukilkan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal Wa al-Haram Fi al-Islam berkenaan dengan ciri pakaian yang sepatutnya dipakai oleh wanita, antara lain katanya:
Pakaian wanita muslimah hendaklah bersopan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. Manakala pakaian ala Islam ialah kesemua pakaian yang terkumpul padanya sifat-sifat ini:
Pakaian itu hendaklah menutup aurat semua badan wanita kecuali apa yang dibolehkan oleh al-Quran dan anggotanya yang ternampak yang menurut qaul yang diberatkan, iaitu wajah dan kedua tapak tangan sahaja.
Pakaian itu bukan dari jenis yang jarang, sehingga dapat menampakkan apa yang di belakangnya kerana Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis atau yang menampakkan susuk badan), yang berjalan dengan berlenggang lenggok (seperti perjalanan seorang pelacur), yang kepalanya terhuyung-hayang laksana kelana unta yang bergoyang-goyang, wanita-wanita itu tidak akan memasuki syurga, sedangkan bau syurga itu akan tercium dalam jarak sekian dan sekian.”
Ini kerana pakaian wanita itu tidak berfungsi menutup tubuhnya kerana terlalu nipis sehingga ternampak badannya yang berkeadaan seperti dia tidak berpakaian sama sekali. Satu peristiwa datang serombongan kaum wanita dari suku Bani Tamim untuk menziarahi Saidatina Aisyah RA dengan berpakaian nipis, maka Saidatina Aisyah RA secara terang-terangan berkata kepada mereka: “Jika kamu sekalian dari wanita mukmin iaitu beriman dengan sebebar-benar iman, maka pakaian-pakaian yang kamu pakai ini bukanlah dari pakaian orang yang beriman.”
Dalam peristiwa lain, datang beberapa orang wanita membawa seorang pengantin perempuan yang memakai tudung yang nipis, sehingga kelihatan perhiasan kepalanya, maka Saidatina Aisyah RA berkata: “Wanita yang memakai seperti ini, ialah wanita yang tidak beriman.”
Ads
Pakaian itu tidak terlalu sempit sehingga melekat pada semua anggota badan, dan kerana itu ternampaklah susuk badan wanita itu, meskipun pakaian itu tidak nipis seperti pakaian moden masa kini. Maka pemakai pakaian seperti ini tidak terlepas dari maksud hadis di atas sebagai wanita-wanita yang separuh bogel bahkan pakaian seperti ini tidak terlepas dari maksud hadis di atas sebagai wanita-wanita yang separuh bogel bahkan pakaian seperti ini lebih mudah memberifitnah kepada pemakaianya.
Pakaian itu bukan dibuat khusus untuk kaum lelaki seperti pakaian pantelon atau seluar ketat dan sebagainya yang sudah terkenal pada masa kini, kerana Rasulullah SAW pernah melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki sebagaimana Baginda melaknat lelaki yang menyerupai wanita. Demikian Baginda melarang wanita memakai pakaian lelaki dan lelaki memakai pakaian wanita.
Jangan sampai pakaian itu sudah terkenal sebagai pakaian orang-orang kafir dari kaum Yahudi, kaum Nasrani dan kaum Wathani penyembah api dan berhala kerana keinginan hendak meniru atau menyerupai orang-orang ini sangat dilarang oleh Islam yang mahukan lelaki dan wanitanya berlainan dari mereka dan bebas dalam bentuk dan rupa. Kerana itulah Islam memerintahkan kita supaya bersikap berbeza daripada orang-orang kafir itu dalam banyak hal yang mana disimpulkan oleh Rasulullah SAW:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka samalah dia seperti mereka.” Riwayat Ahmad, Abu Daud (4031) dan al-Tabarani (8/179)
Wanita muslimah hendaklah bersopan santun dalam perjalanannya dan dalam bicaranya menjauhi minat orang dalam segala gerak geri badannya dan penonjolan wajahnya kerana sikapnya bergaya dan menggoda itu adalah tabiat perempuan lacur dan bukan dari tingkah laku wanita muslimah. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (sentiasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu). (Surah al-Ahzab: 32)
Jangan sekali-kali wanita muslimah itu sengaja menarik perhatian lelaki kepada apa yang disembunyikan dari perhiasan dirinya dengan memakai wangian macam mana sekalipun atau memakai benda-benda yang berbunyi dalam rentak langkah kakinya atau seumpamanya. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. (Surah al-Nur: 31) Pada zaman jahiliah, apabila seseorang wanita itu berjalan dengan menghentak-hentak kaki supaya menarik perhatian orang ramai agar mereka memperdengarkan gelang kakinya, maka perbuatan seperti itu boleh menghidupkan khayalan lelaki yang menyimpan gelora nafsu syahwat yang jahat terhadap wanita itu. Perbuatan seperti itu menunjukkan bahawa wanita itu menyimpan niat buruk untuk menarik dan minat golongan lelaki terhadapnya.
