Hari ini penulisan skrip drama dan tv semakin terbuka dalam membicarakan adab dalam kelambu. Bagai tiada rasa malu dengan dunia yang sudah ke penghujungnya. Bahkan ia dilihat satu trend dalam pengarahan yang tidak bertapis.
Teguran dari pendakwah Ustazah Asma’ Harun ini sememangnya wajar kerana apabila malu sudah tiada ia seharusnya dibimbangi kerana ia berkait dengan iman.
Berikut perkongsian darinya.
Memang terlintas nak ulas tentang drama ni, walaupun kat rumah tiada siaran boleh tengok, tapi sedutan pendek drama ni berlegar dalam media sosial. Bila Akhi Fairuz dah tag, tanpa bertangguh lagi saya perlu respons.
Cara soalan atau godaan Melur pada suaminya dalam beberapa babak sungguh memalukan sebagai orang Islam yang masih ada iman, kerana jelas malu itu sebahagian daripada Iman, Ia juga bertentangan dengan budaya sopan melayu. Saya terus terfikir bagaimana orang muda yang dah faham dan remaja yang fikiran masih bersih dikotorkan dengan imaginasi yang tak boleh dikawal.
Industri hiburan yang meletakkan keuntungan paling utama, memang akan sanggup masukkan babak sebegini sebagai pelaris. Ternyata babak sebegitu paling banyak yang dipotong pendek, dikongsikan dan mendapat reaksi paling tinggi.
Mungkin bagi peminat drama melihat teguran ini sangat tidak releven, seolahnya kami yang menegur ini mengarut atau melebih-lebih. Tapi cuba bayangkan adegan sebegitu berlaku depan mata secara zahir bukan alam maya, bukankah ia meloyakan.
Begitulah kesannya, hasil daripada drama dan filem samada tempatan atau luar, lihatlah kepada generasi hari ni, berpeluk dan bercium sakan walaupun suami isteri di khalayak ramai atau di media sosial tiada segan silu lagi. Bahkan pasangan kekasih pun secara terbuka melakukan aksi yang diharamkan.
Dan apabila normalisasi kelucahan masuk secara berterusan bermula dengan “soft porn”, akhirnya yang melampau pun diikuti. Ini terbukti dilihat apabila cara iklan produk intim suami isteri atau produk berkaitan aset wanita yang mengaibkan sangat/semakin berleluasa.
PERKATAAN ATAU PERBUATAN TERMASUK LAKONAN BERUNSUR LUCAH adalah tergolong dalam sesuatu yang dikeji dan tercela, samada yang ringan atau berat. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:-
Maksudnya: Seseorang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka berkata-kata keji dan buruk. [HR Tirmidzi, hadis sahih].
Ads
Imam al-Zahabi yang meriwayatkan dari Ahnaf bin Qais:-
Maksudnya: “Elakkan majlis (perkumpulan) sesama kita daripada berbicara mengenai perempuan dan makanan. Sesungguhnya aku benci akan lelaki yang asyik berbicara mengenai seks dan keperluan perutnya”. [Lihat Kitab Siyar A’lam al-Nubala’: m/s 64]
Jemput baca ulasan petikan daripada posting Akhi Fairuz:-
Dari minggu lepas ramai yang tag saya di facebook, ig, tiktok serta ada yang DM minta ulas pasal drama Melur Untuk Firdaus ni.
Cemuih sebenarnya nak ulas atau menulis pasal drama yang penuh soft pornography dan double meaning ni. Pusing-pusing, tegur, nasihat, hujungnya muncul lagi drama begini. Dahlah keratan video-video pendek drama ni di mendapat berbilion jumlah tontonan di Tiktok!
Tak tahulah apa sebenarnya yang nak ditanam oleh penerbit, pengarah, penulis skrip serta stesen tv yang menayangkan.
Ads
Baca ulasan Puan Wan Nur Syakira ni :-
“Tiba-tiba, lalu di newsfeed. Tepuk dahi.
Adegan ini adegan soft porn ya. Bagaimana boleh lepas ditayangkan dialog begini? Tak sesuai langsung ditonton oleh seorang Muslim.
Bayangkan yang menonton ini, anak-anak, remaja, bahkan orang dewasa sekalipun. Perlakuan dan perbualan begini pun nak ditunjukkan pada semua. Yang di antara suami dan isteri tu, biarlah tertutup sahaja.
Itu sebab makin ramai kanak-kanak dan remaja dah pandai guna ayat double meaning. Bergurau berkenaan bahagian sulit.
Baru-baru, ketika berforum dengan Akhi Fairuz bersama pelajar universiti, beliau ada kongsikan kisah cikgu yang runsing pelajar sekolah rendah bergurau lucah sesama jantina dan lain jantina sampai ada keinginan secara seksual.
Saya yang dengar berkerut dahi, menggeleng kepala.
Ads
Allahuakbar.
Membimbangkan betul. Mereka belajar dari mana? Terdedah di mana?
Media sosial, televisyen, novel, drama, anime, game online, lagu dan banyak lagilah.
