Bila pasangan tidak reda antara satu sama lain, di situlah punca rezeki tersekat. Bermula dari rumah, jaga hati pasangan dahulu, utamakan mereka melebihi orang lain.
Macam mana rezeki masuk, jika hati isteri atau suami pun tidak dijaga dengan baik. Nampak remeh tetapi itulah antara salah satu punca hilangnya rezeki.
Artikel Berkaitan:
Hanya Dua Perkataan Sahaja, Kelebihan Amalkan Zikir Asmaul Husna Ini Buka Pintu Rezeki Seluasnya
Ikuti perkongsian Nur Zyella Mahdi ini baik-baik dan fahami apa yang disampaikan tentang betapa pentingnya menjaga hati-hati orang di sekeliling kita.
7 Sebab Hilangnya Rezeki
Tersentuh hati saya, apabila terbaca perkongsian tentang ‘7 sebab hilangnya rezeki (suami, isteri dan keluarga)’.
Betapa tersisanya keringat selama ini, andai perkara semudah dan seberkat ini disia-siakan. Rezeki adalah hak Allah SWT, hanya dengan mematuhi-Nya saja mampu untuk kita mendapatkannya dengan berkat.
Bekerjalah kerana Allah SWT, bukan kerana manusia. Oleh kerana manusia juga mengharapkan rezeki dari Allah SWT.
1. Sering bergaduh.
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lebih-lebih lagi soal duit. Berbincanglah, dan carilah persefahaman. Bila pasangan tidak reda antara satu sama lain, di situlah puncanya rezeki tersekat.
2. Sering merungut dan rasa terbeban.
Berikan kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah SWT. Sebagai ibu dan bapa perlu ada rasa tanggungjawab dan berusaha mencari rezeki untuk mereka tanpa merungut dan rasa terbeban.
3. Sering mengeluh dengan apa yang tidak dimiliki.
Perbanyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki, bukannya mengeluh dengan apa yang tidak dimiliki. Tidak kira banyak atau sedikit yang dimiliki, bersyukurlah, kerana syukur itu adalah kunci kepada segala rezeki.
4. Kedekut dan berkira.
Janganlah terlalu berkira dalam perkara-perkara yang baik untuk keluarga. Perlulah bertolak-ansur dan membentuk persefahaman sesama pasangan, kerana rezeki yang Allah SWT berikan adalah untuk dikongsikan.
5. Gagal mengawal emosi dan amarah.
Janganlah sesekali meninggikan suara, dan gunakanlah kata-kata yang terbaik sahaja sesama suami, isteri dan anak-anak. Buangkan cara yang menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan sifat dan layanan yang penuh mesra.
6. Kurang sabar.
Adakalanya kita perlu menerima dan mengakui sesuatu walaupun ianya tidak disukai. Fahamilah keadaan, memberi dan menerima pendapat, dan cari penyelesaian secara baik. Bersabarlah dengan kerenah suami, isteri dan anak-anak kerana sabar itu menjemput rezeki.
7. KURANG BERDOA.
Sentiasalah mengucapkan perkataan yang baik, kerana setiap ucapan adalah doa. Berdoalah yang terbaik untuk suami, isteri dan anak-anak. Ingatilah mereka dalam setiap doa, di sepanjang masa, kerana kuasa doa adalah luar biasa dan tidak pernah dijangka.
Baca Di Sini:
Hanya Dua Perkataan Sahaja, Zikir Ini Buka Pintu Rezeki
Kashoorga: Pasangan, anak-anak dan ahli keluarga terdekat adalah orang yang perlu dijaga hati.
Sumber : Nur Zyella Mahdi via Suamiku Imamku Isteriku Makmumku
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.