Ads
Dalam maksud ini juga, dari segi hukumnya apabila seorang wanita memakai wangian dan bau-bauan yang mengharumkan sesiapa sahaja yang menghidunya untuk membangkitkan nafsu dan menarik perhatian lelaki kepadanya. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila seseorang wanita itu memakai wangian, lalu dia melintas tempat perkumpulan (lelaki), maka dia begini dan begini..” Riwayat Abu Daud (4713)
Maksudnya: “Setiap mata melakukan zina. Apabila wanita memakai wangian, lalu dia melintasi tempat duduk sekumpulan orang lelaki supaya mereka tercium baunya, maka dia samalah seperti wanita pelacur.”Riwayat al-Tirmizi (2786)
Ads
Kesimpulannya, kita tahu bahawa islam tidak memaksa kaum wanita supaya duduk di dalam rumah sahaja dan tidak keluar dari rumahnya melainkan kubur, sebagaimana yang didakwakan oleh sesetengah orang.
Bahkan wanita Islam membenarkan wanita keluar untuk menunaikan solat, mencari ilmu serta memenuhi keperluan dirinya serta kepentingan agama dan dunianya dibolehkan. Sebagaimana contoh, yang dilakukan oleh isteri-isteri para sahabat dan generasi yang akan datang selepas mereka dikira dari sebaik-baik zaman. Di antara mereka, ada yang keluar untuk menyertai kaum lelaki dalam peperangan dalam penaklukan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW sendiri berterusan kepada zaman para khalifah yang empat dan pemimpin-pemimpin Islam yang lain. Rasulullah SAW bersabda kepada isterinya Saudah RA:
قَدْ أَذِنَ الله لَكُنَّ أَنْ تَخْرُجْنَ لَحِوَائِجِكُنَّ
Maksudnya: “Sebenarnya Allah telah membenarkan kamu (kaum wanita) keluar untuk memenuhi urusan-urusan kamu.” Riwayat al-Bukhari (5237)
Adanya aplikasi al Quran di dalam telefon pintar ia memberi banyak kemudahan untuk umat Islam membacanya pada bila-bila masa dan di mana saja tanpa perlu membawa mushaf.
Namun timbul pula persoalan adalah pahala membaca al Quran melalui telefon bimbit ini sama dengan membaca menggunakan mushaf?
Menurut pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, sama ada kita baca al Quran itu pada telefon bimbit, pada skrin komputer atau pada mushaf, pahalanya adalah sama.
Namun membaca al-Quran menggunakan mushaf itu adalah lebih afdal.
“Fatwa ulamak mengatakan pahalanya adalah sama cuma hukumnya berbeza.
“Ulamak sepakat dalam empat mazhab kita tidak boleh menyentuh mushaf sekiranya berhadas. Bagaimanapun jika menggunakan aplikasi al Quran dalam telefon bimbit terdapat khilaf ulamak. Sesetengah ulamak mengatakan boleh menyentuh ayat Quran di dalam aplikasi dan sesetengah ulamak menyatakan tidak boleh.
“Namun begitu jika ada mushaf dan ada handphone, dan kita membaca al-Quran dengan handhphone hukumnya harus. Jika kita memilih membaca mushaf sedangkan ada handphone hukumnya lebih afdal,” demikian penerangan beliau satu sesi kuliah.
Dalam pada itu menurut Datuk Dr Zulkifli Muhammad Al Bakri, mantan Menteri Hal Ehwal Agama dalam membaca al-Quran yang lebih utama adalah dengan melakukannya dengan kekhusyukan dan tadabbur.
