Bila orang bukan islam meninggal, lebih baik sebut innalillah dari menyibuk ucap ‘R.I.P’. Rata-rata ramai antara kita yang gemar mengucapkan ‘rest in peace’ kepada kematian orang bukan Islam.

Sebenarnya, ucapan ‘innalillah’ itu merupakan lafaz istirja’ yang harus diucapkan ketika kematian atau ditimpa musibah, tidak kira sama ada untuk orang islam atau bukan islam.

Kali ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terpanggil untuk menjelaskan isu berkenaan ucapan RIP ini.

Artikel Berkaitan: Mufti Jelaskan Hukum Ucap Merry Christmas Kepada Mereka Yang Beragama Kristian

Bila Orang Bukan Islam Meninggal

Soalan:
Isu berkenaan ucapan Rest in Peace oleh umat Islam terhadap orang bukan Islam ini kembali diperdebatkan warga internet susulan kematian Ratu British baru-baru ini.

Mohon pencerahan Datuk Mufti tentang pandangan sebenar Islam terhadap isu ini supaya ia tidak lagi menjadi polemik tak berkesudahan.

Lebih Baik Sebut Innalillah

Ringkasan Jawapan:

Seseorang muslim tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam kerana itu termaktub di dalam nas yang jelas.

IKLAN

Ucapan “R.I.P” atau “Rest in Peace” merupakan doa yang dibacakan oleh orang bukan Islam, maka umat Islam dilarang daripada mengucapkannya.

Namun Islam sangat menghormati kematian manusia di mana sunnah bagi orang Muslim untuk mengucapkan takziah dan ucapan-ucapan yang baik kepada orang bukan Islam.

Dari Menyibuk

Huraian
Dalam persoalan yang diberikan di atas, memberi doa keamanan dan ketenangan buat orang bukan Islam yang meninggal dunia adalah dilarang menurut nas. Ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT:

مَا كَانَ لِلنَّبِىِّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَن يَسْتَغْفِرُوا۟ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوٓا۟ أُو۟لِى قُرْبَىٰ مِنۢ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَٰبُ ٱلْجَحِيمِ

Maksudnya: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” – Surah al-Taubah (113)

IKLAN

Menurut Syeikh Wahbah Zuhaili di dalam tafsirnya, para nabi dan orang-orang beriman tidak boleh turut serta dalam urusan memohon keampunan Allah SWT bagi orang-orang yang syirik.

Ini kerana konsep keimanan islam dan kenabian tidak menerima pengampunan orang yang mati dalam keadaan syirik, maka tidak perlu memohon keampunan untuk mereka.

Perkara ini termaktub seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’, ayat 116, yang mengatakan bahawa Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa golongan yang syirik.

Baca Di Sini:

Hina Islam Atau Diri Sendiri? Gadis Mengaku Hafal 15 Juz Al-Quran Tanggal Tudung & Baju Di Kelab Terima Kecaman

IKLAN

“Alhamdulillah, Hidayah Itu Milik Allah” – Ringkas & Penuh Kesyahduan Di Majlis Pengislaman Kundang Peribadi Raja Permaisuri Agong

Ucap ‘R.I.P’

Kesimpulan:
Kesimpulannya, seseorang muslim tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam kerana itu termaktub di dalam nas yang jelas.

Ucapan “R.I.P” atau “Rest in Peace” merupakan doa yang dibacakan oleh orang bukan Islam, maka umat Islam dilarang daripada mengucapkannya.

Namun Islam sangat menghormati kematian manusia di mana sunnah bagi orang Muslim untuk mengucapkan takziah dan ucapan-ucapan yang baik kepada orang bukan Islam.
Wallahua’lam.

Kashoorga: Tak salah mengucapkan takziah, namun jangan sampai berdoa memohon keampunan buat mereka yang bukan Islam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.