Apa yang harus dilakukan oleh seorang suami jika mengetahui bahawa isteri tidak lagi perawan ketika sesudah dinikahi? Dan di malam pertama itu, sang isteri mengaku pernah melakukan dosa zina. Adakah suami berhak berhak memutuskan ikatan nikah itu kerana di akad nikah pasangan menulis dirinya perawan tetapi ternyata tidak.
Pertamanya, islam mengajarkan kepada umatnya yang tidak terlepas melakukan dosa yang terkait dengan Allah agar merahsiakan dosa itu dan harus diselesaikan antara dirinya dengan Allah. Pendosa hanya perlu bertaubat menyesali perbuatannya tanpa harus menceritakan dosanya kepada sesiapapun termasuk kepada orang terdekat dengannya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menasihatkan,
مَنْ أَصَابَ مِنْ هَذِهِ الْقَاذُورَاتِ شَيْئًا فَلْيَسْتَتِرْ بِسِتْرِ اللَّهِ
“Siapa yang tertimpa musibah maksiat dengan melakukan perbuatan semacam ini (perbuatan zina), hendaknya dia menyembunyikannya, dengan kerahsiaan yang Allah berikan.” (HR. Malik dalam Al-Muwatha’, 3048 dan al-Baihaqi dalam Sunan as-Sughra, 2719).
Kerana dalam isu dosa ini apa yang paling penting ialah segera bertaubat, memperbaiki diri tanpa harus memalukan dirinya di hadapan orang lain.
Imam Ibnu Baz rahimahullah pernah ditanya tentang suami yang menikahi gadis. Di malam pertama, ternyata suami merasa isterinya tidak perawan. Antara penjelasannya adalah ini.
فإذا ادَّعت أنَّها زالت البكارة في أمر غير الفاحشة : فلا حرج عليه ، أو بالفاحشة ولكنها ذكرت له أنها مغصوبة ومكرهة : فإن هذا لا يضره أيضاً ، إذا كانت قد مضى عليها حيضة بعد الحادث ، أو ذكرت أنها تابت وندمت ، وأن هذا فعلته في حال سفهها وجهلها ثم تابت وندمت : فإنه لا يضره ، ولا ينبغي أن يشيع ذلك ، بل ينبغي أن يستر عليها ، فإن غلب على ظنه صدقها واستقامتها : أبقاها ، وإلا طلقها مع الستر ، وعدم إظهار ما يسبب الفتنة والشرّ .
Jika isteri mengaku bahawa keperawanannya hilang bukan kerana hubungan badan, maka suami tiada masalah mempertahankan isterinya. Atau kerana hubungan badan, namun sang isteri mengaku dia diperkosa atau dipaksa, maka suami tidak masalah mempertahankan isterinya, jika isteri sudah mengalami haid sekali setelah kejadian itu sebelum dia menikah.
Atau dia mengaku telah bertaubat dan menyesali perbuatannya dan dia pernah melakukan zina ini kerana terkesima pada dunia dan sekarang sudah bertaubat, tidak masalah bagi suami untuk mempertahankannya. Dan pengakuan isteri itu tidak sewajarnya disebarkan kepada orang lain hatta keluarga kerana suami harus merahsiakannya.
Jika suami benar-benar yakin sang isteri berlaku jujur dalam hal ini dan isterinya juga baik, boleh untuk suami mempertahankan perkahwinan itu. Namun masa yang sama, suami ada hak untuk menceraikan isteri tetap perlu merahsiakan perihal itu agar emosi isteri terjaga. Paling penting tidak menyebarkan rahsia itu yang boleh mengakibatkan terjadinya fitnah dan keburukan.
Kedua, apabila sebelum menikah suami mempersyaratkan isterinya harus masih perawan tetapi selepas bernikah ternyata isterinya sudah tiada dara, maka pihak suami berhak untuk membatalkan pernikahan tersebut.
Syaikhul Islam menjelaskan,
لو شرط أحد الزوجين في الآخر صفةً مقصودة ، كالمال ، والجمال ، والبكارة ، ونحو ذلك : صح ذلك ، وملك المشترِط الفسخ عند فواته في أصح الروايتين عن أحمد ، وأصح وجهي الشافعي ، وظاهر مذهب مالك
Apabila salah seorang meletakkan syarat tertentu kepada pasangannya seperti suami berharta, kecantikan atau masih ada dara dan lain lagi, maka syarat ini sah. Dan pihak yang mengajukan syarat berhak membatalkan pernikahan jika syarat itu tidak dipenuhi. Menurut riwayat yang lebih kuat dari Imam Ahmad dan pendapat yang kuat dalam Madzhab Syafii, serta itulah yang kuat dari pendapat Imam Malik. (Majmu’ Fatawa, 29/175).