“Jika seseorang itu boleh menambah kekhusukan dengan membaca al Quran melalui hafazan, maka inilah yang lebih utama. Jika seseorang itu boleh menambah kekhusukannya adalah dengan membaca al-Quran melalui mushaf atau dengan smartphone maka itulah yang lebih utama,” jelasnya
Sebagai kesimpulan katanya jika membaca al-Qur’an melalui smartphone lebih mendatangkan kekhusyukan dan tadabbur, maka ia tidak akan mengurangi pahala seseorang itu daripada membaca dengan melihat mushaf. Yang paling utama adalah dengan menghadirkan hati dan merasakan manfaatnya daripada al-Qur’an.
Sengaja lewatkan solat isyak untuk lakukan solat tahajud & qiamullail, ini hukumnya. Setengah orang selesa melewatkan solat Isyak kerana dalam masa yang sama ingin menunaikan solat tahajud.
Namun adakah kita dibenarkan untuk melewatkan waktu solat Isyak semata-mata untuk bangun tahajud serta berqiyam. Ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini:
Soalan:
Apakah hukum melewatkan waktu isyak untuk melakukan qiamullail ?
Jawapan:
Kami sebutkan di sini berkenaan tempoh masa bermula dan berakhirnya waktu isyak sebagaimana yang telah dibincangkan oleh para fuqaha.
Waktu Bermula Solat Isyak
Menurut pendapat muktamad di dalam mazhab Imam al-Syafie, waktu bermulanya isyak adalah ketika hilangnya (tidak kelihatan) jalur merah di atas ufuk langit. Iaitu ketika tamatnya waktu solat maghrib. Lihat Al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie, al-Zuhaili (1/167).
Pendapat ini adalah berdasarkan beberapa riwayat daripada Nabi S.A.W. Berikut kami nyatakan beberapa riwayat yang berkaitan dengan isu ini.
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas R.anhuma Rasulullah S.A.W bersabda:
وَصَلَّى بِيَ الْعِشَاءَ حِينَ غَابَ الشَّفَقُ
Maksudnya: Dan Jibril A.S. solat isya’ bersamaku ketika mana hilangnya garisan merah di ufuk.
Riwayat Abu Daud (393)
Di dalam riwayat yang sama, Nabi S.A.W bersabda:
وَصَلَّى بِيَ الْعِشَاءَ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ
Maksudnya: Dan dia (Jibril) solat isya’ bersamaku sehingga satu pertiga malam.
Riwayat Abu Daud (393)
Sengaja Lewatkan Solat Isyak
Berdasarkan beberapa hadis di atas, jelas bahawa Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa waktu bermulanya solat isyak adalah ketika mana hilangnya garisan merah di atas langit.
Waktu Berakhir Solat Isyak
Dalam hal ini, para ulama berbeza pendapat kepada tiga pandangan. Ianya seperti berikut:
Ketiga: Solat isyak tamat sehingga terbit fajar sadiq. Rujuk Sahih Fiqh al-Sunnah (1/215).
Pendapat yang muktamad di dalam mazhab al-Syafie menyatakan:
Tamatnya waktu isyak ialah apabila terbitnya fajar sadiq. Adapun waktu ikhtiyar (terbaik; terpilih) untuk menunaikan solat isyak ialah sehingga sepertiga malam, dalam pendapat lain, sehingga pertengahan malam. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W:
Maksudnya: Sekiranya aku tidak risau akan memberatkan umatku, nescaya aku akan perintahkan mereka untuk melewatkan isyak sehingga satu pertiga malam atau separuh malam.
Riwayat Al-Tirmizi (167)
Kemudian waktu jawaz (dibolehkan solat) berlangsung sehingga sebelum waktu subuh. Ada juga sebahagian ulama yang berkata makruh melewatkan solat Isyak melepasi separuh malam kerana keluar daripada khilaf. Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/167).
Pengertian Qiyamullail Atau Tahajjud
Para ulama mengatakan bahawa tahajjud adalah perbuatan berjaga malam dan meninggalkan tidur. Maka ia bererti, solat yang dilakukan pada waktu malam selepas daripada tidur.
