Melihat kekejaman yang seakan tiada henti oleh rejim zionis Israel buat rakyat Palestin memang membuatkan kita rasa hiba dan kecewa kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu.
Dan pastinya juga ada dalam kalangan kita tertanya-tanya ‘Bila bantuan Allah nak tiba’ atau bila Allah nak tolong mereka.
Hakikatnya menurut pendakwah dan penceramah Ustas Elyas Ismail soalan tersebut tak sepatutnya kita tanya. Walaupun katanya jauh di sudut hati memang terlintas soalan tersebut.
Ujar beliau jika soalan ini terdetik dalam hati sekali pun sebaiknya kita renung firman Allah Taala dalam surah Ibrahim.
“Apa yang berlaku kepada rakyat Palestin selama ini, mungkin ada soalan bila bantuan Allah nak tiba, bila Allah nak tolong mereka ustaz. Sebenarnya soalan tersebut tak patut kita tanya. Walaupun jauh di sudut hati kita memang terlintas soalan seumpama itu. Sebaiknya kita renung firman Allah SWT Surah Ibrahim ayat 42
وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
“Maknanya janganlah kita menganggap Allah tidak berbuat apa-apa terhadap saudara-saudara kita di sana, tidak memberi bantuan terhadap mereka dan memberikan balasan kepada musuh-musuh
“Sebenarnya dalam kita tak sedar banyak sebenarnya Allah Taala tunjukkan kekuasaan dan kebesaran-Nya melalui tragedi atau kejadian menakjubkan yang berlaku,” terang Ustaz Elyas.
Sebagai contoh sambungnya baru-baru ini ada seorang bayi dijumpai di bawah runtuhan selepas terperangkap selama 37 hari. Dijumpai dalam keadaan selamat dan sihat.
“Ini kekuasaan Allah Taala. Malah banyak lagi kisah yang bila kita dengar muncul di mulut subhanallah la hawla wala quwwata illa billahlahulazim. Allah maha berkuasa. Banyak lagi kejadian sebegini yang berlaku.”
Maka pesannya lagi janganlah keluar dari mulut kita soalan seumpama itu melainkan mendoakan saudara kita di sana.
“Allah Taala saja yang maha mengetahu perancangan yang terbaik untuk mereka. Kita teruskanlah doa, doa dan doa untuk mereka. Jangan pernah tinggal…”