“Bila bercerai, ramai ambil peluang buka aib bekas pasangan.’ Tapi Mizz Nina tetap berterima kasih, mohon doakan kebaikan buat Noh.
Ternyata apa yang dilalui oleh Mizz Nina dan Noh juga dilalui oleh pasangan lain. Bercinta, berkahwin dan akhirnya memilih untuk bercerai setelah keduanya tidak lagi sehaluan.
Kongsi Puan Siti Suryani Yaakop:
Artikel Berkaitan: Trend Pasangan Selebriti Dedah Aib Suami Di Media Sosial, Ini Nasihat Mufti Untuk Para Isteri
Bukan sekali. Banyak kali juga saya tulis tentang Mizz Nina dan Noh.
Betapa banyak sikap baik Mizz Nina yang matang dan elok dibuat contoh.
Membaca berita ini, buat saya sedih sekali. Tapi pada masa yang sama tetap hormat yang sama datang pada Mizz Nina. Malah lebih lagi.
Kebanyakan perempuan bila bercerai, apatah lagi dengan banyaknya sokongan pada dirinya akan memilih untuk mengambil peluang menceritakan aib dan buruknya sikap pasangan secara terbuka.
Tapi Mizz Nina tetap seperti yang saya tulis sebelumnya. Kekal tenang, matang dan baik hati seperti adanya.
Tetap berterima kasih pada bekas suami. Malah, tetap setia menjadi sahabat baik walau bukan lagi menjadi isteri. Tetap mohon mendoakan kebaikan buat Noh. Dan tetap mohon jangan dibuka dan dijaja berita yang boleh jadi fitnah.
Dan dalam post yang lain. Tetap punya percaya pada kuasa yang Esa. Bahawa setiap satu ujian menimpa sentiasa tersembunyi hikmah dan kebaikan di sebaliknya.
Indeed.
May you grow strong.
Pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengesahkan mereka sudah bercerai selepas 11 tahun berkahwin.
Perkara itu dikongsikan mereka menerusi hantaran di Instagram masing-masing, semalam.
Menurut Noh, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik.
“Selepas berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik,” katanya.
Tambah Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan, dia dan Nina sudah diberkati dengan sebuah perjalanan yang dipenuhi detik indah, jatuh dan bangun bersama.
Baca Juga Di Sini:
“Simpan Kemas Aib Diri. Hentikan Posting Luahan Hati Di Sosial Media Pasca Perceraian”-Kaunselor
Setiap Pasangan Tak Perlu Ada Kawan Baik Lain Jantina, Boleh Jadi Punca Curang & Zina
“Assalamualaikum. Saya dan Nina (isteri) mahu membuat satu pengumuman penting. Selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui pelbagai dugaan, jatuh serta bangun bersama-sama.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,” katanya.
Dalam masa sama, jelas Noh, semua yang terjadi sudah pun tersurat dan ditakdirkan Allah SWT selain memohon doa untuk kehidupan terbaik mereka selepas ini.
“Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah.
“Saya amat menghargai kalian yang menghormati privasi kami berdua,” katanya.
Pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, setelah memfailkan perceraian pada 14 Jun di mahkamah sama.
Sumber: Siti Suryani Yaakop, myMetro, Instagram Mizz Nina
Follow kami di Facebook , Website , Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.