“Bila bercerai, ramai ambil peluang buka aib bekas pasangan.’ Tapi Mizz Nina tetap berterima kasih, mohon doakan kebaikan buat Noh.
Ternyata apa yang dilalui oleh Mizz Nina dan Noh juga dilalui oleh pasangan lain. Bercinta, berkahwin dan akhirnya memilih untuk bercerai setelah keduanya tidak lagi sehaluan.
Bukan sekali. Banyak kali juga saya tulis tentang Mizz Nina dan Noh.
Betapa banyak sikap baik Mizz Nina yang matang dan elok dibuat contoh.
Membaca berita ini, buat saya sedih sekali. Tapi pada masa yang sama tetap hormat yang sama datang pada Mizz Nina. Malah lebih lagi.
Kebanyakan perempuan bila bercerai, apatah lagi dengan banyaknya sokongan pada dirinya akan memilih untuk mengambil peluang menceritakan aib dan buruknya sikap pasangan secara terbuka.
Ramai Yang Ambil Peluang
Tapi Mizz Nina tetap seperti yang saya tulis sebelumnya. Kekal tenang, matang dan baik hati seperti adanya.
Tetap berterima kasih pada bekas suami. Malah, tetap setia menjadi sahabat baik walau bukan lagi menjadi isteri. Tetap mohon mendoakan kebaikan buat Noh. Dan tetap mohon jangan dibuka dan dijaja berita yang boleh jadi fitnah.
Ads
Buka Aib Bekas Pasangan
Dan dalam post yang lain. Tetap punya percaya pada kuasa yang Esa. Bahawa setiap satu ujian menimpa sentiasa tersembunyi hikmah dan kebaikan di sebaliknya.
Indeed.
May you grow strong.
Tapi Mizz Nina Tetap Berterima Kasih
Pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengesahkan mereka sudah bercerai selepas 11 tahun berkahwin.
Perkara itu dikongsikan mereka menerusi hantaran di Instagram masing-masing, semalam.
Menurut Noh, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik.
“Selepas berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik,” katanya.
Ads
Tambah Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan, dia dan Nina sudah diberkati dengan sebuah perjalanan yang dipenuhi detik indah, jatuh dan bangun bersama.
“Assalamualaikum. Saya dan Nina (isteri) mahu membuat satu pengumuman penting. Selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.
Ads
“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui pelbagai dugaan, jatuh serta bangun bersama-sama.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,” katanya.
Dalam masa sama, jelas Noh, semua yang terjadi sudah pun tersurat dan ditakdirkan Allah SWT selain memohon doa untuk kehidupan terbaik mereka selepas ini.
“Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah.
“Saya amat menghargai kalian yang menghormati privasi kami berdua,” katanya.
Pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, setelah memfailkan perceraian pada 14 Jun di mahkamah sama.
Kata pepatah, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Begitu juga dengan jodoh. Perlulah ada usaha ke arah mencari jodoh yang sesuai.
Walau bagaimanapun mencari jodoh atau dengan kata lain mencari pasangan hidup, usahlah terburu-buru dan sekadar menjadi ikut-ikutan semata-mata kerana rakan-rakan lain sudah berjumpa pasangan hidup masing-masing.
Jangan kerana rasa tertekan, anda memilih calon pasangan hidup tanpa usul periksa. Natijahnya anda juga akan menanggungnya di kemudian hari.
Perlu diketahui bahawa ada beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika memilih calon pasangan hidup.
TAAT PADA PERINTAH AGAMA
Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuhnya tiang maka, runtuhlah agamanya. Dengan cara bersujud seseorang itu akan berasa dirinya ‘hamba’ di sisi Allah. Calon pasangan yang menjaga solatnya adalah insan yang menjaga imannya dan juga menjaga hubungannya dengan Allah. Buat para wanita, jika berjumpa dengan lelaki yang menjaga solatnya, maka dialah pilihan yang tepat untuk anda jadikan suami.
BOLEH MENJADI IMAM KETIKA SOLAT
Apabila solat berjemaah kita sebenarnya dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Sebagai contoh apabila seorang suami mengimamkan isterinya ketika solat maka dia sedang memimpin ahli keluarganya menuju kebaikan dan juga kejayaan.
KEBERKATAN DALAM RUMAH TANGGA
Keluarga yang menjaga solatnya Allah akan berikan rahmat dalam kehidupan mereka. Suami yang sentiasa mengajak dan memimpin isterinya ke arah mendekati Allah akan sentiasa dilimpahi dengan rezeki dan keberkatan.
Pesanan buat wanita, jika anda melihat calon suami yang akan segera ke masjid untuk solat apabila azan berkumandang maka dialah calon yang terbaik buat anda. Mudah-mudahan si dia mampu menjadi pemimpin terbaik buat anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seluruh alam semesta dan cakerawala adalah milik Allah SWT.
