Bila orang bukan islam meninggal, lebih baik sebut innalillah dari menyibuk ucap ‘R.I.P’. Rata-rata ramai antara kita yang gemar mengucapkan ‘rest in peace’ kepada kematian orang bukan Islam.
Sebenarnya, ucapan ‘innalillah’ itu merupakan lafaz istirja’ yang harus diucapkan ketika kematian atau ditimpa musibah, tidak kira sama ada untuk orang islam atau bukan islam.
Kali ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terpanggil untuk menjelaskan isu berkenaan ucapan RIP ini.
Soalan:
Isu berkenaan ucapan Rest in Peace oleh umat Islam terhadap orang bukan Islam ini kembali diperdebatkan warga internet susulan kematian Ratu British baru-baru ini.
Mohon pencerahan Datuk Mufti tentang pandangan sebenar Islam terhadap isu ini supaya ia tidak lagi menjadi polemik tak berkesudahan.
Lebih Baik Sebut Innalillah
Ringkasan Jawapan:
Seseorang muslim tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam kerana itu termaktub di dalam nas yang jelas.
Ads
Ucapan “R.I.P” atau “Rest in Peace” merupakan doa yang dibacakan oleh orang bukan Islam, maka umat Islam dilarang daripada mengucapkannya.
Namun Islam sangat menghormati kematian manusia di mana sunnah bagi orang Muslim untuk mengucapkan takziah dan ucapan-ucapan yang baik kepada orang bukan Islam.
Dari Menyibuk
Huraian
Dalam persoalan yang diberikan di atas, memberi doa keamanan dan ketenangan buat orang bukan Islam yang meninggal dunia adalah dilarang menurut nas. Ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT:
Maksudnya: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” – Surah al-Taubah (113)
Ads
Menurut Syeikh Wahbah Zuhaili di dalam tafsirnya, para nabi dan orang-orang beriman tidak boleh turut serta dalam urusan memohon keampunan Allah SWT bagi orang-orang yang syirik.
Ini kerana konsep keimanan islam dan kenabian tidak menerima pengampunan orang yang mati dalam keadaan syirik, maka tidak perlu memohon keampunan untuk mereka.
Perkara ini termaktub seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’, ayat 116, yang mengatakan bahawa Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa golongan yang syirik.
Kesimpulan:
Kesimpulannya, seseorang muslim tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam kerana itu termaktub di dalam nas yang jelas.
Ucapan “R.I.P” atau “Rest in Peace” merupakan doa yang dibacakan oleh orang bukan Islam, maka umat Islam dilarang daripada mengucapkannya.
Namun Islam sangat menghormati kematian manusia di mana sunnah bagi orang Muslim untuk mengucapkan takziah dan ucapan-ucapan yang baik kepada orang bukan Islam.
Wallahua’lam.
Kashoorga: Tak salah mengucapkan takziah, namun jangan sampai berdoa memohon keampunan buat mereka yang bukan Islam.
Nampaknya ramai selebriti yang sudah mula berhijrah ke arah yang lebih baik. Kalau sebelum ini ketika musim PKP, kita lihat beberapa selebriti sudah berhijab seperti Ernie Zakri, Dahlia Shazwan, Shiera Ijoy, Ieda Moin dan Kilafairy.
Malah dilihat juga Fatiya Latif yang turut diberi peluang oleh Allah untuk kembali berhijab setelah kembali ‘free hair’ sebelum itu untuk beberapa ketika.
Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin, 31 tahun sudah lama memasang niat untuk betrhijab sepenuhnya.
“Betul saya sudah berhijab. Alhamdulillah. Sebenarnya ini bukan keputusan yang tiba-tiba. Saya dah lama pasang niat tapi saya perlu lakukannya perlahan-lahan, bukan mengejut. Tak boleh nak terus berubah,” ujarnya.
Bagaimanapun, Cik Manggis menegaskan penghijarahannya itu bukan halangan untuknya terus aktif dalam dunia seni dan akan terus bersama kumpulan De Fam dengan projek terbaharu mereka yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Penampilan terbaharu Cik Manggis bukan sahaja mendapat sokongan penuh daripada suaminya, Syazmin Firdaus Aminudin, tetapi juga rakan-rakan artis dan peminat yang tidak ketinggalan memuji dan menitipkan doa agar terus istiqamah.
Tambah Cik Manggis, suaminya, Syazmin Firdaus Aminuddin menjadi insan paling gembira dengan imej baharu itu.
“Pada hari pertama saya berhijab, kebetulan kami mahu keluar. Apabila dia melihat saya bertudung, suami bagai terkedu sekejap.