Atau dalam erti kata lain ia adalah Qiamullail (mendirikan malam). Diletakkan juga penamaan qiyamullail itu pada solat yang dilakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Dari segi istilah, tahajud bererti: Solat sunat pada waktu malam setelah daripada tidur. Lihat Al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie, al-Zuhaili (1/387).
Kami berpandangan, sekiranya dilewatkan solat isyak dengan sebab pembelajaran, atau sekiranya solat tersebut dilewatkan kerana menjangkakan kehadiran jemaah yang lebih ramai maka dibolehkan untuk melakukan hal tersebut.
Sebaliknya, jika tiada sebarang keperluan untuk dilewatkan solat, serta didapati jemaah telah berhimpun di masjid atau surau pada awal waktu solat, maka itu lebih utama berdasarkan keumuman sabda Nabi S.A.W kepada Abu Zar R.A:
Bagaimanakah akan kamu lakukan sekiranya kamu berada bersama-sama kaum yang melewatkan solat dari waktunya ? Lalu Abu Zar berkata: Apa yang kau perintahkan (wahai Rasulullah) ? Jawab Rasulullah S.A.W: Solatlah kamu pada waktunya.
Riwayat Muslim (648)
Juga berdasarkan sabda baginda S.A.W dalam menjawab persoalan Abdullah bin Mas’ud R.A:
Maksudnya: Amalan apakah yang paling Allah sukai ? Jawab Nabi S.A.W: Solat pada awal waktunya.
Riwayat al-Bukhari (527)
Untuk Lakukan Solat Tahajud & Qiamullail, Ini Hukumnya
Akhir kalam, dalam hal ini kami berpendapat bahawa lakukanlah solat isyak secara berjemaah. Ini kerana perbuatan tersebut juga dianggap sebagai qiyamullail serta diberikan ganjaran sesiapa yang solat bersama imam sehingga imam selesai maka dituliskan ganjaran untuknya pahala qiyam sepanjang malam.
Jangan juga pandang rendah jika hanya mampu laksana DUA rakaat Tahajud sahaja, asalkan konsisten kerana ibadah yang konsisten lebih dicintai Allah swt berbanding yang banyak tetapi terputus.
Tahajud dua rakaat yang tidak melahirkan bongkak dan ujub jauh lebih mulia dari berbelas rakaat tetapi ujub, bongkak dan memandang rendah ibadah orang lain.
Kashoorga: Mulakan dengan solat tahajud dua rakaat, biar sedikit tetapi konsisten.
Jika seseorang itu sudah taubat tetapi setelah beberapa lama masa berlalu dia telah lakukan lagi dosa itu. Adakah taubatnya dulu tidak diterima?
JAWAPAN :
Siapa yang telah melakukan satu dosa kemudian dia telah bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya itu jika taubatnya itu nasuha artinya yang ikhlas kerana Allah yang terbit dari hatinya dan ada serta taubatnya itu rasa penyesalan atas apa yang telah lalu dan berazam ia sungguh-sungguh tidak akan kembali kepada maksiat.
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu semua kepada Allah dengan taubat nasuha semoga Tuhan kamu menghapuskan daripada kamu sekelian segala kesalahan kamu dan memasukkan kamu sekelian kedalam taman-taman syurga yang berlari di bawahnya mata air.” (At-Tahrim : 8)
Ertinya : “Dan sungguhnya Aku maha pengampun bagi orang yang bertaubat dan beriman dan melakukan amal yang soleh kemdian mengikut pertunjuk.” (Taha : 82)
Ada pun taubat hanya dengan lisan sedangkan hati masih ingin kembali kepada maksiat maka taubat ini ditolak bahkan ia dikira sebagai satu maksiat pula.
Maka jika telah benarlah taubat yang nasuha kemudian syaitan memperdayakannya sehingga dia terjatuh melakukan maksiat lagi dalam keadaan tidak ada dia berniat untuk melakukan maksiat dan tidak berazam melakukannya kemudian dia bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya.
Terdapat beberapa amalan yang mudah, tetapi dijamin syurga oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Berikut adalah di antaranya yang mana terdapat dalam hadis sahih.Perkara...