Biasakan Ucap Salam Kepada Sesama Muslim Walau Tidak Kenal, Amalan Ini Ringan Tapi Manfaatnya Luar Biasa

Share

Perasan atau tidak, dalam kehidupan seharian, kita hanya memberi ucapan salam kepada orang yang kita kenal saja. Bahkan ketika memasuki pejabat, kita lebih senang berkata “morning” pada kenalan pejabat dan bukan ucapan Assalamualaikum.

Amalan ringan ini sudah agak jarang diterapkan di kalangan masyarakat iaitu menebarkan salam (ifsyaus salaam) pada hal begitu banyak kebaikan dan manfaatnya dari ucapan yang mengandungi doa ini.

Tahukah, saat memberi salam, ia akan menerbitkan rasa kemesraan satu sama lain sekali pun kita tidak mengenalinya dengan rapat.

Dari sudut bahasa menurut Kamus Dewan, salam bermaksud sejahtera, damai dan hormat. Ibn Manzhur berkata di dalam kitabnya, salam bermaksud selamat, sejahtera dan juga berlepas diri.

Dari sudut istilah, salam merupakan ucapan penghormatan yang diucapkan oleh orang yang beragama Islam kepada saudaranya (seagama dengannya). Maksud ini diambil berdasarkan firman Allah SWT:

وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ

Maksudnya: “Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera”. [Yunus: 10]

As-Salam ertinya memohon perlindungan (selamat) dan penjagaan ini kita serahkan kepada Allah Subhanahu wa ta'ala. Diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud radhiyalahu'anha

bahawa sesungguhanya Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

"As-Salam adalah salah satu nama dari nama-nama Allah. Allah meletakkannya di muka bumi, maka tebarkanlah salam di antara kamu kerana sesungguhnya seorang muslim apabila ia berlalu pada suatu kaum, lalu ia memberi salam kepada mereka, ia memperoleh satu darjat keutamaan di atas mereka dengan mengingatkan salam kepada mereka. Dan jika mereka tidak menjawabnya, nescaya akan dijawab oleh yang lebih baik dan lebih manis".

Hukum memberi salam adalah sunat mu'akkadah dan merupakan salah satu hak dari hak-hak yang harus dipenuhi oleh seorang muslim kepada saudara muslimnya yang lain. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu'anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لا تَدْخُـلُوا الـجَنَّةَ حتـى تُؤمِنُوا، ولا تُؤمِنُوا حتـى تَـحابُّوا أوَلا أدُلُّكُمْ علـى شَيءٍ إذا فَعَلْتُـمُوهُ تَـحَابَبْتُـمْ؟ افْشُوا السّلامَ بَـيْنَكُمْ

Maksudnya: “Mereka tidak akan masuk syurga sehingga mereka beriman dan tidak beriman mereka itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu yang mana apabila kalian mengerjakannya nescaya kalian akan saling menyayangi sesama kalian? Sebarkanlah salam sesama kalian”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 81]

Ucapan salam “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuhuh” merupakan pintu pertama kepada kerukunan dan “kunci pembuka” yang membawa kepada rasa senang. Dengan menyebarkan salam, akan semakin kukuh ikatan sesama muslim itu serta menampakkan syiar islam itu sendiri.

Selain itu, ia bagaikan latihan bagi jiwa seorang muslim untuk sentiasa berasa rendah diri dan mengagumi mukmin yang lainnya.


Manfaat memberi salam.

Di antara keutamaan dan manfaat memberi salam adalah sebagai berikut:

1. Di antara manfaatnya yang terbesar adalah melaksanakan perintah Allah Ta'ala. Kerana ia merupakan puncak kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.

Allah Ta'ala berfirman

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَدْخُلُوا۟ بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّىٰ تَسْتَأْنِسُوا۟ وَتُسَلِّمُوا۟ عَلَىٰٓ أَهْلِهَا ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat." (QS An-Nur; 27)

2. Menyebarkan nama Allah Ta'ala di antara manusia dan menghidupkan Sunnah Nabi kita, Muhammad SAW

3. Merupakan salah satu sifat malaikat yang dekat kepada Allah dan para hamba Allah yang bertakwa,

هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَٰهِيمَ ٱلْمُكْرَمِينَإِذْ دَخَلُوا۟ عَلَيْهِ فَقَالُوا۟ سَلَٰمًا ۖ قَالَ سَلَٰمٌ قَوْمٌ مُّنكَرُونَ

"Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (iaitu malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: "Salaamun". Ibrahim menjawab: "Salaamun (kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal". (QS Adz-Dzariyat;24–25)

4. Mengeratkan hubungan sesama muslim, menyebarkan kasih sayang, menghilangkan kedengkian di hati kerana hati yang dengki adalah punca kejahatan manusia.

5.Mampu menyempurnakan iman

Diriwayatkan dari Ammar bin Yasir bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda; "Tiga perkara yang barang siapa menyempurnakannya, nescaya ia telah menyempurnakan iman, memberi salam dan memberi sedekah di saat susah.

6. Memperoleh keberkatan bagi yang memberi salam dan yang orang yang menjawabnya

Dari Anas ra, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadaku, "Wahai anakku, apabila engkau memasuki rumah keluargamu, maka ucapkanlah salam, nescaya itu akan menjadi rahmat bagi dirimu dan keluargamu."

7. Memberikan rasa dengki bagi orang-orang Yahudi dan mereka dimurkai Allah.

Berdasarkan riwayat dari Aisyah radhiyallahu'anhu bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidak ada sesuatu yang membuat kaum Yahudi merasa dengki/iri kepada kalian, seperti mereka iri kepada kalian atas ucapan salam dan Aamiin.

8. Termasuk salah satu sebab masuk syurga.

Berdasarkan riwayat dari Abu Yusuf Abdullah bin Salam ra ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan orang miskin, sambungkan tali persaudaraan dan solatlah di malam hari di saat orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan damai.

Inilah tuntutan Islam dalam mempereratkan hubungan persaudaraan sesama muslim. Jangan tinggalkan kebiasaan Rasulullah ini dan ajarlah anak_anak memberi salam dan jadikan kebiasaan dalam hidup mereka.Wallahu A'lam. Sumber : Kalam Sindownews/ Mufti Wilayah

Published by
almaswa Haji Che Ros