“Suami beritahu itulah momen paling gembira buatnya seumur hidup. Namun, dia tidak terkejut kerana proses penghijrahan ini saya lakukan bersamanya,” katanya yang berkahwin pada Oktober 2014.
Dalam satu postingnya di laman Instagram, Cik Manggis mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan atas penghijrahannya.
Malah dia juga turut berdoa agar dirinya kekal istiqamah untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.
“I am deeply overwhelmed by the love & support I received from each & everyone of you. Secara jujurnya tak terfikir pun bahawa penghijrahan Manggis ni matter sampai ada yang sudi spend time to write about it, comments, DM & share and for that I thank you all.
“To my media friends, thank you sebab tulis yang baik2 untuk Manggis & maaf Manggis tak dapat nak accept more interviews demi menjaga niat & diri Manggis yang serba kurang ini.
“Semoga kita terus berusaha & berdoa untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. In shaa Allah.
Penularan virus Coronavirus atau COVID-19 dikatakan semakin serius dengan menyaksikan orang ramai dilarang sama sekali untuk pergi ke lima negara terbabit, China, Itali, Iran, Jepun dan juga Korea Selatan.
Malah pelancong yang pergi ke sana juga terpaksa di kuarantin selama dua minggu sebelum boleh kembali dibenarkan bekerja atau keluar ke tempat awam.
Dan terbaru Arab Saudi juga turut mengeluarkan larangan kepada jemaah yang mahu menunaikan ibadah umrah di tanah suci.
Melalui laporan artikel Berita Harian, jemaah umrah diarah keluar dari Makkah dalam tiga hari bermula hari Ini.
Perkara itu dinyatakan melalui satu arahan dalam bentuk pekeliling, diterima pengendali ibadat umrah atau muassasah yang berada di Jeddah, Arab Saudi.
Semua jemaah yang berada di luar Makkah perlu ke kota itu untuk menyempurnakan ibadah umrah dan meninggalkan Arab Saudi dalam tempoh tiga iaitu sehingga 8 Mac.
Arahan itu dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam pekeliling bernombor 14410709 dan diletakkan dengan notis ‘top urgent’.
Seorang pengendali umrah, Erdie Nasrullah yang menetap di Jeddah ketika dihubungi BH mengesahkan pekeliling itu yang diterimanya semalam.
“Setakat hari ini, kerajaan Arab Saudi masih menghentikan kegiatan umrah berikutan penularan COVID-19 dan syarikat penerbangan, antaranya Saudi Airlines sudah mengeluarkan notis penggantungan sementara sehingga April ini.
“Ramalan kami dalam kalangan orang tempatan di Arab Saudi, berkemungkinan sekatan ini akan diteruskan sehingga Ramadan dan terus kepada musim haji nanti,” katanya.
Erdie berkata, kawalan terhadap wabak COVID-19 ini dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan terdapat dua kes positif wabak itu dicatatkan di Arab Saudi.
“Jemaah semakin berkurangan setakat hari ini tetapi tidaklah sampai lengang. Cuma yang tinggal adalah saki baki jemaah yang masuk ke Makkah sebelum berlakunya penggantungan sementara visa.
“Setakat ini tidak ada kemasukan jemaah dan semua pengusaha serta pengendali umrah sedang menunggu pengumuman lanjut daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sama ada penggantungan ini dihentikan atau sebaliknya,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah SWT akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun.
Telah ditanya; Wahai Rasulullah SAW, Bagaimanakah selawat itu?
Baginda menjawab “Allah humma salli ala muhammadin abdika wa nabiyyika wa rasulikan nabiyyil ummi” (Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang ummi”) [Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-Ihya; Dar Al-Hadith)
Selawat pada hari Jumaat 80 kali boleh menghapuskan dosa. Rasulullah SAW juga ada bersabda yang menyatakan:
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas sembahyang Asar pada Hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah.
Allahumma Solli ‘Alaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa-’Alaa Aalehi wa-sallim Tasleeyma.[Al-Jami Al-Saghir; Allamah Sakhaawi RA dalam Al-Qawl al-Badee’; Imaam Daraqutni RA and Al Muassah al-Rayyan]
Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku.
Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekelian Nabi. (Riwayat Abu Dawud dengan isnad sahih.)
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”. (Riwayat Al Baihaqi)
Beruntungnya mereka yang memperbanyak selawat ke atas nabi SAW kerana selawatnya itu bukan hanya dibalas oleh Allah SWT malah selawatnya juga sampai kepada Rasulullah SAW dan dibalas pula oleh Rasulullah SAW.
Inilah satu amalan yang mana akan dibalas oleh Allah dan Rasul SAW. Jadi perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi terutama pada hari Jumaat yang mulia ini.
Sumber Kredit: pelikdunia via nasihat ustaz
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?