Bagaimana dengan Mahar?
Jika pembatalan nikah ini berlaku sebelum terjadinya hubungan badan, maka mahar dikembalikan. Namun jika telah terjadi hubungan, ada syaratnya.
Jika yang menipu pihak wanita, dia mengaku masih perawan pada hal tidak perawan, maka dia wajib mengembalikan maharnya.
Jika yang menipu pihak wali, atau orang lain yang menjadi perantara baginya, maka dia yang bertanggung jawab mengembalikan maharnya.
Ibnul Qoyim menjelaskan,
إذا اشترط السلامة ، أو شرط الجمال : فبانت شوهاء ، أو شرطها شابة حديثة السن : فبانت عجوزاً شمطاء ، أو شرطها بيضاء : فبانت سوداء ، أو بكراً : فبانت ثيِّباً : فله الفسخ في ذلك كله .
فإن كان قبل الدخول : فلا مهر لها ، وإن كان بعده : فلها المهر ، وهو غُرم على وليِّها إن كان غرَّه ، وإن كانت هي الغارَّة سقط مهرها
Jika pihak suami mengajukan syarat, sebagai contoh pasangan perlu sihat dan tidak cacat, harus cantik tapi hodoh, harus muda tapi ternyata sudah tua, harus anak dara tapi janda, harus putih tapi ternyata hitam maka pihak suami berhak membatalkan pernikahan itu.
Jika nikah itu dibatalkan sebelum hubungan intim dilakukan, maka isteri tidak berhak mendapat mahar. Jika selepas hubungan intim, isteri berhak dapat mahar. Dan ia harus dikembalikan oleh walinya jika dia yang menipu suami. Namun jika isteri yang menipu, gugur hak mahar untuknya (Zadul Ma’ad, 5/163).
Ketiga, jika sebelum nikah, suami tidak meletakkan apa-apa syarat (dalam soal perawan) maka suami tiada hak untuk membatalkan akad itu.
Imam Ibnu Utsaimin menjelaskan,
المعروف عند الفقهاء : أن الإنسان إذا تزوج امرأة على أنها بكر ، ولم يشترط أن تكون بكراً : فإنه لا خيار له ؛ وذلك لأن البكارة قد تزول بعبث المرأة بنفسها ، أو بقفزة قوية تُمَزِّق البكارة ، أو بإكراه على زنا ، فما دام هذا الاحتمال وارداً : فإنه لا فسخ للرجل إذا وجدها غير بكر. أما إذا اشترط أن تكون بكراً : فإن وجدها غير بكر : فله الخيار
Yang makruf di kalangan ulama, bahawa ketika seorang lelaki menikahi wanita yang dia anggap masih gadis, sementara dia tidak mempersyaratkan harus gadis, maka pihak suami tidak memiliki hak untuk membatalkan pernikahan. Kerana dara boleh “hilang” kerana aktiviti sukan atau diperkosa. Jadi dengan semua kemungkinan itu, pihak suami tidak berhak membatalkan pernikahan jika di malam pertama itu, baru dia ketahui isterinya tidak dara lagi.
Sebaiknya, suami harus mempertahankan isteri dan merahsiakan apa yang pernah dialami jika isteri telah benar-benar bertaubat dan istiqomah menjadi isteri solehah. Dan harus diingat, jangan sesekali mengungkit hal itu jika terjadi pergaduhan atau pertengkaran dalam rumahtangga. Dalam satu hadis menyatakan,
التَّائِبُ مِنَ الذَّنْبِ، كَمَنْ لَا ذَنْبَ لَهُ
“Orang yang telah bertaubat dari perbuatan dosa, layaknya orang yang tidak memiliki dosa.” (HR. Ibnu Majah 4250, al-Baihaqi dalam al-Kubro 20561, dan dihasankan al-Albani).
Jika dirinya sudah bertaubat sebenar-benar taubat, maka dianggap seperti orang yang tidak pernah melakukan dosa itu. Jangan pernah ada rasa menyesal dengan perjodohan itu kerana ia ujian Allah buat kita. Sumber : Konsultasi Syariah / Gambar : sekadar hiasan