‘Bila bercerita, suami perlekeh anggap lembik.’ Lama-lama isteri tawar hati, jadi pendiam dan sudah malas hendak meluah pada suami.
Wanita memang suka bercakap, bercerita dan meluahkan. Namun jika diabaikan bila setiap kali dia meluah itu dan ini, pasti lama-lama dia tawar hati untuk berkongsi rasa dengan suami. Dia lebih rela menyimpan dalam hati daripada meluahkan.
Kongsi Azlan Noor, fitrah isteri suka bercerita. Orang perempuan ini, fitrah kejadian dia suka bercerita, suka meluahkan. Bila sudah jadi isteri, jadi ibu pun tetap sama.
Namun semua itu berubah apabila setiap kali luahan, cerita dan isi hati mereka tak didengari.
Terutama ketika sedang berperang dengan emosi sebab kepenatan nak menjaga anak kecil, hendak urus atur rumah tangga, nak jaga keperluan suami. Boleh burnout mental dan fizikal.
Kerana bagi mereka, bercerita dan meluahkan adalah terapi untuk melepaskan serabut dalam otak dan jiwa.
Ads
Suami Perlekeh Anggap Lembik
Jika setiap kali meluah isi hati, setiap kali itulah tak dipeduli, tak didengari, tak dianggap penting, malah diperlekeh sebagai lembik, cepat melatah, tak penyabar. Padahal yang mereka perlukan hanya ingin suami ada di sisi, tempat bersandar melepaskan lelah diri.
Jika itu berterusan, lihatlah perubahan besar berlaku kepada mereka.
Tiada lagi cerita.
Tidak ada lagi ceria.
Tiada lagi kata-kata.
Tidak ada lagi gelak ketawa.
Tiada lagi rasa.
Yang ada hanya air mata. Mengalir akibat tak tertahan memendam jiwa.
Lama-Lama Isteri Tawar Hati
Masa tu yang jadi penguat jiwa hanya kehadiran anak-anak. Yang jadi sumber kekuatan adalah kebahagiaan anak-anak. Yang jadi ubat kesakitan hati adalah kasih sayang anak-anak.
Ads
Biarlah diri terseksa.
Dan biarlah diri merana.
Biarlah diri kecewa.
Serta biarlah diri dipersia.
Mereka tetap bertahan. Hanya disebabkan anak-anak, bukan lagi sebab ikatan suami isteri. Perasaan dan hati mereka sudah tawar.
Tawar sehingga tiada apa lagi diharapkan.
Kerana tiada lagi kasih.
Dan kerana tiada lagi sayang.
Kerana tiada lagi hadir.
Hadir seorang lelaki….
Bernama suami..
Kashoorga : Dalam rumah tangga ini, kedua-dua pihak baik suami atau isteri perlu mendengar antara satu sama lain barulah saling memahami.
Jodoh kita dengan siapa semuanya telah ditentukan oleh Allah. Kalau boleh kita memang mengharapkan agar dipertemukan dengan seorang lelaki bukan saja yang menyayangi, tetapi mencintai kita sepenuh hati.
Tetapi bagaimana jika kita tersalah memilih suami yang betul-betul sesuai dengan kita. Ketika bercinta, sikapnya lain dan selepas berkahwin barulah sikap sebenar dirinya terserlah.
Mungkin dia jenis kaki pukul atau yang tidak mementingkan agama terutama bab solat. Alangkah malangnya mendapat lelaki begini, seperti kata Prof Dr Muhaya.
“Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.
“Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar dan tawakal pada Allah), bukan semata-mata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.
“Nampak remeh hal ini, tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha Hebat.
“Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga?
“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah,” ujarnya.
Jadi dalam soal memilih jodoh, janganlah sampai tersalah pilih. Kenal dulu hati budi insan yang ditemui sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Jangan menilai dari segi luaran sahaja, misalnya dari segi pakaian, tutur kata ataupun penampilan yang sentiasa kemas.
Kadang-kadang penampilan menarik tidak mencerminkan sikap sebenar mereka. Jadi untuk mengelakkan tersalah pilih, mungkin ada boleh menguji mereka terutama bab solat apabila mengajaknya keluar.
Jika dia mengelak untuk bersolat, itu tandanya si dia bukanlah seorang lelaki yang mengutamakan suruhan Allah yang wajib itu. Anda boleh membuat keputusan untuk menerimanya atau tidak sebelum segalanya berlaku.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tujuan belajar di luar negara adalah untuk menuntut ilmu dan membanggakan kedua ibu bapa. Namun kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.