Allah SWT berfirman: “Tidak ada suatu musibah menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah dan sesiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Taghabun: 11).
Hari ini alam terus menangis dan ia satu ingatan bahawa sudah terlalu banyak kemungkaran terjadi di atas muka bumi.
Jika Malaysia menerima tempias ekor Taufan Rai, negara jiran Filipina diuji dengan “kepalanya” apabila negara itu rebah menunduk bumi saat taufan terkuat itu melanda negara mereka, sama pada hari negara kita diuji dengan banjir kilat.
Difahamkan, angka korban akibat Taufan Rai yang membadai Filipina minggu lepas, meningkat kepada 208 orang manakala lebih 50 lagi masih hilang, lapor Sputnik memetik media Filipina.
Sebilangan besar korban dilaporkan di wilayah Visayas Tengah (129 maut), diikuti Visayas Barat dengan 22 kematian,lapor The Manila Bulletin pada Ahad, memetik jurucakap Polis Filipina (PNP), Kol Rhoderick Augustus Alba.
Menurut akhbar itu, kematian akibat taufan turut dilaporkan di wilayah Filipina Caraga (10), Mindanao Utara (tujuh) dan Zamboanga (satu).
Lebih 180,800 orang hilang tempat tinggal dan gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di lebih 3,000 kawasan di Filipina.
Menurut pihak berkuasa banjir, lebih 332,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas Rai melanda Filipina pada 16 Disember yang menyaksikan empat nyawa turut terkorban..
Dalam pada itu, beribu-ribu orang di Filipina meninggalkan kediaman mereka dan resort tepi pantai ketika taufan kuat menghentam kepulauan berkenaan semalam dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran angin kencang dan hujan lebat.
Taufan Rai membawa angin kuat selaju 165 kilometer sejam ketika membadai bahagian tengah dan selatan Filipina, kata agensi meteorologi negara itu.
Agensi berkenaan memberi amaran kekuatan angin Taufan Rai boleh meningkat kepada 195 kilometer sejam beberapa jam sebelum ribut tiba di daratan dekat destinasi pelancongan popular, Pulau Siaragao tengah hari semalam.
“Angin taufan pemusnah ini diramal membawa hujan sederhana hingga lebat yang boleh memusnahkan struktur dan tanaman,” tambahnya.
Lebih 45,000 orang mencari tempat berlindung ketika ribut itu bergerak melintasi Lautan Pasifik.
Mereka termasuk pelancong domestik yang melawat pantai-pantai dan lokasi selaman popular di Filipina menjelang cuti Hari Krismas. Pelancong asing masih dilarang daripada memasuki negara itu di bawah sekatan Covid-19. Sumber : Bernama / Kosmo
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sejak semalam kecoh isu tujuh jenama daging didedahkan sebagai tidak halal. Ia berdasarkan kiraan jenama tersebut ada di dalam gudang yang dirampas. Perkongsian itu diyakini oleh ramai umat Islam yang mungkin tidak mencari sumber pembacaan lain menentukan sama ada berita itu sahih atau tidak.
Dan ternyata, kita seharusnya menyelidiki kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya. Dalam satu perkongsian dari Ketua Pegawai Eksekutif & Founder Halfest JAKIM Secretariat, Tuan Mohd Shukri Abdullah berkongsi satu maklumat yang wajib umat Islam tahu.
Berikut adalah perkongsian di fb beliau mengenai isu ini.
Apabila salah laku di buat, maka fitnah akan berleluasa. Salah laku jenayah seperti mencampurkan daging kangaroo atau kuda membuat ramai sangsi akan semua daging sejuk beku import yang di jual di Malaysia. Pasaran penjual daging halal frozen yang tidak bersalah juga turut terjejas.
Jadi saya tetap beli daging yang di Import dari kilang kawan saya jenama ALLANA dari India. ALLANASON merupakan pengeskport daging sejuk beku yang terbesar dunia. Mereka di kendalikan oleh satu keluarga yang sangat berpegang pada prinsip Islam yang kuat. Mereka juga ada mesjid mereka sendiri.
Apatah lagi yang tercemar itu mengandungi daging Kangaroo dan kuda. Kangaroo tidak terdapat di India dan kuda pula sangat mahal dan hanya di miliki oleh mereka yg kaya di India sebagai hobi di luar bandar. Daging kuda tua liat . Rugi ALLANASON kalau campur daging kuda walau tua.
Beli yang pek vacuum nya tidak terpotong, terbuka atau terusik yaa. Yang terusik dan yang bertampal balik tu harap lapur laa kepada Allana. Mereka ada pejabat di KL. Atau lapur pada KPDNHEP atau PPIM.
Sokong laa produk org Islam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai dalam kalangan lelaki yang memilih untuk berambut panjang. Tiada masalah tentang hal ini namun perlu diingat ketika solat rambut tersebut sebaiknya dilepaskan dan...