Sudah-sudahlah buat drama seperti ini! Siap ada lawak double meaning, tentang hubungan intim suami isteri. Mana malu dan segan?
Adegan macam ini boleh mendorong kanak-kanak dan remaja yang ada curiosity untuk mencari-cari. Boleh jadi rangsangan seksual melalui mata mereka yang melihat.
Sungguh bahaya. Sangat bahaya. Banyakanlah drama yang ada nilai dan ilmu. Yang ubah masyarakat jadi baik. Yang tambah kebaikan, bukan tambah keburukan.
Berhati-hatilah, anak-anak mungkin dah tertengok cerita ini. Saya cari sikit-sikit pasal drama ini, dah viral ke Indonesia sana. Siap ada fb group lagi peminatnya.
Potongan pendek cerita ini pun banyak lalu lalang di Facebook, Tik Tok dan Instagram. Tempat anak-anak muda dan kanak-kanak berkampung.
Berkomunikasi dengan mereka, betulkan apa yang mereka tengok ni. Bagi tahu benda macam ni salah, tak boleh cakap terbuka. Dialog double meaning adalah perbuatan yang memalukan.
Selaku orang dewasa dan ibu bapa, memang kena peka walaupun kita tak tengok. Anak-anak belum tahu, apa yang mereka tengok dan kawan-kawan cerita di sekolah. Bimbing dan beritahu apa yang salah dan betul. Beritahu had dan batasan menurut Islam. Begitulah.” cc : Ustazah Asma Harun …….. Asma’ binti Harun
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kata pepatah, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Begitu juga dengan jodoh. Perlulah ada usaha ke arah mencari jodoh yang sesuai.
Walau bagaimanapun mencari jodoh atau dengan kata lain mencari pasangan hidup, usahlah terburu-buru dan sekadar menjadi ikut-ikutan semata-mata kerana rakan-rakan lain sudah berjumpa pasangan hidup masing-masing.
Gambar sekadar hiasan.
Jangan kerana rasa tertekan, anda memilih calon pasangan hidup tanpa usul periksa. Natijahnya anda juga akan menanggungnya di kemudian hari.
Perlu diketahui bahawa ada beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika memilih calon pasangan hidup.
TAAT PADA PERINTAH AGAMA
Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuhnya tiang maka, runtuhlah agamanya. Dengan cara bersujud seseorang itu akan berasa dirinya ‘hamba’ di sisi Allah. Calon pasangan yang menjaga solatnya adalah insan yang menjaga imannya dan juga menjaga hubungannya dengan Allah. Buat para wanita, jika berjumpa dengan lelaki yang menjaga solatnya, maka dialah pilihan yang tepat untuk anda jadikan suami.
BOLEH MENJADI IMAM KETIKA SOLAT
Apabila solat berjemaah kita sebenarnya dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Sebagai contoh apabila seorang suami mengimamkan isterinya ketika solat maka dia sedang memimpin ahli keluarganya menuju kebaikan dan juga kejayaan.
Gambar sekadar hiasan.
KEBERKATAN DALAM RUMAH TANGGA
Keluarga yang menjaga solatnya Allah akan berikan rahmat dalam kehidupan mereka. Suami yang sentiasa mengajak dan memimpin isterinya ke arah mendekati Allah akan sentiasa dilimpahi dengan rezeki dan keberkatan.
Pesanan buat wanita, jika anda melihat calon suami yang akan segera ke masjid untuk solat apabila azan berkumandang maka dialah calon yang terbaik buat anda. Mudah-mudahan si dia mampu menjadi pemimpin terbaik buat anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Penyanyi kesayangan Ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan saja boleh menyanyi, tetapi juga turut berkebolehan dalam bidang lain, salah satunya adalah menjahit.
Seperti kebanyakan selebriti lain yang turut menyumbang membuat pakaian perlindungan diri (PPE), Beliau juga turut bermurah hati berbuat demikian dengan memberikan sumbangan untuk Institut Jantung Negara dan Pusat Darah Negara.
Istimewanya Siti telah menjahit sendiri mask ketika mengunjungi dua pusat perubatan berkenaan.
Tidak kekok menjahit sendiri mask.
Dalam posting terbarunya di laman Instagram, Siti memberitahu penyerahan kelengkapan PPE ini melalui sumbangan bersama suaminya yang merupakan hasılkerja keras anak yatım dan asnaf Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).
“Alhamdullillah, Hari ini saya menyerahkan sumbangan Gown PPE bagi pihak saya & suami .. Gown PPE ini hasil kerja keras & kesungguhan Anak anak yatim dan asnaf Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) @projekpelangi . ..
“Mereka sempat menyiapkan permintaan saya utk 500 helai gown PPE dalam masa tak sampai 1 minggu .. Alhamdullillah, semoga Allah SWT berikan kita semangat untuk terus berjuang dan membantu Frontliner kita ..