Siapa sangka hajat Mohd Hafizuddin Hazrul, pelajar tahun pertama yang belajar di Universiti Mohamad V Rabat, Maghribi tidak kesampaian apabila telah dijemput Illahi kerana disahkan menghidap leukima.
Dia yang sebelum itu telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Cheikh Zayd awal November lalu akibat derita leukemia.
Sebelum itu beberapa pelajar di Malaysia yang sedang menetap dan menyambung pengajian di universiti sama telah memohon bantuan dan sumbangan rakyat Malaysia melalui media sosial.
Mohd Hafizuddin telah disahkan meninggal dunia pada 10.50 malam tanggal 23 November 2019. Sebelum itu dia dikejarkan ke hospital oleh rakannya kerana mengalami demam berpanjangan sebelum disahkan menghidap leukimia dan keadaan kesihatan semakin lemat dan merosot.
Kehilangan arwah juga telah mengejutkan kedua ibu bapanya Hazrul Adullah dan Noor Bahayah Dulla setelah dimaklumlah bahawa anak mereka menderita sakit berkenaan.
Jelas mereka sebelum menyambung pengajian di Maghribi, arwah telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan tiada sebarang masalah kesihatan yang dilaporkan.
“Perkara ini sememangnya mengejutkan kami sekeluarga disebabkan sebelum Mohd Hafizuddin pergi ke Maghribi pada awal tahun ini dia sudah menjalani ‘medical check up’ (ujian kesihatan).
“Dia yang juga bekas pelajar Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS) Gemencheh, Negeri Sembilan seorang aktif dalam sukan. Sebelum dia ke sana (Maghribi) tiada sebarang masalah kesihatan,” kata bapanya ketika dihubungi.
Setelah mengadakan perbincangan selepas perbincangan bersama pegawai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), bapa arwah Hazrul Abdullah bersama isteri, Noor Bahayah Dullah, 45, setuju untuk mengebumikan anak mereka di negara berkenaan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebelum kita mendirikan solat, sudah tentu kita akan menjaga sebaik mungkin air wuduk yang diambil sebelumnya. Ada beberapa hal yang akan menyebabkan wuduk terbatal.
Namun adakah jika kita muntah ia turut menyebabkan terbatalnya wuduk?
Kita baca penjelasan ustaz Azhar Idrus tentang hal ini.
Seorang kawan saya ada memberitahu yang muntah menyebabkan wuduk kita terbatal. Katanya dia mengetahui perkara itu setelah membaca sebuah buku tentang solat. Mohon penjelasan ustaz sebab setahu saya muntah tidak menyebabkan wuduk kita batal.
JAWAPAN :
Di antara perkara yang membatalkan wuduk ialah keluar sesuatu dari kemaluan hadapan atau belakang.
Oleh itu jika keluar sesuatu dari selain kemaluan seperti keluar muntah melalui mulut atau keluar air melalui hidung atau keluar darah melalui telinga adalah ia tidak membatalkan wuduk.
Ertinya : “Bermula pendapat mazhab kami , sesungguhnya tidak membatalkan wuduk dengan keluar suatu dari selain kemaluan hadapan dan belakang seperti darah orang berbekam dan muntah dan berdarah hidung samada sedikit yang demikian itu atau banyak.
Dengan inilah berkata Ibnu Umar dan Ibnu Abbas dan Ibnu Abi ‘Aufa dan Jabir dan Abu Hurairah dan Aisyah r.a. dan Ibnu Musayyab dan Salim bin Abdullah bin Umar dan Al-Qasim bin Muhammad dan Thawus dan Atha’ dan Makhul dan Rabi’ah dan Malik dan Abu Tsur dan Daud.
Dan telah berkata Al-Baghawi ialah pendapat kebanyakkan para sahabat dan tabi’in. Dan berkata satu kumpulan wajib berwuduk dengan sekelian yang tersebut itu dan ialah mazhab Abu Hanifah dan As-Tsauri dan Al-Auza’I dan Ahmad dan Ishaq.” (Kitab Al-Majmu’ Sharah Al-Muhazzab)
KESIMPULAN Muntah tidak membatalkan wuduk samada banyak atau sedikit dan samada sengaja atau tidak.
Selain melakukan perubatan moden untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, terdapat juga pelbagai kaedah yang diamalkan sebagai alternatif dan ikhtiar untuk merawat penyakit.Antaranya adalah dengan perawatan...