“Ayuh Rakyat Malaysia tunjukkan sokongan kita & kita mesti menang!! Inshaa Allah, Saya dan team saya melalui projek Dana PKP Siti Nurhaliza juga sedang berusaha untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan pertolongan.. Doakan saya ye…
“Tadi di IJN sempat saya melihat staff Ijn menjahit sendiri keperluan mereka spt face mask & tudung PPE .. Saya pun jahit sendiri mask saya tadi untuk bawa pulang sebagai kenang kenangan .. Terima kasih @institutjantungnegara ..
Ternyata perkongsian itu mendapat respon baik dari warganet. Masing-masing mendoakan Siti dan keluarga terus murah rezeki dan segala urusan dipermudahkan.
kierashakira23Murah rezeki tokti…banyak memberi sumbangan….
yuni.marissabeautyAlhamdulilah.. good job Tokti…semoga dipermudahkan urusan
arallieeeeeeAlhamdulillah, good job tokti & team. Semoga dipermudahkan urusan kalian
ctsharinaAlhamdulillah.. Semoga usaha ini dapat membantu mereka menjaga kita semua..
hafiqhasanbasriGood job @ctdk ! Thank you for being a good example of a great public figure.
deidashahabuddinDari awal pembabitan Dato Sri Siti Nurhaliza @ctdk dlm bidang seni suara, beliau seorang yg sangat Prihatin dn ‘Pemberi’. Tiada sifat kedekut dalam dirinya. Teringat masa rakaman HMI RTM bilamana beliau inginkan props bunga segar. Krew belikan. Tup2 beliau melipat2 kecil duit sbg hadiah utk krew tersebut. Terbaik lah! Semoga To’Ti sentiasa dalam Rahmat dn Kasih Sayang AllahSWT. Semoga AllahSWT permudahkan usaha Dana PKP Siti Nurhaliza dgn objektifnya yg sangat Mulia. Aamiin…
Siti Nurhaliza sampaikan sumbangan kepada wakil IJN dan PDN.
Melihat situasi di Palestin hari ini tak dinafikan pasti ada yang terlintas di fikiran untuk turut sama ke sana bagi perjuangan jihad. Berperang menentang orang kafir yang menindas, ibarat short cut untuk ke syurga jika diakhiri dengan kematian.
Tapi hakikat yang perlu kita tahu jihad bukan sekadar melawan musuh Islam atau berperang melawan orang kafir untuk mempertahankan agama Islam. Ada beberapa lagi jenis jihad yang boleh kita lakukan di tanah air dan untuk diri kita sendiri.
Dalam kitab berjudul Zad al-Ma’ad oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ada empat jenis jihad yang perlu diketahui.
1. Jihad al-Nafs (jihad untuk memperbaiki diri)
Jihad untuk memerangi hawa nafsu dengan cara mempelajari hidayah dan agama Islam yang benar. Berjihad melawan hawa nafsu dan mengajak orang lain untuk mendalami ilmu dan mengajar ilmu tersebut kepada orang yang belum mengetahui juga adalah jihad. Begitu juga jika seseorang itu sanggup berdepan segala kepayahan dalam berdakwah dengan penuh kesabaran. Itu juga adalah jihad
2. Jihad al-Syaithan (jihad melawan nafsu syaitan)
Jihad untuk melawan syaitan. Berjihad dengan menolak apa saja godaan atau pengaruh syaitan kepada hamba, termasuklah perasaan ragu-ragu. Begitu juga jihad melawan syaitan dengan menolak segala keinginan syahwat yang merosakkan. Salah satu saranan dalam melawan godaan ini adalah dengan berpuasa. Puasa memiliki makna spiritual yang dirancang untuk menahan hawa nafsu.
3. Jihad al-Kuffar wa al-Munaffiqin (jihad melawan orang kafir dan munafik)
Jihad melawan orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Daripada memerangi mereka dengan hati, lisan, harta dan jiwa. Di sini dapat difahami bahawa jihad melawan orang kafir tidak semata-mata dilaksanakan dengan menggunakan kekuatan senjata (jihad perang).
4. Jihad al-Babi al-Zhulmi wa al- Bida’ wa al-Munkarat (jihad melawan orang zalim ahli bidaah dan pelaku kemungkaran)
Ia adalah jihad untuk melawan orang-orang zalim, ahli bidaah dan orang yang membuat kemungkaran. Jihad dengan menggunakan perbuatan jika mampu agar kemungkaran tidak dibiarkan bermaharajalela.
Jika tidak mampu, solusi lain adalah dengan menggunakan lisan. Maksudnya, mencegah dengan menasihati pelaku kemungkaran. Memberi nasihat dengan kata-kata yang sopan.
Apabila kedua cara ini juga tidak mampu, maka jalan terakhir adalah dengan hati. Mengubah kemungkaran dengan hati adalah dengan membenci kemungkaran itu. Cara terakhir ini merupakan tanda kelemahan iman seseorang.
Niat Buat Jahat Tapi Tak Laksana Adakah Beroleh Pahala?Niat buat baik tapi ada halangan dan tidak dapat melakukannya maka akan beroleh ganjaran pahala. Tapi...